Sudah dua minggu puasa,sudah dua minggu Zar dan Eya pulang czech dan sarawak. Rumah mulai terasa sunyi tak berorang. Oct 1st nanti mama kerja kembali selepas tiga bulan cuti tak bergaji. C25 BB, nanti tak berorang. Resmi kucing-kucing juga begitu,akan berpindah kelain-lain rumah jiran yang berorang. Itulah rona-rona kehidupan semua orang yang telah, sedang dan akan melaluinya nanti, tidak lepas dengan bukan satu perkara sahaja.
Dipagi Ramadhan ini kesempatan ini harus difikir dan disusun bagi menjana kehidupan penuhjaya didunia dan diakhirat......
1. menghitung masa hidup mengikut adat
2. menyusun waktu, menjadual harian kehidupan secara mendahului Wajib, dan rata-rata wajib belaka.
3. menyusun aktiviti harian dengan memberi satu masa berfikir.
4. melihat sejarah kehidupan sendiri dan betulkan mana-mana yang boleh diubah dengan perasaan, dengan niat berubah, dengan bergerak pindah kelandasan baru yang jelas kebenarannya, dengan memulangkan kembali hak kepada yang berhak ,dengan meninggal segala keraguan dan akhir sekali bertaubat.
5. membina kehidupan baru dengan sabar dan berhemah.
1.MASA HIDUP
Saya tidaklah tahu sangat nak kategorikan masa hidup secara ilmiah yang boleh ditafsir guna semua orang. Ini hanya pandangan sempit saya tentang masa hidup. Dengan mengambil pengukur masa hidup Rasullullah saw selama 63tahun saya mula mengira lebihkurang begini;
63tahun kehidupan x 365hari setahun x 24jam sehari x 60 minit sejam x 60 saat seminit dan hasilnya kita akan dapat jumlah saat sepanjang kehidupan anggaran kita.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam sains menunjukkan pemakaian kaedah ini bagi mengira hayat serangga dan sebagainya. Nyamuk dikatakan circle kehidupannya mengambil masa 7hari. Itu pon nyamuk tetap tidak pupus sejak beraktiviti menyerang Namrud zaman Nabi Ibrahim alhslm. Nyamuk sezaman kita mempunyai rekod terbaiknya Malaria dan banyak kisah aedes diperkatakan dan baru-baru ini Cikukungnya. Dengan nyamuk yang hidup selama 7 hari sahaja kita tidak pernah dapat selesai dengan penyakit yang dibawanya, inikan pula kehidupan kita yang memakan masa yang panjang, saya cuba fikir-fikir dan bayangkan berapa banyak aktibiti yang telah berlaku yang baik atau buruknnya berbanding diri saya sendiri.
Satelah meneliti kehidupan saya yang lalu banyaklah kekurangan yang digunakan pada jalan kebenaran, melainkan Laqha(Lara) kebanyakkannya. Apa tidaknya, ini lah kebenarannya dan menjadi rahsia diri saya. Untuk menebus balek adalah satu perkara yang sangat sukar berlaku? Ini kerana masa telah berlalu, pertemuan bertemu kini lama terpisah dan setengahnya tidak mungkin dapat dicari terutama berkaitan kematian. Warna-warna terang dulu nya kini terlalu usang. Kemerduan suara suatu hari dulu juga kini tersekat-sekat, tersangkut dek masa terlalu tua. Inilah soalnya diriku ada apa lagi yang tinggal untuk dimanfaatkan, berapa lama lagi waktu anggaran kehidupan dan berapa banyak kebaikkan yang perlu dibuat bagi menampung keburukan yang telah dan sedang masih berlaku?
Saya berdoa dalam naluri diri memohon Allah memberi keamponan disamping memberi tunjukjalan kebenaran semasa masih meniti kehidupan ini supaya dipenghujung nanti tetap sampai dengan mendapat keredhaanNYA . Saya juga berdoa secara diam dan tersendiri untuk diri saya sendiri, isteri dan anak-anak saya, keluarga ,sahabat-sahabat saya dan semua manusia dan makhluk yang Allah cipta dan mengasihi dengan Rahmat Nya. (Mungkin bersambung dilain masa....sebenarnya terlalu sukar bagi saya untuk menyatakan melalui penulisan tambah-tambah lagi dalam perkara berkaitan dengan pendapat dan menyambung tulis dengan ingat. Saya mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan baik dari segi ilmu dan menyatakan pendapat kerana segala yang baik datang dari Allah taala dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Dipagi Ramadhan ini kesempatan ini harus difikir dan disusun bagi menjana kehidupan penuhjaya didunia dan diakhirat......
1. menghitung masa hidup mengikut adat
2. menyusun waktu, menjadual harian kehidupan secara mendahului Wajib, dan rata-rata wajib belaka.
3. menyusun aktiviti harian dengan memberi satu masa berfikir.
4. melihat sejarah kehidupan sendiri dan betulkan mana-mana yang boleh diubah dengan perasaan, dengan niat berubah, dengan bergerak pindah kelandasan baru yang jelas kebenarannya, dengan memulangkan kembali hak kepada yang berhak ,dengan meninggal segala keraguan dan akhir sekali bertaubat.
5. membina kehidupan baru dengan sabar dan berhemah.
1.MASA HIDUP
Saya tidaklah tahu sangat nak kategorikan masa hidup secara ilmiah yang boleh ditafsir guna semua orang. Ini hanya pandangan sempit saya tentang masa hidup. Dengan mengambil pengukur masa hidup Rasullullah saw selama 63tahun saya mula mengira lebihkurang begini;
63tahun kehidupan x 365hari setahun x 24jam sehari x 60 minit sejam x 60 saat seminit dan hasilnya kita akan dapat jumlah saat sepanjang kehidupan anggaran kita.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam sains menunjukkan pemakaian kaedah ini bagi mengira hayat serangga dan sebagainya. Nyamuk dikatakan circle kehidupannya mengambil masa 7hari. Itu pon nyamuk tetap tidak pupus sejak beraktiviti menyerang Namrud zaman Nabi Ibrahim alhslm. Nyamuk sezaman kita mempunyai rekod terbaiknya Malaria dan banyak kisah aedes diperkatakan dan baru-baru ini Cikukungnya. Dengan nyamuk yang hidup selama 7 hari sahaja kita tidak pernah dapat selesai dengan penyakit yang dibawanya, inikan pula kehidupan kita yang memakan masa yang panjang, saya cuba fikir-fikir dan bayangkan berapa banyak aktibiti yang telah berlaku yang baik atau buruknnya berbanding diri saya sendiri.
Satelah meneliti kehidupan saya yang lalu banyaklah kekurangan yang digunakan pada jalan kebenaran, melainkan Laqha(Lara) kebanyakkannya. Apa tidaknya, ini lah kebenarannya dan menjadi rahsia diri saya. Untuk menebus balek adalah satu perkara yang sangat sukar berlaku? Ini kerana masa telah berlalu, pertemuan bertemu kini lama terpisah dan setengahnya tidak mungkin dapat dicari terutama berkaitan kematian. Warna-warna terang dulu nya kini terlalu usang. Kemerduan suara suatu hari dulu juga kini tersekat-sekat, tersangkut dek masa terlalu tua. Inilah soalnya diriku ada apa lagi yang tinggal untuk dimanfaatkan, berapa lama lagi waktu anggaran kehidupan dan berapa banyak kebaikkan yang perlu dibuat bagi menampung keburukan yang telah dan sedang masih berlaku?
No comments:
Post a Comment