Monday, April 5, 2010

Sudah lama tidak keladang,
tinggi rumput daripada padi,
sudah lama tidak bertandang,
entah kemana menghilang diri.

Naik bukit dikaki gunung,
naik gunung dikaki Jerai,
entah naik entah menurun,
berdiri tegak tidak bercerai.

Hidup dengan semangat tidak membawa erti, lantaran itu bila terjebak dengan kebuntuan, manusia layu tak bermaya dan tak berkeupayaan merubah. Itulah nasib selalu disebut-sebut orang.Secupak tidak jadi segantang, terus dipersalahkan tanpa memahami maksud sebenar kerana hala tuju manusia tidak silap, yang silap genetiknya. Saya juga kurang jelas maksud peribahasa tersebut, tetapi secara matematik memang jelas kebenarannya.

memperkatakan tentang semangat, disebut semangat juang dan kekutan berterusan penuh semangat, sampai bila? Sampai habis semangat. Sebenarnya semangat tanpa tujuan dan matlamat tidak bermakna apa-apa. Selama mana semangat dapat bertahan. Lantaran itu setiap kerja perlu matlamat dan bertujuan baik bagi pencapaian tertinggi, tujuan tanpa matlamat baik selalu kecundang sekerat jalan.Jangan disukat untuk satu masa tertentu, hendaknya disukat bagi sepanjang zaman bermanafaat kepada manusia dan alam semuanya, tidaklah bergantung kepada semangat tetapi bersemangat menjayakannya sebab bermatlamat yang baik.

Kita manusia mempunyai tujuan sama untuk terus melalui celah-celah dunia tetapi matlamat kita seumpama serupa dan ada yang berlainan. Untuk tujuan itu kita mempunyai tujuan dan hala tuju yang tidak begitu meyakinkan, timbul perbezaan pendapat. Akhirnya terbentuk beberapa komposisi saling berseliseh pendapat, bagai enau melepaskan pucuknya masing-masing. Itulah keunikkan manusia dengan kebolehan masing-masing tetap mengheret kakinya pada mukabumi. Sampai bilakah kebolehan manusia ini boleh diakui.

Saya teringat sebuah cerita ustaz tentang kelebihan manusia dibandingkan dengan manusia lain ( cerita dua orang sahabat).

Kata A, "tahun ini durian kurang menjadi didusunku,mungkin panas terik memerlukan air sepanjang masa".
Jawab B,"o, kawanku C tidak, tahun lalu sahaja empat trailler sehari mengangkut hasilnya. Bayangkan sebulan penuh hasil yang diperolehi? tentu hebatkan."
KataA "Baik nasibnya. Aku tahun lalu lagi teruk, berbuah sebiji sahaja......Lantaran tidak ada kerja nak dibuat maka setiap hari aku kedusun untuk melihat buah yang sebiji itu. Suatu hari sebagaimana biasa aku kedusun, aku dapati buah durian yang sebiji itu telah hilang dari pandanganku. Aku meninjau rata tempat sambil meniti sebatang balak yang entah mana-mana muncul didusunku. Aku lagi terkejut tercengang, rupanya kayu balak yang aku sangka tadi sebenarnya tangkai durian ku yangsedang aku cari, terpaksalah aku keluarkan modal lagi mengupah dua buah Crane bagi mengangkat buah tersebut".

Itulah cerita yang patut diambil pengajarannya. Tidak bererti sesuatu kerja yang tak bermatlamat dan bertujuan baik. Keangkuhan itu sangat mudah diroboh walaupon dibuat dengan penoh semangat.