Sunday, March 22, 2009

ORGANISASI

seharian dirumah pagi ini. Eya sudah berada diMiri semalam lagi bersama kawan-kawannya. Pukul 11.30 pagi tadi mereka bertolak balek ke Long Lama sejauh 130km jalan balak, empat jam baru sampai kesana. Mereka akan mula mengajar besok hari senin, sempatlah mereka membuat persiapan nanti.

Semalam bertemu seorang sahabat keluar makan bersembang dan kemasjid bersama. Kita berbual panjang pasal organisasi, sedia ada dan mempunyai susunan tertentu yang perlu dipatuhi ahli. Kita tidak boleh sewenang nya mengubah majlis perbincangan organisasi mengikut nada kita sendiri kerana kita ahli atau jawatan kuasa tertinggi. Kita harus faham perlembagaan dalam organisasi dan mengikut perlembagaan tersebut semasa perbincangan dibuat. Jangan mandai mandai kelak rosak binasa habis.

Begitu adanya manusia terasa lebih rganisasinya daripada orang lain. Sebenarnya orang itu tidak faham dan tidak pernah merujuk membaca perlembagaan. Kalau tidak masakan jadi begitu, setidak-tidaknya bertanyalah dahulu. Tidak sesat perjalanan.

Tuesday, March 17, 2009

TUHAN,ALLAH TUHAN SIAPA?

ALLAH Tuhan semesta alam termasuk cakrawala dan isinya. Manusia dibumi tidak lepas daripada menjadi maklukNya. Biar apa anutan manusia, biar apa idologi manusia dan biar apa pegangan manusia, yang dikata manusia itu tidak lepas takdapat tidak tuhan mereka termasuk diri saya ialah Allah. Allah maha pencipta dan Allah maha mengetahui.

Saya teringat semasa didalam Hilux tempoh hari dalam perjalanan pulang ke Miri ada seorang penumpang beragama Kristian bertanya saya penuh semangat persahabatan berharap saya menjawab dengan ikhlas,"bagaimana pendapat pakhaji tentang pengharaman penggunaan perkataan Allah .........." Saya tidak terus menjawab soalan cepumas tersebut. Sebenarnya saya tidak tahu menjawab soalan tersebut walaupon pada dasarnya sedikit pon saya tidak rasa tersinggung atau sensitif.kekhuatiran takut saya mereka jawapan berdasarkan pemikiran dan perkara yang melibatkan tauhid bukan bahan mainan. Berkata biar benar,benar biar berilmu dan ilmu hendaklah al Quran. Akhirnya saya menjawap lain daripada yang ditanya," inilah orang yang melihat isu panas sebagai bahan politik mereka bila ketandusan idea." Mereka semua didalam Hilux ketawa lega sebab jawapan itu tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.

Tajuk berubah lagi dan mereka berbincang sesama mereka sepanjang-panjang perjalanan ,entah apa-apa.

Monday, March 16, 2009

PENGALAMAN

Dah beberapa hari dirumah sendiri, jumpa ramai kawan-kawan bertanyakan kemana menghilang sebulan lebih. Banyak cerita yang lama putus hubungan, maklumlah surat khabar borneo petang baru sampai diLong Lama mana akuk nak baca. Tempat kami ni ada persiapan pilihan raya kecil bukit Selambau pula maka banyaklah cerita-cerita baru dan yang kelakar sekali mencuri masa hingga larut malam.

Saya sempat bersembang dengan seoarang cikgu pencen lama tak jumpa, macam dulu suka berbincang apa-apa tajuk secara serious dan kadang-kadang bergurau juga. Tajuk kami PENGALAMAN; yang dibandingkan dengan pengetahuan dan kemahiran. Macam-macam lah contoh yang dikemukakan begitu menarik sekali. Akhirnya setelah bersurai dan pulang kerumah aku telah lupa segala perbincangan tersebut.

Begitulah aku berfikir rupanya aku ada pengalaman baru yang patut diambil kira dan dibuat peringatan dilain masa supaya tidak lupa apa-apa perkara walaupon tidak penting.

Sunday, March 15, 2009

SAMPAI DAH



Semalam jadual kapalterbang dari Miri ke KL lewat 40minit. Sampai di LCCT sudah keluar baru sedar jam sudah 1.05pagi dankami berehat sementara terbang pagi ni pukul 6.55 kepulau Pinang.Puas berkisar kesana sini sementara menunggu pukul 5.00pagi. Kekurangan tempat duduk dan susunan tidak teratur menjadikan beberapa kelompok manusia bertaburan disana sini. Maklomlah masih dalam pembinaan lagi.

Sampai Pulau Pinang kami terus pergi makan nasi kandar Masjid KAPITAN barulah pulang SP.

Friday, March 13, 2009

MIRI SEBELOM NAIK BELON

Semalam saya sampai jam 6.15ptg diMiri. Kali ini saya bertolak melalui jalan balak yang terang benderang dikiri kanan sepanjang-panjang jalan yang sesakali terdapat rumah panjang diselangseli dengan ladang kelapa sawit. Sepanjang perjalanan terdapat dua pegawai hutan bangsa Kayan dan penumpang remaja berbangsa Dayak. Sepanjang jalan mereka bercakap tentang politik Sarawak yang dibandingkan dengan Semenanjung. Pandangan mereka masih terlalu awal perubahan boleh berlaku diSarawak. Mereka bercakap dikedai-kedai kopi meluahkan perasaan tidak puas hati, tetapi bila hari mengundi masih takut untuk berubah. Saya hanya mendengar pada sepanjang jalan,lima enam kali kepala terhantuk pada dinding Hilux yang saya tumpangi kerana jalan yang sangat berlopak, becak, berselut tebal dan pada bahagian kering pula terdapat batu-batu tajam berdebu macam cerita dalam filem koboi. PERJALANAN INI sangat menarik dan mengingatkan sesiapa saja hingga bila-bila. Inilah keseronokkan yang tidak diredhai masing-masing simpan dalam hati kerana orang ramai pendalaman sudah terpaksa mesra dengan kesulitan tegar sebegitu.
Saya sempat berkenalan dengan cikgu Khusairi,3tahun lebih bertugas diLimbang dan pagi tadi beliau naik belon balik Kedah. Beliau kelihatan sudah biasa di Miri dan kelihatan berhati-hati berjalan dibandarraya yang tidak sibok ini. Sebelom pulang beliau beri ikan tamban salai dari Sabah untuk dirasa. Nampak menarik,terima kasih.
Kami sama-sama membeli kek lapis Sarawak yang terkenal dinegeri ini. Sebenarnya Eya menempah awal lagi, saya pergi mengambilnya saja. Najwa juga memesan untuk majlis perkahwinannya cuti sekolah nanti, begitulah masyurnya kek tersebut..