Sunday, August 30, 2009

EYA PULANG KE SARAWAK

Sudah seminggu Eya bercuti. Hari ini akan pulang ke Sarawak bertugas semula. Flight kul 10.45 dari Penang keKLIA kemudian ke Miri. Tiga minggu lagi akan kembali lagi berhariraya bersama keluarga. Itu lah Eya selalu naik turun belon, maklomlah bertugas oversea. Cayok ! cayok!

Thursday, August 27, 2009

SEJENAK

Malam ini pulang agak lewat sedikit. Persediaan meniaga esokhari beres,balik singgah beli makanan sahur dan berjumpa kawan-kawan. Hj Hamid, Us Rizal, Us Hamdan dan Md Khir classmeet Jenan dulu. Seperti biasa perbualan tidak tetap tajuknya, tetapi mengingat kembali uslub Dakwah yang suatu masa dulu samanaik. Walaupon kini nampak ceroi tetapi kefahaman terhadap tugas anak Adam sudah tentu sehingga akhir hayat menjadi tuntutan. Dengan kemuliaan Ramadhan kali ini diharap tugas-tugas tersebut berpanjangan dan senantiasa dipandang berat oleh sahabat-sahabat dan diri saya lebeh-lebeh lagi.

Kehidupan ini sangat sementara dan masa yang berlalu tidak akan berpatah balek. Demi Allah dan Rasol bimbenglah diri kita dilandasan yang betol dan berterusan sebab kita milek Allah segala-galanya. Kita perlu ada landasan dan kayu pengukur, bukan meniru falsafah kehidupan yang direka-reka oleh manusia.

Wednesday, August 26, 2009

SEIRING RAMADHAN

Beberapa perkara telah selesai termasuk pilihan raya kecil Permatang Pasir, pulang keasalnya. Pertama kali syukur Zar lulus paper satu bahasa Czech, nanti menyusul paper 2 minggu depan diharapkan mendapat kejayaan yang sama, diucapkan selamat memasuki tahun 4 pengajian yang memakan masa selama enam tahun.

Berbanyak-banyak kesyukuran terhadap Allah yang puasa kali ini masih bersama keluarga dan sahabat handai yang sering mengirim ucapan selamat berpuasa dan beribadat dibulan Ramadhan melalui pesanan rengkas. Banyak ucapan tidak dapat dibalas kerana tidak tahu pengirimnya, bagaimanapon saya ucapkan marilah kita bersama menunaikannya dengan penuh keikhlasan semuga diterima Allah segala ibadat dan perlakuan kita baik bulan-bulan sebelumnya, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan Al Mubarak ini. Kita berharap keredhaanNya dan segala tindak tandok kita terpelihara dan mendapat keberkatan.

Marilah kita berazam memajukan diri kita selangkah lagi sekadar mampu kita dengan tidak berhenti pada setiap amalan yang telah sedang kita lakukan kerana sabda nabi, sebaik-baik amalan walaupon sedikit tetapi berterusan.

Sunday, August 23, 2009

PULANG






8.40 malam tadi Zar berlepas keKL, kemudian 11.50 berangkat keUK dan seterusnya ke Czech. Terasa masih belom sejuk lagi ketika bersama keluarga, sudah terpaksa pulang, lusanya akan menghadapi satu paper bahasa Czech bagi selesai tahun tiganya. Semuga berjaya dengan sebaik-baiknya, keluargamu senantiasa berdoa dan bersamamu selalu.

Minggu lepas Mama, Ena dan Zar ke Mekah , Madinah menunaikan Umrah bersama Un Bobo dan Mema. Alhamdulillah selamat menunaikan ibadat dan pulang dengan kesehatan yang baik diberi Allah. Saya pula keSarawak dan Sabah, pulang awal 2hari dari mereka. Eya pulang hari Sabtu kerana pembatalan penerbangan MAS pada hari jumaat. Kami sempat bersama sekeluarga dua hari sebelom Zar berlepas pulang. Saya berharap Ramadhan kali ini memberi kekuatan dan kejayaan besar yang bermakna kepada kami semua.

Monday, August 10, 2009

SUNYI...SEPI

Pagi semalam pulang jam 10.00 penang airport after clearence, memungut bag dan terus pulang keSP. Brahim dan Kak Su awal-awal lagi sampai . Kami singgah makan nasi Padang Transfer Road dahulu sebelom meneruskan perjalanan.

Rumah begitu sunyi sekali tidak berorang.Taro, Pablo saja yang ada, sedang Tommy balek sebentar kemudian pergi tanpa menoleh belakang, terlalu banyak urusannya. Petang tadi tidak sempat berurusan dengan penjual rumput, lewat sudah, perniagaan dah tutup. Besuk petang kePulau Pinang lagi 5.00ptg menunggu kepulangan keluargaku dari Makkah menunaikan umrah.

Saturday, August 8, 2009

kota kinabalu






Penerbangan pagi ini tidak begitu menarik. Sepanjang perjalanan yang sengkat itu berjerebu dan pemandangan dari tingkap kapalterbang tidak memaparkan suasana yang saya harap2kan. Selalunya setiap kali perjalanan saya tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan dari udara. Bukan senang untuk berpeluang sebegini,tapi kali ini saya terlena dan terlepas nasi lemak yang berbayar semasa menempah tiket melalui internate dulu. Sedar-sedar ketua juruterbang mengumumkan pendaratan sebentar lagi. Saya sempat melihat kabur-kabur yang landasan kapalterbang sejajar dengan pantai Tanjong Aru, "side by side" tidak seperti Pulau Pinang "back to back".

