ALLAH Tuhan semesta alam termasuk cakrawala dan isinya. Manusia dibumi tidak lepas daripada menjadi maklukNya. Biar apa anutan manusia, biar apa idologi manusia dan biar apa pegangan manusia, yang dikata manusia itu tidak lepas takdapat tidak tuhan mereka termasuk diri saya ialah Allah. Allah maha pencipta dan Allah maha mengetahui.
Saya teringat semasa didalam Hilux tempoh hari dalam perjalanan pulang ke Miri ada seorang penumpang beragama Kristian bertanya saya penuh semangat persahabatan berharap saya menjawab dengan ikhlas,"bagaimana pendapat pakhaji tentang pengharaman penggunaan perkataan Allah .........." Saya tidak terus menjawab soalan cepumas tersebut. Sebenarnya saya tidak tahu menjawab soalan tersebut walaupon pada dasarnya sedikit pon saya tidak rasa tersinggung atau sensitif.kekhuatiran takut saya mereka jawapan berdasarkan pemikiran dan perkara yang melibatkan tauhid bukan bahan mainan. Berkata biar benar,benar biar berilmu dan ilmu hendaklah al Quran. Akhirnya saya menjawap lain daripada yang ditanya," inilah orang yang melihat isu panas sebagai bahan politik mereka bila ketandusan idea." Mereka semua didalam Hilux ketawa lega sebab jawapan itu tidak memihak kepada mana-mana kumpulan.
Tajuk berubah lagi dan mereka berbincang sesama mereka sepanjang-panjang perjalanan ,entah apa-apa.

No comments:
Post a Comment