Alhamdulillah menatap kembali laman ini, kadang-kadang terasa malas nak menulis sedangkan banyak perkara yang perlu dicatat dan diambil kira. Pergi balik KL baru-baru ini pon banyak perkara yang perlu diingati,tetapi saya mengambil jalan mudah kalau lupa tidak apa sebab banyak lagi perkara yang perlu diingat dan dibuat masih tertinggal tanpa tindakan. Petang semalam saya pergi ke KEDA mengurus permohonan premis pengilangan supaya kelak mudah mendapat lesen, GMP,atau lain-lain lagi termasuk cop halal. Kalau bangunan persendirian banyak songel sangat. Perkara lain ialah ketidakmampuan saya mengadakan permintaan atau memenuhi syarat yang boleh diluluskan permohonan tersebut. Dengan premis KEDA diharap dapatlah saya meneruskan usha tidak henti-henti tanpa ganggugugat dari majlis tempatan yang menetapkan pelbagai syarat .
Semalam saya berbual rengkas dengan Zul Balik Pulau, lama tak jumpa dan lama juga tak tetefon. Zul selalu keluar negara sambil menulis dalam blognya segala pengalaman perjalanannya macam penulis Ibnu Hasyim yang sekampong dengannya. Mereka adalah teman rapat dan berwawasan tetapi bila keluar negara tidak sekali. Mungkin Ibnu Hasyim dok KL kot,jadi tak kerap jumpa.
Besuk saya keKL lagi, kerap bulan ni, banyak kenduri keluarga terdekat tapi dekat KL. DiKL mungkin dapat berhubung kawan lama kembali nak tengok muka masa tua-tua pulak. Dr Nafikuddin suara macam dulu juga, muka tak tengok lagi. Saad Mardi perangai pon macam dulu juga. Mungkin bila dengan kawan-kawan perangai tak boleh ubah.