Dari lapangan terbang rm 50 naik teksi ke one Borneo dimana terdapat lima atau enam one stop hotel dari lima bintang hingga tiada bintang. Saya kurang puas hati dengan hotel murah yang sebenarnya kalau dikira betol-betol jadi mahal juga. Masakan tidak, bileknya kecil dan sempit, tidak muat untuk solat, bilek air yang tidak sempurna dan banyak lagi. Sekiranya berkeluarga ambillah penginapan hotel ada bintang. Keistimewaannya banyak, bilek luas, katil besar dua buah, minuman percuma selfservise, breakfest percuma untuk dua orang selalunya buffet style yang mengenyangkan dan banyak pilihan mengikut citarasa kita. Saya bukannya kempen, tetapi eloklah orang yang berkeluarga,muslim membuat pilihan yang tepat. Jangan terpedaya dengan iklan 9.90 ringgit, nanti sesal dek kekurangan yang kebiasaannya kita tidak pernah terfikir keperluan kita sebenarnya, bila sudah bayar ternyata bukan murah lagi, bila masuk bilek kadang-kadang tiada tingkap, lemas rasanya. Mereka ni cari duit sahaja, kita ingat nak jimat , tak jimat pon, kalau nak cuci lepas melepas pakai tisu atau kalau nak basuh dalam bathtube sahaja yang boleh, apa cerita kebersihan yang ada? Jadi hati-hatilah bila menempah hotel, biar nampak hotel lama tapi ada bintang, sekurang-kurangnya kita tidak merasakan kekurangan dan terpencil didalam bilek.

Sebenarnya KK sangat cantik, saya tidak punya kesempatan lama disini. mungkin kena datang lain kali dan tinggal lebih lama lagi barulah kita berpeluang kePasar Malam , Pasar Orang Filifina, 1 Borneo one stop hotel dan shopping centre, melawat pelabuhan baru dijalan Tuaran dan UMS dipergigian pantai yang sangat menarik. Pendek kata banyak distinasi yang saya tidak berpeluang pergi, baru sekitar KK yang dulunya Jeselton.

Friday, August 7, 2009

SECEBIS HARAPAN

Pagi tadi di Ya Salam, Cikgu Fuad juga bersama bersarapan disitu. Kami berkenalan disini kerana inilah satu-satu kedai makan muslim diLong Lama diushakan oleh isteri En. Sufian.(En. Sufian seorang kakitangan perpustakaan awam, berusha membantu orang islam yang datang dan bekerja dipekan kecil ini bagi kemudahan makanan halal). Semasa berbual saya mendapat tahu sebuah surau telah diujudkan disitu. JAIS telah menyewa bahagian atas bangunan kedai disitu dengan kadar rm800 sebulan. Sebuah tapak diatas bukit telah pon dibuat pecah tanah bagi cadangan mendirikan masjid yang anggaran rm 800,000.00 akan dibina, telah dijanjikan oleh wakil rakyat yang datang meresmikannya. Projek pembinaan Pusat Kesihatan diseberang sungai juga nampak berjalan lancar . Jika tiada apa-apa halangan agaknya pembinaannya siaplah hujung tahun ini. Mungkin tahun 2010 pekan Long Lama berubah wajah menjadi lebih mantap ditambah lagi projek paip gas Petronas diBakong. Saya teringat kembali semasa perjalanan pulang tempohhari ada beberapa orang penduduk tempatan bukan islam berpendapat sekiranya Masjid dibina maka peluang cerah Long Lama akan mendapat jalan tar keMiri dan nampaknya mereka sangat berharap dan menyokong pembinaan sebuah masjid disitu.

Pukul 1.00 tengahari tadi saya bertolak balik ke Miri membawa satu kenangan dan harapan supaya apa yang mereka harapkan menjadi kenyataan. Itu lah rakyat Malaysia rata-rata masih terkebelakang sudah berpuluh tahun bukan meminta pembangunan tetapi untuk mendapat kemudahan asas sahaja.

Thursday, August 6, 2009

LAIN JALAN KE LONG LAMA






saya dilong lama lagi hari ni. Sudah lama tidak datang kesini walaupon dua tiga minggu sudah datang keKuching. Saya sampai Kuching 3ogos bermalam dua malam,5ogos saya menaiki bot keSibu, tambang rm45.00 tingkat atas mengharung laut China Selatan. Pemandangan terbatas kerana berjerebu sehinggalah memasuki muara sungai di Tanjong Pemanis, akhirnya sampai di Sibu jam 1.45 tengahari. Jadual bot ini sekali sahaja sehari bertolak pukul 8.30 pagi dari Kuching Port Terminal setiap hari ke Sibu. Perjalanan ini lebih cepat, dekat dan menarik. Terdapat ramai penduduk tempatan menggunakan laluan ini. Saya lupa mengira jumlah tempat duduknya, tetapi dianggarkan lebih dari 120 orang. Penumpang berpeluang bergerak bebas dan kebanyakkan memileh di Dek bahagian atas dibelakang Bot, satu tempat lapang boleh bersantai dibawah sinaran mentari pagi. Pukul 2.30ptg dengan menaiki bas tambang rm 40 menuju Miri, tiba jam 10.00 malam. Jalan dua hala, sempit berliku-liku mendaki bukit itu mengambil masa panjang untuk sampai. Setelah bermalam di Miri, saya bertolak ke Long Lama jam 8.30 pagi.