Tuesday, December 23, 2008

Kembali memberanikan diri,melihat perkembangan semasa yang seakan mencemaskan, terasa lemas dek melayan kebuntuan pemikiran. Hari ini tetap akan dilalui jua memandangkankan beginilah kehidupan manusia pastinya dihitung oleh detikdetik masa. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali merekamereka yang........inilah perkaranya titik tolak kehidupan manusia. Kita mempunyai pilihan dalam menghadapi cabaran kehidupan ini dengan membentuk perancangan masa depan yang diharapkan terbaik yang diukur dengan kemampuan bukan dengan kepuasan. Suatu masa dulu saya beriyaiya sangat untuk mendapat kepuasan dalam pelbagai bidang tanpa memikirkan perlunya sedikit usaha bagi mencapainya. Maklumlah dengan usia belasan tahun masih memerap ibu bagi mendapatkan sesuatu, sedang masih leka sehingga umur meningkat ditinggalkan masa. Sekarang saya tidaklah berharap masa berpatahbalik untuk menebus kesilapan, masih boleh mengiringi masa dan menggunakan sepenuhnya masa demi ubudiah kita terhadap yang maha agung. Sebenarnya saya telah membuat pilihan sebelum ini yang tidak perlu dikesali kerana tidak menghasilkan kejayaan. Itulah takdir kita yang tidak yakin kepada kebenaran, nasehat ibu, nasehat guru disamping tidak merebut ilmu yang bermenafaat. Memisahkan diri dengan masjid, masyarakat setempat dan memesongkan diri sematamata untuk kepuasan berfikir dari sudut akal yang tidak berilmu. Diri merasa terlalu pandai dengan melihat kebodohan orang lain sahaja. Itulah dunia sebenarnya bagai mengejar bayangbayang dikaki langit yang tidak kesudahannya.

Kehidupan seumpama itu tidaklah dinamakan kehidupan, pejam celik sebagai rutin tidak memberi apaapa faedah bukan setakat orang lain, tetapi diri sendiri jua. Kepuasan yang diharapkan tidak juga dirasakan menjadikan diri jumud dan membosankan. Tidak hairanlah dengan anakanak yang berjaga malam dan disiang hari masih belom bangun tidor lagi. Itulah kepuasan yang pernah kita harapkan dahulu. Jangan marah anakanak, sayangi mereka,belailah mereka jangan sampai kelak mereka mencaci dan membenci kita. Kehidupan pejamcelik sedikit sebanyak memberi pendidikkan kepada kita dalam membuktikan pemikiran tanpa ilmu tidak membawa kita kemanamana. Demikianlah yang dikatakan kehidupan kita samasekali tidak boleh menyembunyi diri,mengelak dan berharap keajaiban

Bagi membaiki perkara tersebut saya rasa kita wajib bersyukur supaya dapat mengubah dan mengubat diri kita. Asas kejayaan dalam kehidupan kita tidaklah begitu payah untuk diamalkan.Kegagalan kita merupakan cabaran YANG BERTERUSAN SELAGI KITA PERLU KEPADA KEHIDUPAN. Kegagalan kita juga menyebabkan kegagalan ummah yang sepatutnya kitalah orang yang bertanggong jawah memertabatkan ummah dimayapada ini. Kata penulis sebuah buku faktor yang menggagalkannya ialah TAKUT, KEDEKUT DAN KIANAT.

Monday, December 22, 2008

PERMULAAN

Asmk


Setelah mengikuti perkembangan semasa saya merasa sangat ketinggallan didalam memmafaatkan penggunaan blog ini bagi menyampai atau menerima maklumat yang sepatutnya. Ini ternyata apabila saya ingin memulakan penulisan terasa begitu susah dan payah sebagaimana saya memikirkan tentang kehidupan yang seringkali terjebak dengan perubahan dan persoalan. Bagaimana sekalipon kita tetap akan berhadapan dengan kenyataan, kenyataan yang tidak diundang, yang tidak pernah dibayangi dan sering menunjukkan kelemahan kita. Itulah kebenaran mengapa saya terasa ketinggallan.


Alhamdulillah.


inilah tanda kesyukuran dan inilah tanda permulaan. Semuga Allah memberi petunjuk, ruang, inspirasi, ilmu dan kebenaran. Insyaallah saya akan meneruskan kerjaya ini sebagai sanggup menghadapi cabaran masa kini berdepan dengan masyarakat yang telah lama kehadapan. Keazaman ini tidak boleh dituturkan oleh hati sahaja, terus dilahirkan , dipamer supaya ada faedahnya untuk melihat diri saya sendiri yang kolot, yang jauh ketinggallan, tidak dinamik dan banyak lagi. Saya berharap dapat keluar dari kepompong dengan selamat walau susah sekali. Kelak saya akan bersama saudara saudara diperkembangan akan datang walau lewat sekali. Biar begitu, tetap baik asalkan tidak ketinggalan atau ditinggalkan.


demikianlah permulaan yang kupaksakan.