Hari berlalu tidak pernah berhenti seketika pon.Perjalanan mungkin masih jauh atau sudah dekat, tuhan saja yang mengetahui. Persediaan masih teragak-agak lagi, bila nak memulakan sedangkan kita perlu berangkat pada bila-bila masa sahaja semasa dipanggil.Perjalanan ini sangat jauh.... bekalan juga perlu yang bersesuaian, bukan sekadar sambil lewa sahaja. Kata guruku, kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semuanya.
1 comment:
ada yang mengaku belum ada persediaan sebagai tanda kerendahan hati sedangkan orang melihat kemuliaan dirinya. ada yang memberitahu semua perkara bagaimana menjadi orang yang bersedia sehinggakan dia sendiri tidak sempat mengamalkan separuhnya pun.
selagi masa berjalan, kita ikut berjalan. sepanjang perjalanan ini kita mengutip bekal kerana kemurahan tuhan kita meletakkan bekal sepanjang perjalanan ini. mudah-mudahan kita termasuk yang tidak berhenti walaupun ketika masa berhenti.
Post a Comment