Sunday, February 22, 2015

patutnya telah bermula

sesekali macam beringat, padahal sangat jauh, bagaimana ipon biarlah selalu diingatan, pada awal setiap tahun merupakan permulaan yang baru yang diharapkan kejayaannya. Ini detik kembali bermula, azam dan persediaan telah dibuat, menunggu seketika diFukuoka agar mendapat ilham nescaya akan bermula sekembalinya nanti..rojok, sifat berharap baik dari Allh.

Thursday, January 2, 2014

bila masa akan berakhir dengan persediaan yang belom ada

Hari berlalu tidak pernah berhenti seketika pon.Perjalanan mungkin masih jauh atau sudah dekat, tuhan saja yang mengetahui. Persediaan masih teragak-agak lagi, bila nak memulakan sedangkan kita perlu berangkat pada bila-bila masa sahaja semasa dipanggil.Perjalanan ini sangat jauh.... bekalan juga perlu yang bersesuaian, bukan sekadar sambil lewa sahaja. Kata guruku, kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semuanya.

Friday, January 25, 2013

Harini sudah 250113,telah empat hari dihosapital besar pula pinang. Setiap hariada aktiviti suahaja, semua berkaitan kesihatan.Samada tengok gula atau darah tinggi, dua tiga kali sehari.Kawankawan lama dan ucap selamat belaka, ada yang bagi message, demikianlah kehidupan, ianya mempunyai laluan tersendiri dan pandaipandailah kita memilihnya untuk yang terbaik dan tentunya yang terbaik.

Thursday, January 24, 2013

Hospital Penang

Admitted 22.1.2013
Engio.      23.1.2013 3blocks
Waiting for by pass .......sometime.

Wednesday, January 11, 2012

jemaah

Saya telah menulis kemudian memadamnya,menulis lagi dan memadam lagi....kalau begitu saya akan menulis buat anak-anakku.

1.Tolonglah saudara kita, jangan mengatakannya kerana kelemahan, kesukaran dan salah faham. Tolonglah dia sebelom dia datang meminta pertolongan. Jadikan diri kamu mempunyai ilmu yang dapat melihat kesulitan orang lain walaupon kamu tidak melihat secara dekat. Gunakan hati kamu yang ikhlas berfikir kearah itu.

2.Jangan kamu mengabaikan sahabat .

3.Cintai Allah , rasullullah. Kerjakan suruhannya.

4.Jangan mempersenda ulamak yang amilin yang menyeru manusia kepada jalan Allah, sekiranya kamu tidak faham kamu termasuk golongan membantah. Belajar AlQuraan dan tafsir, belajar hadith semuga terbuka hati kita melihat ISLAM dan jadilah diri kita jemaah, infak diri kita dalam islam sebagaimana janji kita dalam doa iftitah.

5.Jangan kita menubuh sebarang jemaah baru kerana tidak sefahaman dengan jemaah yang ada. Perbetulkan yang ada lebih mulia disisi Allah. Keturunan manusia itu satu dan janganlah jadikan bangsa merosakkan jemaah, sesungguhnya Allah sangat menyayangi maklukNYA kerana ciptaanNYA.

6Jemaah tuntutan Islam, Jangan rosakan jemaah kerana kekeliruan antara individu, baikinya dengan berdasarkan Quraan dan Hadith, kias dan pendapat ulamak. Banyak orang benci ulamak kerana tidak tahu pegiktirafan nabi terhadap ulamak. Kalau tahu pon roh Islamnya tidak kuat.

7.rasullullah berkata kepada Abu Hurairah, Sekiranya terdapat jemaah tolonglah mereka, jika tiada bacalah alQuraan.

8.Sekiranya jemaah perlukan kita bantulah. jika jemaah mantap perkuatkannya. Sebagai jemaah tugas kita sangat banyak ibaratkan satu unit sekeru yang kecil pada kapal terbang yang besar.Anda tentu faham maksuk saya.

9. Tugas jemaah mestilah berilmu dan beramal. Kalau tak cukup belajarlah, kalau dah ada sampaikan, gunakannya dijalan Allah.

10. Jangan suka bertelagah bagi membenarkan diri sendiri, cukuplah Allah menyayangi diri sesaorang yang tidak mempertahankan kebenaran dirinya.

Wednesday, August 17, 2011

Sepupu meninggal

assalamualaikom, selamat berpuasa dengan jayanya. Hari ini ogos 17,2011 saya akan membuka lembaran kembali. Sebagai catatan awal, semalam selepas berbuka puasa sepupu saya meninggal dunia pada usia 44, beliau diserang sakit jantung. Allahyarham Shakir Samsuddin meninggalkan ibu, isteri dan anak-anak di Paya Keladi Tengah, Sbrg Perai Utara. Kesedihan dirasai dan berdoalah kita bersama semoga rohnya diterima disisi Allah lebih-lebih lagi berkat malam turunnya alquraan.

Malam tadi saya dapat berbual dengan saudara-saudaranya bertanya khabar. Demikian masa kita terpisah selalu panjang untuk bertemu kembali sesekali bila adanya peristiwa sebegini pula terlalu pendek.




Wednesday, March 9, 2011

fb menjemukan

fb menjemukan,saya tidak faham melihat mereka memaparkan cerita peribadi mereka yang boleh ditonton oleh orang ramai. Saya melihat lelaki mau pon wanita berlumba-lumba memaparkan sesuatu yang tidak bermakna dan membuang masa. Ada juga perkara baik boleh disampaikan melalui fb ini dan saya telah melihatnya tetapi saya mendapati lebih digunakan pada apa yang tidak memberi erti dan merugi. Entah apaapa, wallahhuaaklam.