Tadi jumaat khatib berpesan pada generasi muda yang bakal mengambil alih posisi orang-orang lama suatu hari nanti. Apa yang dibimbangi dibayangi khatib perkara-perkara MALU. Malu merupakan perkara utama menyediakan generasi yang tahu malu. Malu bukan sekadar terhadap manusia sahaja tetapi malu kepada Allah Azzawajalla.
Saya melihat kebenarannya berkaitan pemuda yang hilang malu seperti Mat Rempik, seringkali dikaitkan dengan banyak perkara yang memalukan baik diukur segi moral, adap dan budaya. Mereka adalah sebahagian daripada pewaris negara ini dimasa akan datang. Mereka bernafas menggunakan udara yang sama, memakan makanan yang ada dimuka bumi yang sama, menunggang motosikal dijalan-jalan diatas bumi yang sama dan banyak lagi yang mereka lakukan adalah milik Allah . Begitu juga diantara kita yang rakus pada setiap perkara, berebut jawatan, berebut pangkat, merasakan pangkat itu kuasa, langsung tidak tahu pangkat itu amanah, sedang kita digaji atau kita peniaga yang mendapat untung dari bumi Allah, layakkah kita bongkak , kedekut dan menyatakan semua itu atas hasil usaha kita?
Ini lah MALU. Kerana tidak malu kita mengganas, memusnah kehidupan saudara-saudara kita sendiri . Kita tampil ditengah masyarakat menyatakan kita pembela bangsa, pembayar cukai negara dan lagi kita gamak bermulut manis untuk dipileh bagi memimpin manusia.
Kehidupan ini sangat sementara, kelak bagaimana MALU nya kita bila berhadapan dengan Allah taala?MALU yang sangat MALU.