Sejak umur 16 tahun lagi saya ingin menjelajah keluar negeri, ingin mencari pengalaman, belajar dan bekerja dimana saja bumi yang dipijak. Dinegara sendiri saya mengembara seorang diri sebanyak 3x dengan berbekal wang rm 5 pada kali pertama selepas peperiksaan SPM. Kali kedua semasa memasuki tahun satu kolej pertanian dan kali ketiga semasa pulang dari KL ke PPinang Saya sungguh merasai dan menikmatinya, alhamdulillah banyak pengalaman yang pada masa itu segala kepastian dan keputusan dibuat sendiri, cuma pelepasan dan kebenaran dibuat aruah ibu saya. Pada tahun 1971 saya telah memohon kerja dengan sebuah kapal perdagangan ke Europe tetapi telah tidak dibenarkan. Menariknya saya juga ahli sukan yang gila sukan yang bukan-bukan, akhirnya saya bekerja di USM kerana kemudahan, dan diterima untuk pasukan USM dan akhirnya saya bermain untuk Penang Blues untuk beberapa lama sampai saya mengundurdiri pada 1985 selamanya.Saya pernah mewakili Kedah semasa tinkatan 4,mewakili Pulau Pinang dan Negara pada 1973. Itulah sukan yang mengheret masa hidup sehingga hampir melupakan niat awal. Saya bersyukur dengan ketetapan Allah, demi masa manusia itu kerugian, Pada 1985 1/5/85 saya berhenti kerja dan melalui beberapa perubahan dengan nawaitu menunai tugas seorang muslim, sampai kini dan selamanya sedangkan badan ini boleh berada dimana-mana dalam apa saja keadaan. Saya pernah sebut dulu, kata tuan guru saya, Be smart eventhough stupid.
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
pedih
empat hari lepas berlalu, saya merasa kurang selesa dengan kesihatan diri, berdiri rasa terumbang ambing macam dalam perahu, rasa tidak selesa dan dicelah kaki terasa pedih luka makan air. Pantang tersentuh jari kaki kaki macam dihiris isinya. Sungguh bagaimana perkara sekecil ini disebagian kecil anggota saya sudah merasakan kepedihan yang amat sangat. Dulu Mujahidin Afghanistan dikatakan terpaksa menahan sejuk saya gambarkan macam hanya menarik selimut dimalam hari telah menyelesaikan masalah, tetapi kesejukan -18 darjah diPrague disember 2009 dan 2010 baru-baru ini membuat saya faham kegetirannya, malah saya bersyukur diberi Allah dapat datang keBenua Eropah sebanyak dua kali, mungkin saya pergi lagi dimasa akan datang. Anda mungkin tertanya mengapa saya masih mahu kesana, rahsianya nanti saya ceritakan...
Monday, January 24, 2011
entah, kurang pasti
Saya melawat sahabat semalam. Beliau banyak membantu, apa saja tidak pernah ditolak cuba ditolongnya. Semasa saya tiada dikedai beliau membantu saban hari dan hampir 3minggu saya pulang baru dapat menziarahinya. Mungkin secara tidak sedar beliau banyak berulangkali menolong anak saya mendapatkan tanda tangan jkk, jadi anak mungkin terlepas pandang, masa perlu semua jam, bila sudah dapat dan selesai kerja lupa sahaja kebaikan orang. Sebagai sahabat saya menghargai mereka tidak kira apa yang orang lain perkatakan, sampai kini saya memandang kehidupan mereka yang terumbang ambing dalam niaga makanan. Saya sangat-sangat menharapkan kejayaan mereka, secara peribadinya saya tidak punya kemampuan untuk membantu mereka. Saya sentiasa berdoa kepada Allah semuga semua sahabat saya dikurniakan kejayaan dalam apa bidang yang mereka ceburi, mungkin besuk atau suatu hari, mungkin saya tidak dapat menyaksikan kejayaan mereka kerana kejayaan yang mereka harapkan sekadar dapat sesuap makan dan dapat menyelesaikan sebarang hal yang berkaitan kekeluargaan mereka.
saya tidak dapat meneruskan catatan ini, cuma beringatlah apa yang kita kecapi adalah kepunyaan Allah, supaya mengurus dengan adil dan membantuorang lain selain membantu diri kita sendiri, tolak pahaman bakhil yang menanggap rezeki yang yang diperolehi atas usaha dan kepandaian mereka. Sebenarnya mereka sombong dan jahil dan tidak pernah mengenal INSAN, bagaimana pula nak mengenal Allah.
saya tidak dapat meneruskan catatan ini, cuma beringatlah apa yang kita kecapi adalah kepunyaan Allah, supaya mengurus dengan adil dan membantuorang lain selain membantu diri kita sendiri, tolak pahaman bakhil yang menanggap rezeki yang yang diperolehi atas usaha dan kepandaian mereka. Sebenarnya mereka sombong dan jahil dan tidak pernah mengenal INSAN, bagaimana pula nak mengenal Allah.
Saturday, January 22, 2011
AL sakit, Strok
Kamal sakit sudah seminggu. Saya baru tahu semalam. Tadi saya melawat beliau sedih melihatnya, berbaring diatas tilam ditemani saudara sebelah isterinya yang datang dari selayang kl. Saya hanya mampu bertanya khabar dan memberi semangat kepadanya. Semuga beliau cepat sembuh dan kembali ceria sebagaimana dulu.
Friday, January 14, 2011
malas
Dah tua malas pula, saya pon tak suka pada orang semalas saya ni, melepas masa semudahnya, tidak kembali lagi masa tu kecuali kalau betol sangat E=mc2. Teori , fizik dan matematik betollah tu, tapi segi realitinya yang benar itu ialah surah masa. Ni dok gagah selak tengok tapi dalam hati tetap ada malas berlingkar dok cari jalan nak belah keluar. sebelom berundur pesan saya pada anak2 gembiralah anda dengan sebarang kerja, istiqamah dan jangan membezakan sesuatu diantara minat dan tugas atau suka dengan malas.
Subscribe to:
Posts (Atom)