Friday, May 22, 2009

persahabatan

Semalam Agus telefon lagi dari Sarawak. Kemarin dulu diMiri, Agus menjangkakan saya berada di Long Lama lagi. Sebenarnya saya pulang ke SP sejak 3mei lagi. Kami ada sedikit urusan niaga kecil2an dulunya semasa di Sarawak. Kini sudah jauh bagaimana nak teruskan, entahlah.... tetapi rakan itu melebihi dari perniagaan, berhubung jugalah selanjutnya, demikian harapan saya, semuga Allah memberi kelebihan dalam persahabatan.
Persahabatan adalah perkara baik. Rasul menyebut Islam itu Bersaudara. Budaya kita juga sama kerana rata-rata kita bangsa dirantau ini kebanyakannya muslim sejak dulu lagi. Seperti di Spain 600tahun Islam memerintah,, akhirnya orang kafir ambil balik. Negara kita pon serupa, selepas Islam memerintah, menyusul feringgi, Belanda dan British hingga kini terbawa-bawa perundangan British dan orang timur ini sangat yakin dan berbangga dengannya walaupon telah merdeka. Mungkin terasa persahabatannya, dengan mengambil alih budaya orang yang dikatakan lebih selesa bagai selesanya minum berdiri, bagai selesanya berhukum kerana bebas berbicara tanpa mengenal ilmu yang diperkatakan.
Kalau berterusan begitu ternyatalah kita akan berlaku salah. Diantara pemikiran dan ukuran mestilah berpandukan kebenaran. Kebenaran itu Al Quran tidak dapat dinafikan. Sebagai tanda persahabatan marilah bermula dengan Al Quran untuk memperkuatkan lagi ikatan persaudaraan diantara kita.

No comments: