Saturday, February 28, 2009

SEKILAS PANDANG 100 TAHUN LONG LAMA





Nampak macam sudah biasa sahaja dipendalaman Baram, Miri, Sarawak. Harihari ekspres(feri atau perahu panjang penumpang) keluar masuk Miri ke Marudi dan Long Lama( Pekan Kecil setua 100 tahun) . Beratus penumpang seperti biasa menempah perjalanan 4jam atau disambung lagi 4jam. Sudah tentu tidak boleh balekhari. Sekiranya penumpang dari Long Lama keMarudi sahaja dan balik hari yang sama bermakna masa yang ada untuk bergerak diMarudi hanya ada 2 hingga 3 jam sahaja. Mereka akan segera membeli keperluan, mungkin tidak sempat tawar menawar lagi. Sekiranya terlepas ekspres jam 2.30 ptag, jawapnya kena pulang esok harilah. Begitulah manusia bergerak tidak mempedulikan lagi kesulitan yang dihadapi,bahkan nampak macam perlumbaan yang tidak pernah berakhir. Masa yang sangat sengkat untuk digunakan sehari itu dilalui dengan bersehaja.



Dua minggu sudah saya sangat terpesona melihat ekspres mengangkut penumpang kehulu kekuala. Pada saya ia merupakan pengalaman baru dan menyeronokkan. Sememang permulaannya, tapi lama kelamaan ternyata disebaliknya. Setiap kali hendak kebandar Miri berkirakiralah masa yang bakal digunakan samada cukup atau mesti menambah hari lagi. Masa 7 hingga 8 jam dalam ekspres juga perlu diambil kira,kadang-kadang terpaksa bergayut diluar sedap kena angin sejuk. Duduk didalam lama kelamaan kebas punggung. Tertidur sebentar terjaga terasa sakit badan. Itulah keserunukan peringkat awal,lama kelamaan ternanti-nanti untuk cepat sampai sahaja semua orang agaknya sama saja. Itu baru ekspres, tambang ekspres dari Long Lama ke Marudi RM20.00, Marudi ke Kuala Baram RM20.00 dan tambang teksi ke Miri RM40.00 bermakna pergi balek RM 160.00. Menginap hotel murah di Miri RM60.00 semalam. Pada masa sampai diMiri 6.30 ptg kedai utama pengurusan kerja telah pon tutup.Terpaksalah duduk dua malam, menjadikan RM 280.00 tidak termasuk makan yang rata-rata lebih mahal dari Kuala Lumpur.

Kata orang kota di Semenanjung hidup didesa lebih selesa kerana keperluan lebih murah. Tetapi dipendalaman Sarawak seperti Long Lama harga gas memasak RM 40.00 dan diBario dengar cerita RM 100.00. Barang keperluan memasak kurang dan harganya mengikut tambang penghantaran samada Bot Ekspres atau 4WD melalui jalan balak. Bayangkan harga makanan bermasak yang dijual disana? Saya mula sedar orang kampong pendalaman Sarawak mesti mempunyai wang yang banyak untuk pengangkutan membeli bekalan. Kehidupan rata-rata sederhana dan nampak susah dari segi pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Terutama masyarakat pribumi ketinggalan jauh. Peliknya disana tetap terdapat Peniaga Cina menjadi penduduk pendalaman yang nampak sangat berjaya walaupon penjual sayur. Mereka memiliki tanah, rumah besar dan kedai-kedai yang sarat dengan barang-barang. Mereka memiliki kenderaan Hilux, lori,bengkel kayu dan besi. Hidup secara sederhana dipendalaman dan didalam rumah mereka peralatan berjenama dari anjung rumah hingga kedapur. Saya sangat kagum melihat kejayaan mereka yang tidak boleh dicemburui. Itulah hakikat sebenarnya bukan kerana tanahnya tinggi rendah maka tidak pandai menari. Saya menemui seorang Cina menceritakan yang saudaranya balek bercuti dua bulan bekerja balak di Papua ,berjawatan tiggi dalam pengurusan dan gaji lumayan. Rupanya mereka suka berhijrah sungguh-sungguh mencari wang dan pulang dengan kekayaan untuk keluarganya. Saya teringat suatu masa dulu sekitar tahun 1976 diBukit Bendera Pulau Pinang kebanyakan anak muda Cina pergi bekerja di Christmas Island selama dua tiga tahun dan membawa pulang wang yang banyak kemudian digunakan membuka perniagaan disekitar Bandaraya Pulau Pinang. Soalnya mengapa kita tidak begitu?Ada juga Orang Melayu keArab sekitar tahun-tahun itu, tetapi selepas pulang sempat relax dua tiga bulan kemudian terpaksa mencari kerja semula bagi menjana kehidupan.

Pada masa ini saya berada diMarudi menginap dua malam. Saya mengguna kesmpatan ini meninjau persekitaran dan melihat kawasan tepi sungai yang ditenggelami air, banjir baru-baru ini. Kebanyakan rumah Orang Melayu ditepi sungai mempunyai tiang yang tinggi dan masih dilihat kesan takat air naik ditiang-tiang tersebut. Mesjid yang bertentangan Pejabat Pelajaran Marudi walaupon tinggi juga dinaiki air berpandukan masih terdapat mendapan tanah didalam bilek wudhu. Pemandangan menarik dan harga makanan baik barang-barang jauh lebih murah daripada diLong Lama. Saya sempat membandingkan perbezaan harga ubi kentang RM 0.80 sekilo dengan di Long Lama. Itu kan sebab pengangkutan, 4jam perjalanan jalan air. Cukup disini dulu untuk menyemak e-mail saya yang lama tidak dibuka.

Sunday, February 15, 2009

HARAP MAAF

Hari ni dah 15feb, lamanya saya tidak berpeluang menulis. 4feb dulu saya mla memijak bumi kenyalang, tetapi saya tidak mempunyai kemudahan mampu mempunyainya jadi tak dapatlah saya meneruskan penulisan saya ni. Hari ni ternyata saya berada diMarudi menunggu bot keLong Lama pkul 2 petang ,saya ambil kesempatan ini di Internate Cafe. Sebenarnya saya menemani anak perempuan saya yang bertugas dipendalaman 130km mengikut jalan balak dari Miri, atau jalan sungai dua kali naik bot ekspres lebih kurang 6jam perjalanan.

Itulah perihal saya yang jadi payah nak menulis pada masa kini. Nantilah satu hari mungkin mampu mempunyai kemudahan-kemdahan tersebut dapatlah saya melanjutkan lagi catatan saya di bumi Kenyalang.