Friday, May 1, 2009

KETUTU


Ikan Ketutu juga ada yang memanggil ikan hantu kini cukup berharga dipasaran. Empat lima tahun dulu tidak begitu popular , dan tidak ramai juga yang melihat dan mendengarnya. Kebelakangan ini ia merupakan ikan yang sukar didapati terutama dalam pasaran terbuka. DiMiri harga sekilo Rm 80.00 sekali dimasak. Isi ketutu lembut, puteh warna nya dan sesuai dimasak stim. Terdapat banyak restoran makanan laut menjual ketutu dan Udang Galah sebagai sebahagian dari menu mereka.

Di Pulau Pinang dua tahun lalu sahabat saya kerap menangkap ikan tersebut sebagai pencarian sambilan. Beliau mendapat tawaran yang baik, Rm 60.00 sekilo tetapi Ikan Ketutu sangat berkurangan dan susah dicari. Beliau kini berada diIpoh mungkin meneruskan kerja-kerja kimpalan yang menjadi mata pencariannya sejak dahulu lagi.

Ikan ketutu ini dikatakan sebagai ikan kerapu sungai, saya sendiri tidak dapat menilainya walau pon pernah memakannya semasa diLong Lama dulu.

No comments: