Friday, February 11, 2011

jumaat

khatib berkhutbah tenang dengan suara jelas, memperingat diri sendiri dan hadirin supaya takut kepadaAllah dengan erti sebenar takut. Saya menghayati kutbahnya tidak perasan rasa gentar menyelubungi diri apabila disebut dua perkara yangmenanti penuh debaran.

1. malam pertama kita berada didalam kubur.
2. hari isrofil meniup sankakala kali kedua.

itulah dua debaran yang akan kita hadapi untuk menentukan kearah mana kita akan tuju, masyaallah, mahasuci Allah aku memohon perlindunganMu supaya sentiasa berada sebagai umat Muhmad selama mana hidupku dan matiku. Aku terlalu takut kemurkaanmu. YaAllah lindungi kami,isteri kami,anak-anak kami,semua keluarga kami dimulakan kedua ibu bapa kami, saudara, sahabat yang kami muliakan kerana kepatuhannya dan semua lakilaki islam dan wanita islam yang banyak membantu ugamamu dan mereka yang berjuang sehingga kepada mereka yang didunia tidak pernah merungut diatas kemiskinan mereka walaupon dinaya golongan rakus yang merasa sangat agung semasa didunia dimana mereka menentukan segala hala tuju dan merkotakkatikkan kehidupan orang ramai. Aku tidak akan lupa guru2 kami yang membimbing kami dengan tidak jemu dan melayan kami dengan terlalu baik bagai sahabat. Amin

No comments: