Monday, January 31, 2011

Rahsia yang bukannya rahsia

Sejak umur 16 tahun lagi saya ingin menjelajah keluar negeri, ingin mencari pengalaman, belajar dan bekerja dimana saja bumi yang dipijak. Dinegara sendiri saya mengembara seorang diri sebanyak 3x dengan berbekal wang rm 5 pada kali pertama selepas peperiksaan SPM. Kali kedua semasa memasuki tahun satu kolej pertanian dan kali ketiga semasa pulang dari KL ke PPinang Saya sungguh merasai dan menikmatinya, alhamdulillah banyak pengalaman yang pada masa itu segala kepastian dan keputusan dibuat sendiri, cuma pelepasan dan kebenaran dibuat aruah ibu saya. Pada tahun 1971 saya telah memohon kerja dengan sebuah kapal perdagangan ke Europe tetapi telah tidak dibenarkan. Menariknya saya juga ahli sukan yang gila sukan yang bukan-bukan, akhirnya saya bekerja di USM kerana kemudahan, dan diterima untuk pasukan USM dan akhirnya saya bermain untuk Penang Blues untuk beberapa lama sampai saya mengundurdiri pada 1985 selamanya.Saya pernah mewakili Kedah semasa tinkatan 4,mewakili Pulau Pinang dan Negara pada 1973. Itulah sukan yang mengheret masa hidup sehingga hampir melupakan niat awal. Saya bersyukur dengan ketetapan Allah, demi masa manusia itu kerugian, Pada 1985 1/5/85 saya berhenti kerja dan melalui beberapa perubahan dengan nawaitu menunai tugas seorang muslim, sampai kini dan selamanya sedangkan badan ini boleh berada dimana-mana dalam apa saja keadaan. Saya pernah sebut dulu, kata tuan guru saya, Be smart eventhough stupid.

No comments: