Saya melawat sahabat semalam. Beliau banyak membantu, apa saja tidak pernah ditolak cuba ditolongnya. Semasa saya tiada dikedai beliau membantu saban hari dan hampir 3minggu saya pulang baru dapat menziarahinya. Mungkin secara tidak sedar beliau banyak berulangkali menolong anak saya mendapatkan tanda tangan jkk, jadi anak mungkin terlepas pandang, masa perlu semua jam, bila sudah dapat dan selesai kerja lupa sahaja kebaikan orang. Sebagai sahabat saya menghargai mereka tidak kira apa yang orang lain perkatakan, sampai kini saya memandang kehidupan mereka yang terumbang ambing dalam niaga makanan. Saya sangat-sangat menharapkan kejayaan mereka, secara peribadinya saya tidak punya kemampuan untuk membantu mereka. Saya sentiasa berdoa kepada Allah semuga semua sahabat saya dikurniakan kejayaan dalam apa bidang yang mereka ceburi, mungkin besuk atau suatu hari, mungkin saya tidak dapat menyaksikan kejayaan mereka kerana kejayaan yang mereka harapkan sekadar dapat sesuap makan dan dapat menyelesaikan sebarang hal yang berkaitan kekeluargaan mereka.
saya tidak dapat meneruskan catatan ini, cuma beringatlah apa yang kita kecapi adalah kepunyaan Allah, supaya mengurus dengan adil dan membantuorang lain selain membantu diri kita sendiri, tolak pahaman bakhil yang menanggap rezeki yang yang diperolehi atas usaha dan kepandaian mereka. Sebenarnya mereka sombong dan jahil dan tidak pernah mengenal INSAN, bagaimana pula nak mengenal Allah.

No comments:
Post a Comment