Kembali memberanikan diri,melihat perkembangan semasa yang seakan mencemaskan, terasa lemas dek melayan kebuntuan pemikiran. Hari ini tetap akan dilalui jua memandangkankan beginilah kehidupan manusia pastinya dihitung oleh detikdetik masa. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali merekamereka yang........inilah perkaranya titik tolak kehidupan manusia. Kita mempunyai pilihan dalam menghadapi cabaran kehidupan ini dengan membentuk perancangan masa depan yang diharapkan terbaik yang diukur dengan kemampuan bukan dengan kepuasan. Suatu masa dulu saya beriyaiya sangat untuk mendapat kepuasan dalam pelbagai bidang tanpa memikirkan perlunya sedikit usaha bagi mencapainya. Maklumlah dengan usia belasan tahun masih memerap ibu bagi mendapatkan sesuatu, sedang masih leka sehingga umur meningkat ditinggalkan masa. Sekarang saya tidaklah berharap masa berpatahbalik untuk menebus kesilapan, masih boleh mengiringi masa dan menggunakan sepenuhnya masa demi ubudiah kita terhadap yang maha agung. Sebenarnya saya telah membuat pilihan sebelum ini yang tidak perlu dikesali kerana tidak menghasilkan kejayaan. Itulah takdir kita yang tidak yakin kepada kebenaran, nasehat ibu, nasehat guru disamping tidak merebut ilmu yang bermenafaat. Memisahkan diri dengan masjid, masyarakat setempat dan memesongkan diri sematamata untuk kepuasan berfikir dari sudut akal yang tidak berilmu. Diri merasa terlalu pandai dengan melihat kebodohan orang lain sahaja. Itulah dunia sebenarnya bagai mengejar bayangbayang dikaki langit yang tidak kesudahannya.
Kehidupan seumpama itu tidaklah dinamakan kehidupan, pejam celik sebagai rutin tidak memberi apaapa faedah bukan setakat orang lain, tetapi diri sendiri jua. Kepuasan yang diharapkan tidak juga dirasakan menjadikan diri jumud dan membosankan. Tidak hairanlah dengan anakanak yang berjaga malam dan disiang hari masih belom bangun tidor lagi. Itulah kepuasan yang pernah kita harapkan dahulu. Jangan marah anakanak, sayangi mereka,belailah mereka jangan sampai kelak mereka mencaci dan membenci kita. Kehidupan pejamcelik sedikit sebanyak memberi pendidikkan kepada kita dalam membuktikan pemikiran tanpa ilmu tidak membawa kita kemanamana. Demikianlah yang dikatakan kehidupan kita samasekali tidak boleh menyembunyi diri,mengelak dan berharap keajaiban
Bagi membaiki perkara tersebut saya rasa kita wajib bersyukur supaya dapat mengubah dan mengubat diri kita. Asas kejayaan dalam kehidupan kita tidaklah begitu payah untuk diamalkan.Kegagalan kita merupakan cabaran YANG BERTERUSAN SELAGI KITA PERLU KEPADA KEHIDUPAN. Kegagalan kita juga menyebabkan kegagalan ummah yang sepatutnya kitalah orang yang bertanggong jawah memertabatkan ummah dimayapada ini. Kata penulis sebuah buku faktor yang menggagalkannya ialah TAKUT, KEDEKUT DAN KIANAT.

1 comment:
Mungkin kita diantara orang yang Allah kasih, justeru itu kita tidak dapat lari dari kelalaian dan mendekati diri dengan Allah swt.
Apa yg kak nampak, Bakar telah hampir mencapai kejayaan dalam menghadapi ujian Allah swt. Insya Allah, rahmat sedang menunggumu di hadapan.
Untuk diri kak, belum tau lagi nasib kak samada menjadi sabut atau batu tetapi kak sentiasa pasrah kpd Allah swt, hanya Dia yang Maha Berkuasa penentu segalanya. Doa kak biarlah tangisan dalam ketawa kak akan berakhir dgn nikmat dari Allah swt kerana kak percaya kehidupan yg kak lalui adalah ujianNya jua sebagai qada' dan qadar yg wajib kita terima sebagai menebus dosa-dosa kita yg lalu.... Aamiin.
Post a Comment