Semalam saya sampai jam 6.15ptg diMiri. Kali ini saya bertolak melalui jalan balak yang terang benderang dikiri kanan sepanjang-panjang jalan yang sesakali terdapat rumah panjang diselangseli dengan ladang kelapa sawit. Sepanjang perjalanan terdapat dua pegawai hutan bangsa Kayan dan penumpang remaja berbangsa Dayak. Sepanjang jalan mereka bercakap tentang politik Sarawak yang dibandingkan dengan Semenanjung. Pandangan mereka masih terlalu awal perubahan boleh berlaku diSarawak. Mereka bercakap dikedai-kedai kopi meluahkan perasaan tidak puas hati, tetapi bila hari mengundi masih takut untuk berubah. Saya hanya mendengar pada sepanjang jalan,lima enam kali kepala terhantuk pada dinding Hilux yang saya tumpangi kerana jalan yang sangat berlopak, becak, berselut tebal dan pada bahagian kering pula terdapat batu-batu tajam berdebu macam cerita dalam filem koboi. PERJALANAN INI sangat menarik dan mengingatkan sesiapa saja hingga bila-bila. Inilah keseronokkan yang tidak diredhai masing-masing simpan dalam hati kerana orang ramai pendalaman sudah terpaksa mesra dengan kesulitan tegar sebegitu.
Saya sempat berkenalan dengan cikgu Khusairi,3tahun lebih bertugas diLimbang dan pagi tadi beliau naik belon balik Kedah. Beliau kelihatan sudah biasa di Miri dan kelihatan berhati-hati berjalan dibandarraya yang tidak sibok ini. Sebelom pulang beliau beri ikan tamban salai dari Sabah untuk dirasa. Nampak menarik,terima kasih.
Kami sama-sama membeli kek lapis Sarawak yang terkenal dinegeri ini. Sebenarnya Eya menempah awal lagi, saya pergi mengambilnya saja. Najwa juga memesan untuk majlis perkahwinannya cuti sekolah nanti, begitulah masyurnya kek tersebut..
No comments:
Post a Comment