Wednesday, January 11, 2012

jemaah

Saya telah menulis kemudian memadamnya,menulis lagi dan memadam lagi....kalau begitu saya akan menulis buat anak-anakku.

1.Tolonglah saudara kita, jangan mengatakannya kerana kelemahan, kesukaran dan salah faham. Tolonglah dia sebelom dia datang meminta pertolongan. Jadikan diri kamu mempunyai ilmu yang dapat melihat kesulitan orang lain walaupon kamu tidak melihat secara dekat. Gunakan hati kamu yang ikhlas berfikir kearah itu.

2.Jangan kamu mengabaikan sahabat .

3.Cintai Allah , rasullullah. Kerjakan suruhannya.

4.Jangan mempersenda ulamak yang amilin yang menyeru manusia kepada jalan Allah, sekiranya kamu tidak faham kamu termasuk golongan membantah. Belajar AlQuraan dan tafsir, belajar hadith semuga terbuka hati kita melihat ISLAM dan jadilah diri kita jemaah, infak diri kita dalam islam sebagaimana janji kita dalam doa iftitah.

5.Jangan kita menubuh sebarang jemaah baru kerana tidak sefahaman dengan jemaah yang ada. Perbetulkan yang ada lebih mulia disisi Allah. Keturunan manusia itu satu dan janganlah jadikan bangsa merosakkan jemaah, sesungguhnya Allah sangat menyayangi maklukNYA kerana ciptaanNYA.

6Jemaah tuntutan Islam, Jangan rosakan jemaah kerana kekeliruan antara individu, baikinya dengan berdasarkan Quraan dan Hadith, kias dan pendapat ulamak. Banyak orang benci ulamak kerana tidak tahu pegiktirafan nabi terhadap ulamak. Kalau tahu pon roh Islamnya tidak kuat.

7.rasullullah berkata kepada Abu Hurairah, Sekiranya terdapat jemaah tolonglah mereka, jika tiada bacalah alQuraan.

8.Sekiranya jemaah perlukan kita bantulah. jika jemaah mantap perkuatkannya. Sebagai jemaah tugas kita sangat banyak ibaratkan satu unit sekeru yang kecil pada kapal terbang yang besar.Anda tentu faham maksuk saya.

9. Tugas jemaah mestilah berilmu dan beramal. Kalau tak cukup belajarlah, kalau dah ada sampaikan, gunakannya dijalan Allah.

10. Jangan suka bertelagah bagi membenarkan diri sendiri, cukuplah Allah menyayangi diri sesaorang yang tidak mempertahankan kebenaran dirinya.