Wednesday, September 9, 2009

JADUAL

Menyusun jadual ada bermacam-macam caranya mengikut keperluannya, diandaikan Liga Bolasepak atau kalah mati. Tetapi menyusun jadual hidup adalah satu kerja gila kerana Allah telah menyusun jadual ini terlebih dulu, kita mungkir.Ayat Demi Masa satu peringatan yang selalu saya abaikan. Itu apa yang jelas, sedangkan banyak jadual yang menjadi tuntutan samaada sedar atau tidak tetap diabaikan saja. Kita tidak tertekanatau terpanggil langsung sedangkan rata-rata kita menyedarinya. Misalnya 'Allazi nahum fi solatihim yuha fizun" al Mukminun, sedang kita jelas dengar azan tetapi jarang kita berhenti kereta walaupon melintasi masjid untuk menunaikan tuntutan solat.
lebih
Al Quran banyak memberi peringatan, kita bukan sekadar menyahut tuntutannya tetapi lebih buruk lagi kita langsung tidak peduli. Sudahlah kita takberilmu, hendak mempelajarinya pon tidak mahu. Entah demi masa apakah yang kita tunggu, atau hendak melihat yaumal qiamah terlebih dulu baru kita kita sebut aku dah lihat sekarang aku taat.

Banyak ustaz mengajar dimasjid dan surau, keluar saja Masjid tak berubah juga. Itu belom tuntutan berjihad lagi . Agaknya saya sendiri cuba mengelaknya dengan alasan-alasan yang kuat yang tidak mewajibkan kita turutserta, mana tidak, sembahyang berjemaah saya tidak turut serta,kononnya kalau buat sunat dirumah lebih pahalanya. Saya berharap ini patut dimulai dah, buat apa tunggu-tunggu lsgi. Baru satu bab, sikit punya harukah. Sebenarnya dalam apa-apa hal sekalipon kita perlu berjinak dan belajar untuk menyesuaikan diri .Insyaallah kita akan sampai nanti ditahap yang lebih besar dan mencabar,. bersambung.nanti sebab belom pon habis lagi.

No comments: