assalamualaikom, selamat berpuasa dengan jayanya. Hari ini ogos 17,2011 saya akan membuka lembaran kembali. Sebagai catatan awal, semalam selepas berbuka puasa sepupu saya meninggal dunia pada usia 44, beliau diserang sakit jantung. Allahyarham Shakir Samsuddin meninggalkan ibu, isteri dan anak-anak di Paya Keladi Tengah, Sbrg Perai Utara. Kesedihan dirasai dan berdoalah kita bersama semoga rohnya diterima disisi Allah lebih-lebih lagi berkat malam turunnya alquraan.
Malam tadi saya dapat berbual dengan saudara-saudaranya bertanya khabar. Demikian masa kita terpisah selalu panjang untuk bertemu kembali sesekali bila adanya peristiwa sebegini pula terlalu pendek.