Wednesday, December 29, 2010

Dah Balek Prague

Pagi sampai rumah di prague, lebihkurang 1.00pagi, pagi lah tu. Suasana sunyi walaupon terdapat banyak kedai 24jam disini. Makanan halal yang ditanya kakak hari tu bukanlah mudah macam tu, benda tu ada tapi nak mula cari tu kena banyak bertanya. Kata orang ada air ada ikan, macam tu lah ada orang islam adalah makanan halal, ayam halal dan daging halal. Bila dah jumpa senanglah dok pi kerutup tang tu. lusa dah nak balek, sebuk sikit.... kah....kah...kaah.

Sunday, December 26, 2010

DI LONDON lagi

Jumaat lepas bertolak tengahari dari Melan ,Italy keLondon mengambil masa sejam duapuluhlima minit. Saya selalu duduk sebelah tingkap senang menjengok keluar untuk dapat melihat bumi pada ketinggian 10ribu kaki. Selalunya kapalterbang mencecah 30ribu kaki bagi setiap penerbangannya dan kekal begitu sebelom sampai dekat dengan tempat pendaratannya. Sepanjang perjalanan dibumi Schengen (sekutu Eropah) saya dapat melihat dataran salji yang luas melintasi Perancis . Saya melihat selat Inggeris sehingga meliwati bumi penjajah tersebut, cuaca diudara terang dan dibumi kelihatan salji berpetak-petak meliputi bumi dan bangunan-bangunan tinggi. Walaupon ini kali kelima melintasi laut Inggeris saya rasa di England saya tidak berpeluang menjelajah kemana-mana. Masa terhad untuk mengenalinya walaupon keturunan penjajah itu peramah dan mudah dikenali. Sampai London macam sampai Kuala Lumpur atau Penang. Apa yang tiada disini, berbagai bangsa dan berbagai makanan baik dari segi rempah ratusnya, buah-buahan dan banyak lagi yang mungkin saya tidak sempat melihatnya. Saya telah tiga kali keLondon, mungkin selepas keIndonesia dan melawat sahabat saya di Kemboja saya sedang menyimpan dihati untuk keAfrika Selatan. Saya perlu bekerja keras untuk kali akan datang menyelesai beberapa hal wajib, kemudiannya baru menyambung kembali perjalanan ini sebagaimana saya doakan sepanjang Ramadhan lalu.

Selasa ni saya akan pulang ke Prague dulu tigahari sebelom berlepas keKuala Lumpur dan Pulau Pinang. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengingati saya semasa diMalaysia dan diluar negara. InsyaAllah banyak perkara yang boleh dikongsi bagi merekakerja (create job). Mudah-mudahan Allah memberkati.

(Peringatan untuk saya, Uz Azman Shapawi kirim salam pada Pak Latif Mas Sungai Petani. Saya kebetulan bertemu beliau dirumah seorang pelajar kejuruteraan mekanikal, sahabat anak saya diGloucester Terrace,London)

Wednesday, December 15, 2010

albert makanan lebih waktu, seperti roti terutamanya dibuang dalam tong sampah
ada orang yang ambil untuk dimakan
nanti panjang lebar bila pulang nanti jika bermasa.
fresh halal maso,
kubelikova 47, Praha 3, Zizkov
222 212 090
722 296 315.
776451140
email.halalfoods@seznamcz

Friday, December 10, 2010

Minggu ni keVienna naik keretapi, sabtu pagi.....jam 8.39 pagi. Tambang pergi balik 40euro seorang lebihkurang Rm 180, ee silap , pergi balek 80 euro. tentang gambar tu nak uplode entahlah,kurang kemudahan.

Tuesday, December 7, 2010

prague

Baru ini tigahari diBacelona dan tigahari di Paris, kembali keprague semula. Pagi ini keklinik mengambil ubat selsema. Entah mengapa terasa malas membuat catatan diBlog sejak kebelakangan ini. Banyak kerjatulis buat ingatan sendiri tidak dilaksanakan walaupon paparan menarik patut disimpan ingat dalam blog. Entahlah mengapa saya jadi pemalas sejak akhir/akhir ini.

Saya mungkin keItaly ,Vienna dan UK seminggu dua lagi dan selepas itu pulang semula ketanahair, Selamat menyambut tahun baru Hijrah.

Tuesday, November 30, 2010

nak hidup bukan cari kemewahan

Semalam sampai tengahmalam diBarcelona, Kapal terbang delay 2jam di Prague, mungkin pasal salji lebat dan tebal semalam. Saya pagi-pagi lagi kemarket beli ayam dan sayuran seperti kebiasaan diPrague.Saya memasak sendiri kerana lebih jimat daripada makan dikedai . Rajinlah bertanya, senanglah mendapat bekalan halal dimana sekalipon.

Petang tadi di Ramalah pasar sekitar dua kilometer menuju hingga kepesisiran pantai mempunyai keunikan tersendiri menarik para pelancong dengan gerai yang bermacam=macam sehinggalah kepada pemakai kostum yang diambil dari filem-filem terkenal seperti the Mask dan banyak lagi yang saya sendiri tidak tahu menampilkan watak-watak dari filem tersebut. Orang ramai bergambar dengan mereka dan memberi sedikit upah satu atau dua euro sambil mereka mempamerkan gelagat mereka seolah watak dari filem tersebut.

Catatan kasar ini nanti saya baiki bila pulang SP nanti.

Friday, November 26, 2010

jumaat tadi berlalu sudah, khutbah berbahasa arab kerana terdapat ramai orang arab diprague dan pentadbiran masjid itu telah lama diuruskan oleh orang/orang arab. Saya tiadak faham langsung maksud kutbahnya, memadai dapat berjemaah dimana terdapat beberapa pelajar malaysia dan dua orang pekerja dari Indonesia.Saya tidak berbual dengan mereka sebaliknya terus berjalan pulang kerumah sejauh lebih satu kilometer. Udara kian sejuk, cepatcepat saya beredar.
Saya kembali di PRAGUE lagi, bertolak 24.11.10, penang ,kl, frankfurt kemudian transit ke prague mengambil masa 45minit. Hari sudah jumaat, sembahyang 12.30 kutbah dalam dua bahasa kalau di Citni mosque setahun lalu. Menaip pakai kezboard ni tersasaul selalu denagan huruf zdan y terbalik dua huruf tu. Nak masak dulu....

Thursday, October 28, 2010

kalender akhir tahun

Besok wife keKL , than monday fly to Ho Chi Min for afew days. Hari sabtu pulang ke SP. Pastu 24nov,2010, fly to Prague with Mema. Saya rasa perjalanan yang lama sebab kali ini mengambil masa 5minggu berbanding tahun2009 disember cuma selama 22hari sahaja,jenuhlah berjalan.Saya berharap sempurna seperti tahun lalu dan kali ini saya berazam dapat membuat catatan yang lebih banyak dan menarek, itu pon belom tau, nanti tinggal janji sahaja.

Tuesday, October 12, 2010

teruskan sahaja

mendong pagi ini bagai simpati diatas kejadian tragis yang berlaku 10.10.10. Ramai yang mengharapkan tarikh tersebut memaparkan keajaiban, begitulah manusia mengharapkan banyak kebaikan,kejayaan dan menyimpan seribu harapan pada tarikh tertentu sebagai waktu lonjakan dalam pencapaian masing-masing. Sebenarnya,mintalah pada Allah, pada bila-bila masa sahaja.

Kerja buat nampak maju lagi daripada dahulu, pencapaian tidaklah setinggi mana tetapi orang ramai memberi sokongan yang baik sebagaimana yang diharap-harapkan.

Pada mulanya saya ingin berhenti terus dari menulis blog ini, entah bila terfikirkan masalah ekonomi Ummah, insyaallah saya akan teruskan dalam versi baru mencangkup bidang perniagaan makanan yang diharapkan dapat membantu dan berkongsi pengalaman selagi hayat dibadan, mudah-mudahan mendapat ganjaran daripada Allah.

Friday, September 10, 2010

Ini hari Id hari kemegahan Badar Al Kubra, disambut seluruh dunia Islam setahun sekali. Semuga sambutan kali ini menjadikan kita lebih mesra dunia, supaya punya lebih kesedaran dan tahu dimana kita berada. Hari BADAR ini mereka kejutkan kita untuk membakar Al Quraan.......

Wednesday, July 14, 2010

hari bagai nak hujan tapi takmacam nak hujan, mendong tak mendong, curiga juga nanti basah kuyup diperjalanan. Demikianlah saya merasakan tulis, tak tulis entahlah, mungkin tidak ada apa yang perlu di tulis, ketandusan idea atau sebaliknya.

Mentari mula meninggi, langit tidaklah secerah biasa, manusia bergerak lembab. Tadi pagi segerup manusia yang pergi kerja dan sebahagian mengiringi anak sekolah, aha kesibukan yang sementara. Saya turut sibuk sama melayan mereka yang singgah membeli barang keperluan juga makanan ringan budak-budak tadika. Budak sekarang lain ulu,budak dulu lain parang.

Ini bukan ragam, ini adalah kenyataan, bersakit dihulu bersenang kemudian.

Sunday, June 27, 2010

DEMIMASA

Masa berlalu, dengan manfaatkan masa yang ada, tidak kira mencukupi atau memadai, ia tetap berguna dan tidak merugi. Membiarkan masa itu pergi, janganlah harapkannya kembali. Sekiranya berterusan begitu kita seringkali ketinggallan dalam apa jua perkara walupon berbeza. Sayangi masa cara yang berguna.

Wednesday, May 19, 2010

kegelapan malam jelas gelap bagai gelap malam hari, tiada bintang didada langit, ianya bertambah lagi gelap kerana cahaya yang terpancar dari dalam kedai diserap kegelapan langit diluar. Fikiran bercelaru untuk mengingat kata laluan yang empat bulan lebih tidak digunakan. Lama cuba diingati tidak juga ingat hinggalah mula berselawat nabi, sebagai pesan dari guru saya dahulu,kalau lupa selawat banyak-banyak, insyaallah. Benar pesanan guru saya itu, lebih kurang 10minit saya dapat mengingat kembali dengan tepat, alhamdulillah.

Amalan ini membuat kita tenang, sabar dan pemikiran kita kosong tanpa cuba mengingat dan meneka. Sampai pada suatu klimax tiba-tiba saja kita mengingat dan menyebut dengan jelas, tepat dan benar. Buat anak-anak jadikanlah amalan.

Malam ini sengaja saya panjangkan penulisan ini , sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disampaikan.


petang mendung sesejuk penglihatan, banyak sudah fikir buang dan guna fikir semula macam kitar fikiran semula. Bermulanya tidak bertapak ,akhirnya tidak berpenghujung. Kalau merentasi bumi jatuhnya tidak ketahuan tempat. Bagaimanapon" Demi masa manusia itu dalam kerugian", sejak zaman Penghulu kita lagi, ayat peringatan ini dilafaz sedemikian lama, dihafal, disebut dan dijadikan pegangan, itulah" Sabar" yang saya kaitkan dengan kesederhanaan kehidupan kita.

Sabar separuh daripada iman, sabar dalam kesegalaan hidup kita, meniti,melalui, menyeberang dalam hidup sebelum dan selepas ini dengan ketakwaan yang diamanahkan Saidina Omar supaya berhati-hati bila berjalan bagai dicelah onak dan duri, demi keselamatan duniawi dan ukhrawi.

Baru tadi saya ditemui pelanggan, katanya meminta kurang harga mengikut kemampuannya ketika itu, saya tidak berfikir panjang mengatakan "pakcik bagi yang tidak cukup itu, bukan kurangkan harga," semuga mengembirakannya. Selepas pergi saya terasa sombongnya saya ni...apalah salahnya kurang harga sekiranya diminta dengan ikhlas, jarang orang berbuat demikian sekadar dua puluh sen sahaja. Inilah kelemahan diri saya tidak bersedia dengan kehidupan yang tak pernah berpatah balek bila berlaku sebarang kesilapan, semuga Allah amponkan dosaku. Itulah tidak berfikir sebelom bercakap, nafsu sentiasa mendahului kita menyatakan kebaikan kita yang apabila dinilai rupanya kita diperdaya dengan keangkuhan. Semuga ianya juga menjadi pedoman keluarga saya berjaga-jaga supaya tidak tertipu dengan kepalsuan yang kita sangkakan kebaikkan. Hal sebegini perlu ikhlas, bukan menonjol diri sendiri yang tidak memberi manfaat malah kata-kata yang menyombong,riak dan ujub pada apa yang terlintas dihati.

Perbandingan sepontan berlaku, saya sendiri tidak dapat mengelak dan mengawal diri, lantaran itu saya kena lebih berhati-hati atau lebih bersabar setiap kali untuk mengeluarkan ungkapan.Demikianlah kesabaran itu sentiasa tercabar, saya mohon perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.
pagi gerimis,sunyi, sepi diulit perasaan dan tenang pemandangan. Selalunya orang ramai berpusu-pusu kesana kemari dengan agenda tersendiri memenuhi ruang perniagaan dan jalan raya dengan tidak henti-hentinya. Cuaca redup mungkin mempengaruhi keadaan harini. Lihat sahaja lah selepas waktu berlalu sepanjang hari nanti , apa kalau terdapat perubahan.

Sempena hari ini saya cuba memikirkan satu perkara, biasanya menjadi pertuturan dan ungkapan, ianya " Sabar", berbanyak sabar, sabar seketika dan macam-macam lagi sabar. Ada beberapa pesanan nabi, 1. Sabar itu separuh daripada iman., 2. Nabi pernah menyuruh seorang perempuan tua bersabar kerana kematian anak, meratap dikubur . Sebalik nya perempuan yang tidak mengenali nabi menjawab," engkau bolehlah bersabar kerana tidak kematian anak. " Setelah nabi berlalu perempuan tua itu diberitahu yang menyuruhnya bersabar tadi ialah nabi, lantas dia pergi mendapatkan nabi dan menyatakan untuk bersabar, sabda nabi tidak bererti lagi kesabaran itu, hanya pada waktu beliau meratap dikubur tadi.

Demikianlah ertikata sabar yang diterangkan pada sebahagian keadaan yang sangat tragis. Mungkin kesedihan dan kesabaran itu terikat sekali pada pendirian dan perasaan sesaorang. Menahan kesedihan itu mungkinkan kesabaran dan kesabaran itu sendiri tidak bermakna tidak sedih. Merasakan perasaan Sabar dan susah diperjelaskan. Kadang-kadang berbaris dengan sabar sebelom sampai giliran berlainan dengan malas berbaris kerana malas atau tidak dapat bersabar atau tidak mau berbaris sebab boleh diuruskan dilain masa. Apakah itu tergolong dalam perkara "Sabar".

Sebenarnya sabar itu boleh dihayati dan boleh dirasai. Sifat bersabar dirasai bila sakit gigi, bila keterlaluan dapat hilang sabar, biasanya disebut begitu. Banyak perkara berlaku dapat dirasai dan kelembutan bersabar merupakan satu perkara unik, cantik dan mesra dihati. Saya tidak dapat memberi gambaran tentang apa yang saya nyatakan tadi, mungkin anda pernah merasakan perkara tersebut seperti terasa sayu dihati, meleset pemikiran kemudian kita menerima dengan sabar. Lain masa sambung lagi.

Saturday, May 15, 2010

tarikh ini mungkin permulaan untuk saya bergiat kembali. Bayangkan betapa lama menyepi memang sungguh sunyi buatku .

Monday, April 5, 2010

Sudah lama tidak keladang,
tinggi rumput daripada padi,
sudah lama tidak bertandang,
entah kemana menghilang diri.

Naik bukit dikaki gunung,
naik gunung dikaki Jerai,
entah naik entah menurun,
berdiri tegak tidak bercerai.

Hidup dengan semangat tidak membawa erti, lantaran itu bila terjebak dengan kebuntuan, manusia layu tak bermaya dan tak berkeupayaan merubah. Itulah nasib selalu disebut-sebut orang.Secupak tidak jadi segantang, terus dipersalahkan tanpa memahami maksud sebenar kerana hala tuju manusia tidak silap, yang silap genetiknya. Saya juga kurang jelas maksud peribahasa tersebut, tetapi secara matematik memang jelas kebenarannya.

memperkatakan tentang semangat, disebut semangat juang dan kekutan berterusan penuh semangat, sampai bila? Sampai habis semangat. Sebenarnya semangat tanpa tujuan dan matlamat tidak bermakna apa-apa. Selama mana semangat dapat bertahan. Lantaran itu setiap kerja perlu matlamat dan bertujuan baik bagi pencapaian tertinggi, tujuan tanpa matlamat baik selalu kecundang sekerat jalan.Jangan disukat untuk satu masa tertentu, hendaknya disukat bagi sepanjang zaman bermanafaat kepada manusia dan alam semuanya, tidaklah bergantung kepada semangat tetapi bersemangat menjayakannya sebab bermatlamat yang baik.

Kita manusia mempunyai tujuan sama untuk terus melalui celah-celah dunia tetapi matlamat kita seumpama serupa dan ada yang berlainan. Untuk tujuan itu kita mempunyai tujuan dan hala tuju yang tidak begitu meyakinkan, timbul perbezaan pendapat. Akhirnya terbentuk beberapa komposisi saling berseliseh pendapat, bagai enau melepaskan pucuknya masing-masing. Itulah keunikkan manusia dengan kebolehan masing-masing tetap mengheret kakinya pada mukabumi. Sampai bilakah kebolehan manusia ini boleh diakui.

Saya teringat sebuah cerita ustaz tentang kelebihan manusia dibandingkan dengan manusia lain ( cerita dua orang sahabat).

Kata A, "tahun ini durian kurang menjadi didusunku,mungkin panas terik memerlukan air sepanjang masa".
Jawab B,"o, kawanku C tidak, tahun lalu sahaja empat trailler sehari mengangkut hasilnya. Bayangkan sebulan penuh hasil yang diperolehi? tentu hebatkan."
KataA "Baik nasibnya. Aku tahun lalu lagi teruk, berbuah sebiji sahaja......Lantaran tidak ada kerja nak dibuat maka setiap hari aku kedusun untuk melihat buah yang sebiji itu. Suatu hari sebagaimana biasa aku kedusun, aku dapati buah durian yang sebiji itu telah hilang dari pandanganku. Aku meninjau rata tempat sambil meniti sebatang balak yang entah mana-mana muncul didusunku. Aku lagi terkejut tercengang, rupanya kayu balak yang aku sangka tadi sebenarnya tangkai durian ku yangsedang aku cari, terpaksalah aku keluarkan modal lagi mengupah dua buah Crane bagi mengangkat buah tersebut".

Itulah cerita yang patut diambil pengajarannya. Tidak bererti sesuatu kerja yang tak bermatlamat dan bertujuan baik. Keangkuhan itu sangat mudah diroboh walaupon dibuat dengan penoh semangat.

Friday, February 19, 2010

meeudangmemabest.blogspot.com

Semalam Nuar telah melancarkan blog meeudang untuk pemasaran, rengkas dan padat, saya terasa untuk membuat pesanan sebagai pembeli pertama melalui blog tersebut. Mudahan-mudahan Allah memberi ganjaran diatas ushanya tersebut.
Hari ini seperti biasa Jumaat diPenghulu Him, khatib membaca sebuah hadith tentang seorang sahabat bertanyakan Rasullullah, bagaimana pekerjaan semudahnya untuk memasuki syurga? Sabda nabi, "jangan marah". Soalan diajukan lagi kali kedua dan ketiga, jawapan nabi "jangan marah". Begitulah mudahnya apa yang disabdakan nabi, tetapi ianya bukanlah perkara senang untuk diamalkan. Nabi selanjutnya berpesan sekiranya kita dalam keadaan marah ucaplah Aku mohon perlindungan Allah dari syaitan yang direjam , kalau masih marah, Duduk dan kalau marah lagi , Tidor. Begitulah nasihat dan formula yang diberi kerana akibat buruk melayan kemarahan terlalu banyak, mari kita fikir bersama, semuga mendapat keberkatan penghidupan sementara kita ini.

Friday, February 12, 2010

SECEBIS HARAPAN

mmmMinggu ni Eya pulang dari Sarawaksebaik habis kursus di Miri selama tiga hari. Saya menaliponnya menyatakan peluang untuk pergi mendapatkan beberapa panorama pantai diKuala Muda, kerana pada masa itu saya berpeluang bergerak siang hari merakam sedikit perkara menarik sekitar pasar borong tempat Bisek ditepi pantai. Pada masa sekarang saya terpaksa berada dikedai sepenuh masa, pergi gelap (Awal pagi) dan balik kerumah Gelap (tengah malam). Demikian rutin masakini yang terpaksa mau atau tidak kenalah melaksanakanya.
Apa yang menarik dengan Kota Kuala Muda ialah merupakan tempat nelayan membawa pulang hasil tangkapan yang dijual secara berbisek, nanti minggu hadapan saya cuba membuat sedikit paparan ditempat tersebut. Selain daripada itu saya juga berhasrat merakam gambar penjualan udang kaki merah atau udang kertas bagi tujuan promosi perencah Mee Udang Segera yang saya buat selama ini dan belom dipasarkan secara bersungguh-sungguh lagi. Sebenarnya saya mempunyai beberapa produk segera yang belom dipasarkan lagi, maklumlah modal besar diperlukan bagi melaksanakannya. Kadang-kadang sya berfikir untuk menjual saja resepi produk tersebut yang mengambil masa tujuh tahun menyusun formula dengan mengambil kira aspek kesihatan dan kaedah saintifik supaya bermutu dan mempunyai cita rasa yang sedap. Bagaimana pon keperluan alat sintifik memerlukan kewangan yang banyak seperti Rotary Evaporator, pH Meter , Drum untuk pengeringan pada suhu 60 darjah celcius dan banyak lagi equipment tidak termasuk Periok memasak berkisar, mesin grind batu, mesin potong dan banyak lagi. Tak apalah tanda redho dengan apa yang ada semuga suatu hari tiba juga bantuan dari Allah seperti tersebut pada ayat seribu dinar. Masya Allah, InsyaAllah.

Monday, February 8, 2010

2 eya

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI JADI PADA 10.02.2010.
Selamat majujaya semuga Allah memberi kejayaan kepadamu dan banyak2lah bersyukur dengan apa yang kita hadapi dan apa apa yang kita dapati dicelah2 kehidupan yang serba sementara ini. Sekiranya kesulitan anggaplah kesulitan kita tak seberapa dibandingkan dengan kesulitan orang lain. Begitu juga kejayaan, tidaklah secara segera kerana kejayaan yang segera itu tidak tahan lama. Akhir ucapan, Abah sayang anda dan anda semua sekeluarga dengan mendoakan kejayaan pada apa yang anda doakan, asmk, wassallam.

Monday, February 1, 2010

Saturday, January 30, 2010

Thursday, January 28, 2010

azam

insyaallah saya akan mulakan hujungminggu ni semuga diberi Allah inspirasi , kesihatan yang baik dan masa dimasa yang sibuk.

Thursday, January 21, 2010

HARAPAN

Pada masa ini saya masih belom tahu lagi untuk memulakan kembali cakar-cakar diblog ini, mungkin setelah selesai beberapa kerja buat wajib dan sementara menghabiskan kerja-kerja harian yang tak dapat tidak bagi mengelakkannya. Saya segan untuk menyatakannya secara terang kerana selain ia merupakan tugas, ianya juga merupakan kewajipan bagi melaksakan nya. Pada masa sekarang saya sedang menunggu keputusan dari Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan sebuah gerai di Bandar Puteri Jaya, setelah ditemuduga beberapa hari dulu. Ramai yang memohon, 500 orang, dipanggil temuduga 350 orang, sementara gerai yang ada sebanyak 20 unit sahaja. Mungkin saya salah seorang yang berjaya dalam pemilihan tersebut, rakan-rakan tolong doakan semuga lekas saya ditawarkan unit tersebut.

Saya berharap nanti diunit itu saya mempunyai masa dan kesempatan yang baik bagi menjalankan kewajipan saya dan mempunyai masa untuk menulis setiap hari, doakan saya.

Thursday, January 14, 2010

ENTAH DIMANA MANA, nak lukis pulak

Sejak pulang seminggu sudah saya begitu sibuk . Ada akal tapi tak ada ingat , banyak perkara yang perlu ditulis hilang dek masa yang sengkat, lantaran itu seperti selalu saya lakukan ialah mula membuka blog dengan sedikit taipan untuk memankinkan kembali diri ini. Untuk pengetahuan Tn Haji (Ibnu Hasyim) saya kurang mahir tentang penggunaan komputer padahal saya boleh melakar karikatur pada setiap isu yang tuan paparkan setiap hari, saya seorang pelukis kartun dimasa lampau yang kurang terkemuka, tetapi bolehlah cuba, saya cuma kurang ngerti cara menghantarnya pada tuan. Saya guna blog ni mudah untuk berhubung dengan tuan.

Friday, January 1, 2010

TAHUN 2010



Kalau mata anda terang anda nampaklah apa yang ada didalam gambar diatas . Itulah tanda bermulanya tahun baru. Manusia terlalu ramai dimana-mana sahaja. Tapi malam tadi manusia berhimpun di London Eye bagai nak gila, punya ramai, dalam tiub sendat dan di jalan berbaris-baris padat berjalan sehala mengikut papan tanda yang telah disediakan awal-awal lagi bagi mengelak kesesakkan dijalanan. Polis mengambil bahagian utama menjaga pergerakkan manusia sementara Polis Berkuda menggunakan Pembesar Suara memberi arahan supaya manusia bergerak sehala yang telah pon dijadualkan. Saya terpaksa berhati-hati berjalan kerana terdapat banyak botol-botol yang telah pecah akibat disepak oleh setengah belia nakal yang turut serta pada perhimpunan tersebut.







Itulah sebahagian besar acara yang berlarutan menjadikan banyak orang bagai lupadiri dengan kumpulan-kumpulan yang mengambil kesempatan terhadap kumpulan lain, selain menjerit habis hati mereka juga memerangkap orang lain kedalam kumpulan kelamkabut mereka bergurau dengan memelok dan mencium macam dalam wayang (gamaknya itu adalah budaya mereka). Udara bercampur baur dengan bau arak yang kuat semasa ucapan selamat tahun baru diucapkan. Semasa dalam tiub (tambang percuma sampai 4.30 pagi) dapatlah dilihat gelagat manusia yang puas enjoy terkapar atas tempat duduk dengan diawasi oleh kumpulan mereka.