saya dilong lama lagi hari ni. Sudah lama tidak datang kesini walaupon dua tiga minggu sudah datang keKuching. Saya sampai Kuching 3ogos bermalam dua malam,5ogos saya menaiki bot keSibu, tambang rm45.00 tingkat atas mengharung laut China Selatan. Pemandangan terbatas kerana berjerebu sehinggalah memasuki muara sungai di Tanjong Pemanis, akhirnya sampai di Sibu jam 1.45 tengahari. Jadual bot ini sekali sahaja sehari bertolak pukul 8.30 pagi dari Kuching Port Terminal setiap hari ke Sibu. Perjalanan ini lebih cepat, dekat dan menarik. Terdapat ramai penduduk tempatan menggunakan laluan ini. Saya lupa mengira jumlah tempat duduknya, tetapi dianggarkan lebih dari 120 orang. Penumpang berpeluang bergerak bebas dan kebanyakkan memileh di Dek bahagian atas dibelakang Bot, satu tempat lapang boleh bersantai dibawah sinaran mentari pagi. Pukul 2.30ptg dengan menaiki bas tambang rm 40 menuju Miri, tiba jam 10.00 malam. Jalan dua hala, sempit berliku-liku mendaki bukit itu mengambil masa panjang untuk sampai. Setelah bermalam di Miri, saya bertolak ke Long Lama jam 8.30 pagi.
1 comment:
syoknye... bilakah masanya peluang kak utk ke sana!
Post a Comment