Friday, August 7, 2009

SECEBIS HARAPAN

Pagi tadi di Ya Salam, Cikgu Fuad juga bersama bersarapan disitu. Kami berkenalan disini kerana inilah satu-satu kedai makan muslim diLong Lama diushakan oleh isteri En. Sufian.(En. Sufian seorang kakitangan perpustakaan awam, berusha membantu orang islam yang datang dan bekerja dipekan kecil ini bagi kemudahan makanan halal). Semasa berbual saya mendapat tahu sebuah surau telah diujudkan disitu. JAIS telah menyewa bahagian atas bangunan kedai disitu dengan kadar rm800 sebulan. Sebuah tapak diatas bukit telah pon dibuat pecah tanah bagi cadangan mendirikan masjid yang anggaran rm 800,000.00 akan dibina, telah dijanjikan oleh wakil rakyat yang datang meresmikannya. Projek pembinaan Pusat Kesihatan diseberang sungai juga nampak berjalan lancar . Jika tiada apa-apa halangan agaknya pembinaannya siaplah hujung tahun ini. Mungkin tahun 2010 pekan Long Lama berubah wajah menjadi lebih mantap ditambah lagi projek paip gas Petronas diBakong. Saya teringat kembali semasa perjalanan pulang tempohhari ada beberapa orang penduduk tempatan bukan islam berpendapat sekiranya Masjid dibina maka peluang cerah Long Lama akan mendapat jalan tar keMiri dan nampaknya mereka sangat berharap dan menyokong pembinaan sebuah masjid disitu.

Pukul 1.00 tengahari tadi saya bertolak balik ke Miri membawa satu kenangan dan harapan supaya apa yang mereka harapkan menjadi kenyataan. Itu lah rakyat Malaysia rata-rata masih terkebelakang sudah berpuluh tahun bukan meminta pembangunan tetapi untuk mendapat kemudahan asas sahaja.

No comments: