Friday, February 11, 2011

jumaat

khatib berkhutbah tenang dengan suara jelas, memperingat diri sendiri dan hadirin supaya takut kepadaAllah dengan erti sebenar takut. Saya menghayati kutbahnya tidak perasan rasa gentar menyelubungi diri apabila disebut dua perkara yangmenanti penuh debaran.

1. malam pertama kita berada didalam kubur.
2. hari isrofil meniup sankakala kali kedua.

itulah dua debaran yang akan kita hadapi untuk menentukan kearah mana kita akan tuju, masyaallah, mahasuci Allah aku memohon perlindunganMu supaya sentiasa berada sebagai umat Muhmad selama mana hidupku dan matiku. Aku terlalu takut kemurkaanmu. YaAllah lindungi kami,isteri kami,anak-anak kami,semua keluarga kami dimulakan kedua ibu bapa kami, saudara, sahabat yang kami muliakan kerana kepatuhannya dan semua lakilaki islam dan wanita islam yang banyak membantu ugamamu dan mereka yang berjuang sehingga kepada mereka yang didunia tidak pernah merungut diatas kemiskinan mereka walaupon dinaya golongan rakus yang merasa sangat agung semasa didunia dimana mereka menentukan segala hala tuju dan merkotakkatikkan kehidupan orang ramai. Aku tidak akan lupa guru2 kami yang membimbing kami dengan tidak jemu dan melayan kami dengan terlalu baik bagai sahabat. Amin

Sunday, February 6, 2011

Baling

semalam saya pergi Baling ziarah mayat, ibu tersayang ciklee(Rosli Abu Bakar) meninggal dunia diKelantan dan dibawa pulang keBaling untuk dikebumikan. Jumpa beberapa orang kawan lama, lama tak jumpa, dapat berbual seketita dan berpisah semula atas urusan masing2. Sekarang Chinese New Year, sibuk dengan kenduri kawin juga kerana cuti agak panjang, masing-masing berjenaka kononnya satu Malaysia.

Saya beredar kemudian bersama C Mat kekedai kopi tepi jalan Baling Kroh, yang beroperasi haritu, kebanyakkan kedai kampong tutup sebab banyak kenduri dan sangkut paut kekeluargaan mereka. Seperti biasa kami bercakap pasal pembangunan Islam dan tanggung jawab individu dalam jemaah. Menurut tuan kedai kopi pendapatan seorang pelanggannya yang kebetulan ada pada masa kami berbual, Rm 1000 sehari sejak harga getah melambung tiba-tiba. Orang kampong sekarang kaya, beli kereta harga tunai, kereta baru,bukan terpakai.

Saya menyebut satu hadis tentang suatu masa akan datang orang kampong kaya dan memiliki gudang gudang dan pada masa itu tidakada orang yang mahu menerima sedekah.Begitu juga jumaat lalu ada sahabat bertanya tentang kejadian diMesir hari ini, saya memberi pandangan perkara itu wajar dan sejajar dengan hadith yang menyebut bilamana orang yahudi bersembunyi dibelakang pokok atau belakang batu, makluk Allah akan memberitahu kita. Demikianlah kejadian diakhir zaman orang yahudi akan dikumpul beramai-ramai diIsrael seperti terjadi pada hari ini, yang orang Islam bimbang sangat kerana tidak melihat kepada janji Allah yang disampaikan oleh Rasullulah sudah menunjukkan ciri-ciri utamanya. Sebenarnya yang gusar ialah orang kafir yang mungkin lebih memahami al Quran daripada kita. Jadi kejadian diMesir bukanlah satu perkara baru, tetapi baru berlaku kini sesuailah dengan jarak sempadannya dengan Israel. Kalau tidak mengapa Israel sanggup menghulurkan bantuan kepada Mubarak kalau tidak siapsiaganya dari sekarang. Sesungguhnya janji Allah itu tepat pada masanya, mengapa kita masih cenderung dengan mempertahankan dunia tajaan Yahudi, sedang saudara Islam kita yang berdemontrasi dilayan dengan buruk sekali, siapa sebenarnya yang mereka pertahankan. Sungguh malang umat yang merasakan mereka senang dengan kekayaan yang mereka miliki bagai kekal selamanya dan jawatan yang mereka sandang sebagai milik mereka sahaja yang wajib dipertahankan dan kerja mereka tidak lain dari menjaga kedudukkan, sedang kan demo itu bagi utusan dakwah supaya mereka jelas dan memilih jalan kejayaan. Benar lah dalam surah Yasin, mereka membunuh utusan Allah, sedangkan ucapan utusan tersebut,Alangkah baiknya sekiranya mereka tahu.

Saya sebelom pulang sempat melawat Pak Jab dan adik kepada C Mat, kehidupan berjalan dengan begitu2 walaupon dalam corak yang berbeza tetap berubudiah dengan Allah. Mungkin kamu melihat kelainan, tapi tetap bersyukur dengan keadaan mana sekalipon selagi berpegang teguh dengan tali Allah. Itulah kehidupan bermatlamat Dunia Dan Akhirat, dengan kesungguhan dan daya juang yang kuat.

Tuesday, February 1, 2011

Be Smart

Be Smart bukannya stupid sangat, tapi smart membawa banyak maksud, juga memberi gambaran keselesaan pada sebarang keadaan. Saya malas menaip, jadi usah dihurai maksud nya , TST sudahlah. Kali pertama saya pergi keSpore main sukan, 1973, jalan-jalan keThailand 74, lama kemudian kePerth dan tidak jadi berkursus diLondon, tak tahu sebabnya, mungkin takada rezeki. Semangat kesukanan yang ada menjadikan sikap tidak apa, tidak peduli dan happy go lucky.

Sesungguhnya Allah maha kaya yang menetapkan masa, bila, kemana ,kenapa dan mengapa. Selepas saya merenungkembali jalan yang saya telah lalui dulu, masyallah ,Allah maha pengaseh, penyayang dan penyantun. Ketetapannya bagi mendaki lurah yang tinggi kemudian paling kebelakang, cubalah sendiri, apa yang dapat kita lihat. Saya kembali teringat semasa berumur 15 saya mendaki gunung jerai melalui lurah, mengikut batu hampar dan tepian air terjun yang merbahaya tapi tidak sampai kepuncak kerana tersesat jalan, itulah pengalaman mendaki, kemudian tengok bawah. Saya tidak pernah mengalah dahulunya walaupon kalau lawan mungkin kalah, agaknya itulah be smart kadang-kadang buat kerja stupid.

Malas nak cerita hal dulu, hadith memperingat kita supaya janganmengingat dan nanti mengagungagungkannya lagi bukan bermakna kita kedepan dan melupakan yang lalu tetapi masih berbangga dengan apa yang telah berlalu, masih tidak berubahlah diri kita. Tentu tidak Smart.....