empat hari lepas berlalu, saya merasa kurang selesa dengan kesihatan diri, berdiri rasa terumbang ambing macam dalam perahu, rasa tidak selesa dan dicelah kaki terasa pedih luka makan air. Pantang tersentuh jari kaki kaki macam dihiris isinya. Sungguh bagaimana perkara sekecil ini disebagian kecil anggota saya sudah merasakan kepedihan yang amat sangat. Dulu Mujahidin Afghanistan dikatakan terpaksa menahan sejuk saya gambarkan macam hanya menarik selimut dimalam hari telah menyelesaikan masalah, tetapi kesejukan -18 darjah diPrague disember 2009 dan 2010 baru-baru ini membuat saya faham kegetirannya, malah saya bersyukur diberi Allah dapat datang keBenua Eropah sebanyak dua kali, mungkin saya pergi lagi dimasa akan datang. Anda mungkin tertanya mengapa saya masih mahu kesana, rahsianya nanti saya ceritakan...
No comments:
Post a Comment