Thursday, April 30, 2009

PENGANGKUTAN




Feri di Long Lama

Kem Pembalakkan di Long Lapok

Sunyi tengah malam gagah tunggu juga untuk dapat hubungan internate walaupon mengambil masa yang lama. Demikianlah ditempat yang bernama Long Lama, ulu Sg Baram daerah Miri. Long Lama yang dikesunyiannya mencetus inspirasi, memberi kelegaan berfikir dan banyak perkara dapat diselesaikan di Long Lama. Masa yang berlalu disini cukup bermakna dan memberi pengertian yang besar kepada dunia yang lebih mencabar. Qari Afifi pernah bertanya samaada feri masih beroperasi lagi atau tidak, saya cuba mendapat maklumat tetapi penduduk setempat memberi angka yang tidak tepat, mungkin pertanyaan saya tersalah orang. Menurut maklumat perkhidmatan feri bermula sejak tahun 2003/2004 bagi kemudahan mengangkut 4WD, Lori kecil sehinggalah trellar 14 roda. Harga yang dikenakan pada 4WD Rm 15.oo,lori 2tan Rm 30.00 dan 8tan Rm80.00. Harga ini tidak begitu jelas semasa saya berbual dengan pengguna, yang pasti Toyota Hilux memang Rm 15.00 perjalanan satu hala. Feri ini dulunya beroperasi di Brunai dan dikuala Sg Baram . Dari pandangan saya memang banyak kenderaan yang berulang alek menggunakan feri ersebut. Pada satu-satu masa feri boleh memuatkan 4 hingga 6 buah 4WD dan sudah tentu memberi pulangan yang baik. Lagi pon Feri tidak mengikut jadual untuk menunggu sampai penuh dengan kenderaan, kadang-kadang bergerak kosong sebab ada kereta menanti diseberang.

Bot Ekspres beroperasi sejak tahun 70an lagi, kerana inilah satu-satunya jalan air yang menghubungkan Bandar Marudi hingga Kuala Baram, Miri. Jarak Long Lama ke Kuala Baram kurang lebih 130 km dan perjalanan ini lebih selesa dibandingkan melalui jalan balak dengan 4WD. Tambang dari Long Lama ke Marudi Rm 20.00 dan Marudi ke Kuala Baram juga Rm 20.00 mengambil masa 8jam . Dari Kuala Baram ke Miri Rm 30.00 menaiki teksi. Kebanyakan orang yang memileh 4WD sebab masa perjalanan Miri-Long Lama atau sebaliknya memakan masa 3 hingga 4 jam sahaja mengikut keadaan jalan yang pada musim hujan berlopak dan sangat JAHAT kata orang pendalaman sementara musim tidak hujan berdebu macam kuda berlari dalam gambar Koboi, tambang yang dikenakan Rm 60.00 sampai ketempat yang dituju sekitar Bandaraya Miri. Kebanyakkan pengguna 4WD tidak lepas dari membawa barang yang banyak dan berat pula.

Beberapa tahun dahulu sebelom 70an Perahu Panjang digunakan untuk pengangkutan. Sampai kini masih digunakan lagi bagi tempat-tempat yang tidak sampai bot ekspres. Pendalaman Sarawak kawasan Orang Ulu memang menarik dikunjungi, dapat merasa kepayahan dan kesulitan yang boleh dimaafkan disamping melihat keindahan semula jadi yang lambat laun suatu hari akan tercemar dikejar pembangunan. Kalau ingin berkunjung siaplah dengan wang yang banyak untuk tambang, satu perkara yang menarik lebih mahal dari tambang kapal terbang kalau dibandingkan dengan jaraknya perjalanan.

Monday, April 27, 2009

Di Long Lama kembali, masalah internate slow biasalah. Semalam nak menulis pon tak boleh, pagi ni gagah tengok kot-kot tak dak masalah.



Sebenarnya masalah ni pon satu hai, dahlah masalah lain bertimbun, kenalah perlahan-lahan menghadapinya bukan menyelesaikannya. Pernah satu masa dulu timbul masalah dalam perniagaan, saya tulis surat menyatakan segala masalah yang ada, kemudian saya kemukakan cadangan bagi menyelesaikannya. Perubahan perlu dibuat segera seperti ubah suai premis bagi kemudahan bekerja dan pengurusan jualbeli lancar dikaunter. Tidaklah saya menyimpan dihati, perkara ini telah pon selesai masa tu bila saya bertindak memendekkan tender perkhidmatan saya selepas jawapan yang saya terima dalam mesyuarat menyakitkan hati pentadbir. Bukan senang nak jaga hati orang sebenarnya, kalau kita tahu bezakan antara tugas dan kebenaran kita tidak perlulah menggunakan perasaan. Kalau nak marah bukan boleh menyelesaikan masalah, selesaikan masalah dan ingatlah diri kita tu pentadbir, bergaji besar, kerjalah elok-elok. Kalau nak menjelaskan sesuatu cakaplah berapa banyak pon asal jangan mengungkit sudahlah.



Semalam timbul satu soalan mengenai pemilihan yang perlu dibuat, pemilih nampaknya suka kepada dua perkara yang boleh dipileh hanya satu sahaja. Nampaknya pemileh terjebak diantara minat dan berminat juga. Ini pasal future trading susahlah nak cadang, nanti suatuhari berlaku masalah teruklah saya kena belasah.



Bagaimana pon sekiranya difahami makna minat (difahamkan sebagai cita-cita yang telah bersemi sejak dua tahun sudah) kalau dibandingkan dengan berminat juga (difahamkan perkara lain dari cita-cita, tetapi setelah diberi penerangan terasa nampak jalan dan berkenan dengan kemampuan yang ada) bererti kedua-dua pilehan itu layak dipileh untuk berjaya, sedangkan masa terdekat untuk membuat pilehan hampir tiba. Saya pon taktahu nakcakap,biarlah kamu buat sembahyang istiqarah dahulu, nanti apa yang sesuai dengan kamu tahulah. Saya berdoa pilehan apa sekali yang kamu buat tetap pilehan yang tepat.

Saturday, April 25, 2009


Seperti diharapkan malam tadi saya keluar bertemu sahabat Miri saya. Kami berbual sementara masuk isyak , dengan kehaziran seorang lagi sahabat baru. Beliau belum memperkenalkan diri terus mengajukan soalan ,"Laksamana Hang Tuah tu berbangsa apa?"

"Cina" jawab saya rengkas

"Inilah pertama saya dengar, sebelum ini tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke....semuanya kata Melayu."

Beliau tidak bertanya alasan saya tetapi semacam pernyataan itu serupa dengan keyakinan beliau sendiri. Sebenarnya saya sudah lama bertahun percaya demikian memandangkan nama Hang....Tu......Ah , hakikatnya tiada bin dan orang masyur sebegitu tidak mempunyai susun galur keturunan asalnya. Empat lima tahun sudah sahabat rapat saya Cek Li yang rajin menjelajah Thailand , Indonesia dan Filipina pernah menceritakan pertemuannya dengan seorang German secara kebetulan di Masjid Krisek, Patani sedang mencari perigi Hang Tuah. Menurutnya semasa Laksamana Cheng Ho belayar kerantau ini beliau telah singgah dibeberapa tempat untuk mengambil bekalan seperti Air dan Makanan dan salah satu tempat itu ialah Masjid Krisek di Patani. Lantaran itu terdapat sebuah perigi di kawasan Masjid tersebut dikatakan Perigi Hang Tuah. Lagi pun Cheng Ho memang seorang Islam, logiknya singgah di Masjid Krisek yang telah dibina lama dulu. Saya pernah beberapa kali singgah di Masjid tersebut yang terdapat sekolah agama rakyat disitu tetapi tak teringat sekalipun nak melihat perigi tersebut. Mungkin kerana saya bukan ahli sejarah agaknya.

Azan Isyak kedengaran , kami berpisah disitu tanpa mengenali satu sama lain.



Saya menelefon fohin 4.30 pagi, beliau sampai setengah jam kemudian. Kami beredar kelapangan terbang dengan bayaran Rm 25.00 untuk perkhidmatan teksi. Pukul 8.00 pagi saya sudah berada di Miri dan bersarapan pagi tempat biasa apabila saya berada di sini. Kawan lama saya, ASP Abu Bakar membuat panggilan awal mengesahkan saya telah sampai dengan selamat, Alhamdulillah.

Miri tenang seperti biasa, tidak sibuk dengan kenderaan seperti di Kuching. Terdapat banyak hotel murah dan senang bergerak kesana sini memandangkan tidak banyak pasaraya dan kedai-kedai yang dibina bagi perniagaan. Semuanya ditempat yang berdekatan sahaja. Semasa saya mula-mula menjejak kaki di Miri saya sentiasa meronda segenap pelusuk bandaraya tersebut, kali ini saya lebih selesa berkurung dibilik hotel sahaja. Saya berharap malam ini akan mendapat sedikit bahan untuk saya paparkan , insyaallah.

Friday, April 24, 2009

GAMBAR











BUDAYA



Seperti biasa selepas makan malam saya bersantai di Kuching Water Front. Sekejab duduk dibangku sekejab berjalan kehulu kehilir. Bersantai ni tidaklah perlu ada matlamat, sekadar menghirup udara malam dan menenangkan fikiran, maklumlah disiang hari cukup lelah kepanasan dan tidak nyaman, kata orang Sarawak. Lama kemudian menalipon Cg Shukri, beliau mencadangkan saya melawat sebuah Kampong Kebudayaan dekat kawasan Santubong. Disana terdapat onestop pelbagai aneka Budaya Sarawak yang dihimpun bagi memudahkan pelancong melawat kesatu distinasi sahaja. Insyaallah jika bermasa akan saya usahakan.

Sambil berjalan perbualan saya terhenti seketika, saya dengan maaf minta perbualan disambung dilain waktu nanti. Pada masa tersebut saya terjerembab dengan seorang pemuzik Orang Ulu, memetik alat muziknya yang seakan-akan gitar panjang, tidak sempat saya mengira berapa talinya. Saya terasa gembira kerana inilah pertama kali menonton secara berdepan dan dipelbagai sudut. Beliau duduk diatas tembok sambil memainkan irama Orang Ulu berulang-ulang. Sesekali berhenti bermain dan membetulkan tali alat muzik tersebut.

Menurutnya beliau mula belajar bermain sejak berumur 8 tahun lagi daripada ayahnya yang berbangsa Kayan. Desmond, 29 mengaku dirinya Bidayuh lantaran emaknya Bidayuh, sudah 20 tahun tidak balek ke Marudi tempat asal usul keluarganya. Beliau sangat peramah dan membenarkan orang ramai bergambar dengannya. Gambar saya bersamanya sempat diambil oleh seorang pelancung dari Bayan Lepas, terima kasih.

Bila saya bertanya pengalamannya, anak muda yang belum berkahwin lagi ini menegaskan yang Warisan Kebudayaan mesti dipertahankan. Sekiranya dibiarkan lama kelamaan anak-anak muda akan menerap kebudayaan asing yang jauh menyimpang dari ketimuran.
"lihatlah telinga saya yang berlubang besar" sambil menarik cuping telinganya, ternyata boleh ditembusi sebatang rokok yang dihisapnya. Beliau seorang penari sepenuh masa dengan satu kumpulan kebudayaan, yang bergaji tidak dapat berbual lama kerana bekerja esoknya. Selepas memakai jeans nya semula beliau terus beredar.

Saya terpinga-pinga mengingatkannya semasa bermain muzik tadi beliau hanya memakai cawat sahaja.

Thursday, April 23, 2009

KUCHING YANG BERSEJARAH



Selepas sarapan pagi merayau lagi sepanjang Jalan Gambir selari dengan Sungai Sarawak. Setiap sudut terdapat bangunan lama seperti bangunan Mahkamah Cina, seluas 46x46 kp diresmikan oleh Raja Charles Brooke pada 1 hb. Julai 1912 kemudian dibubarkan pada1921/1930 menjadi Dewan Umum Perniagaan Cina Sarawak. Menurut catatan dimuzium, Presiden pertama, Ong Tiang Swee, seorang ketua Kapitan Cina merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Cina pada masa itu begitu berpengaruh sekali telah dipileh bagi menangani masalah orang-orang Cina yang menghadapi masalah sivil,probet?, nikah, kawin dan perceraian. Orang-orang Cina telah pon bertapak di Sarawak seawal abad ke 10 masihi. Mereka telah mengharungi kesulitan dan kepayahan yang amat sangat dan datang sehelai sepinggang berbekal sabiji periok untuk memasak,membasuh dan menyimpan air. Selepas enam bulan barulah mereka menikmati sayur-sayuran yang ditanam. Mereka tidak mempunyai peralatan pertanian dan kebanyakkan yang datang tidak dapat kembali lagi kenegeri Cina. Peribahasa Fukien menyebut,"dari setiap 10 orang yang pergi keluar negeri, 3 menemui kematian, 6 terus tinggal disana dan seorang balek." Begitulah gambaran perantauan orang-orang Cina yang penuh cabaran demi kejayaan yang mereka capai hari ini. Pada tahun 1863 Raja Brooke mengimpot ramai orang Cina dari Nanyang untuk bekerja dalam industri perlombongan, pertanian dan pembangunan Sarawak yang telah dirancang. Lantaran itu terdapat banyak bangunan lama dibina sepanjang jalan Gambir dan kini kelihatan uzur dan sedang dibaiki sebagai bangunan peninggallan sejarah.

Sebelah kiri jalan Gambir terdapat sejajar bangunan kedai-kedai lama menjual barang-barang runcit, rempah ratus dan kedai-kedai cenderahati. Terdapat juga beberapa kedai menjual barang antik dan ukiran-ukiran kebudayaan. Kebanyakan kedai runcit dipunyai peniaga-peniaga India Muslim sehingga terdapat sebuah jalan bahagian belakang kedai-kedai tersebut dinamakan Jalan India sejak 1835 lagi.

Dicelah-celah kesibukan manusia terdapat satu lorong kecil, sekiranya tidak meletak perhatian kita mungkin teraleh pandang tidak sedar kita telah melintasi sebuah Masjid betol-betol dikelilingi kedai-kedai yang sibuk dengan pelanggan. Saya sempat berpatah balek dan masuk kecelah lorong kecil sampai dipintu masjid. Diperbuat dari kayu Berlian, binaan tahun 1834 tersebut kelihatan masih gagah dan kuat. Disudut kiri masjid menghala kiblat masih terdapat gendang (gendang raya) sepanjang 10kaki dalam keadaan terpelihara. Menurut seorang jemaah, masjid ini masjid yang terkaya di Kuching. Masakan tidak, kesemua kedai sekitarnya membayar sewa kepada masjid. Saya rasa mahu 50kedai lebih yang mengelilingi masjid tersebut tidak termasuk diJalan India sendiri.

Bila saya memikirkan kembali keperitan dan kesusahan orang-orang yang terdahulu yang sanggop menghadapi cabaran dan memberi peninggalan yang berguna kepada kita hari ini,apakah sumbangan kita pula kepada generasi akan datang?

Ini ada data yang saya dapat, tidak ingat dari mana tentang jumlah penduduk Sarawak;
------------------------------------------------------------------------------------------
1947 1990
------------------------------------------------------------------------------------------
peratus peratus
DAYAK LAUT 34.8 MELAYU 20.9
MELAYU 17.9 MELANAU 5.8
MELANAU 6.6 IBAN 29.5
DAYAK DARAT 7.7 BIDAYUH 8.4
LAIN-LAIN 5.5 LAIN-LAIN 5.4
CINA 26.6 CINA 28.9
INDIA/JAWA 0.9 EURO/SION 1.1
EUROPEAN/SIAN 0.1
------------------------------------------------------------------------------------------
1947; 546,385 Penduduk Sarawak.



PERAHU TAMBANG 4 KUPANG




Tengahari tadi saya berlegar-legar disepanjang persisiran Sungai Sarawak, Bandaraya Kuching Water Front. Gerai-gerai makanan dan minuman belom buka lagi, panas tidaklah terik sangat, lagi pon terdapat banyak pokok-pokok sepanjang persisiran tersebut ditanam menghiasi kawasan tersebut. Ditengah sungai terdapat beberapa buah perahu kecil berulang alik mengambil giliran macam teksi lapangan terbang juga.

Saya mengambil kesempatan menaiki perahu tersebut menyeberang Sungai Sarawak yang dapat memuatkan 8-10 penumpang setiap kali berulang alik. Tidak pada kesemua perahu yang berulang alik tadi dipenuhi penumpang. Kadang-kadang tiga empat orang sahaja dan ada juga masa-masa yang ramai penumpangnya. Mereka memulakan operasi seawal pagi, membawa pelajar sekolah dan tamat tugasan diwaktu malam apabila merasakan tidak ada orang lagi yang ingin menyeberang.

Perusahaan ini amat menarik, pelancong yang bersantai sepanjang tebing sungai cepat dapat tahu tentang perahu tambang ini walaupon baru sahaja sampai dikawasan Water Front. Sungai Sarawak tidaklah selebar mana dibandingkan Sungai Baram dan lebih-lebih lagi Sungai Rajang. Pelancong sudah tentu boleh mengisi masa yang sedikit untuk pergi dan balek atau boleh memileh Kapal yang lebih besar kemuara sungai melihat matahari terbenam dengan harga RM60. Saya senanghati masuk keperahu kecil penambang dan apabila sampai bayarannya 4 kupang sahaja. Menurut penduduk tempatan 'Kampong Boyan' dulu tambang 5 sen sahaja, kemudian naik 10,15,20,30 dan sekarang 40 sen.

Saya terasa macam orang kaya semasa membayar tambang semurah tersebut, keep the change lagi selebihnya. Tapi bila memikirkan pengusha Perahu Tambang tersebut hati saya sedih berkata, bila dia nak kaya kalau macam ni?

Wednesday, April 22, 2009

GAMBIR SARAWAK



Bila sebut Gambir kebanyakan orang akan teringat Sarawak. Bila sebut Sarawak orang akan ingat Gambir. Nama tersebut bagai tidak boleh berpisah, seringkali digandingkan dan menjadi kemestian pelancong beli, bawa pulang untuk kawan-kawan sebagai akuan yang dirinya memang telah sampai ke Sarawak. Apakah hebatnya Gambir Sarawak ini?

Menurut Andy yang berasal dari Kampong Pandan, KL,gambir ini memang didapati dihutan Sarawak, mempunyai pelbagai kegunaan seperti sakit gigi, disengat binatang bisa seperti kala, labah-labah,tebuan atau sebagainya bolehlah dilarutkan dengan sedikit air kemudian disapu pada tempat sengatan. Sekiranya sakit gigi berlobang dipedap dengan kapas dan dimasukkan kedalam lobang gigi. Selain daripada tersebut ia juga digunakan sebagai perangsang bagi lelaki. Itulah termasyurnya Gambir Sarawak yang dipasarkan dalam keadaan cecair dan satu lagi dikeringkan menjadi kepingan nipis. Harganya menarik sekali diantara RM 5.00-10.00 untuk dua hingga enam keping bersaiz 5mm x 5mm. Sekitar Bandaraya Kuching atau Miri Gambir Sarawak senang didapati dikedai-kedai atau ditepi jalan terutama diwaktu malam.

Andy yang membantu sahabatnya juga menceritakan tentang Raja Kayu, Kayu Tas dan Batu Karang Hitam, Merah dan Puteh.

Saya tertarik hati tentang cara mengecam samaada ori atau tidak, misalnya Raja Kayu jika disuluh dengan lampu picit , cahayanya dapat menembusi bahagian dalam kayu tersebut. Saya pernah melihat kayu tersebut dirumah sahabat saya di Kota Kuala Muda,kelihatan berminyak, dikikis halus menjadi serbuk, boleh digosok dibahagian kulit dan menyerap kedalam badan. Ia berguna untuk menguatkan tulang, kerapnya dibuat batu cincin dan dipakai kemana-mana mengelak dari binatang berbisa. Begitu juga Kayu Tas dibuat cincin dipakai kemana-mana kerana baunya samaada tidak disukai atau ditakuti binatang berbisa dan binatang buas. Kayu Tas boleh dikenali secara menggosoknya pada batu akan mengeluarkan bau seperti samaada Minyak Jarak atau Minyak Kayu Puteh. Saya kurang arief sangat tentang bau. Jika dibakar sedikit baunya dibawa angin menyebabkan binatang bisa tidak hampir. Batu cincin daripada Batu Karang Hitam dan Merah juga ada kegunaannya. Saya tidak sempat bertanya kegunaannya, tetapi dimaklomkan susah bagi mencari karang tersebut. Karang Merah hanya boleh didapati diperairan sedalam 70meter sahaja. Ikan-ikan yang sakit dan cedera selalunya akan mengelilingi karang tersebut sebagai mengubat kecederaannya. Diingatkan karang ini berbahaya dan sangat berbisa kalau melukai kulit kita.



Tuesday, April 21, 2009

NASI AYAM PENYET



Selain Kek Lapis Sarawak, Lalapan Bawal dan Lalapan Ikan Kelik ada lagi satu menu makanan yang baru saya kenali iaitu NASI AYAM PENYET,sedap dimakan, menyelerakan dan senang didapati dikebanyakkan kedai makan muslim. Harganya berpatutan dan menarik penglihatan. Sebenarnya ia dihidangkan nasi puteh, ulam, sambal, sup dan ayam goreng sebagai set. Namanya sebegitu disebabkan ayam goreng itu diketuk dengan pisau dan tidak dipotong macam ayam nasi ayam jadi terpenyet, maka sebab itulah kot dipanggil Nasi Ayam Penyet. Gambar atas Muhd Zulhilmi dan Ria Fitryani sedang berbual dengan saya dan membahasakan diri mereka Budak Sarawak. Stall ini terletak ditebing Sungai Sarawak, Kuching Water Front.

IKAN TERUBOK MASIN SARAWAK




Pasar terbuka Satok hanya dihujung minggu sahaja, saya tidak berkesempatan melawatnya kerana jadual pulang ke Miri lebih awal lagi. Bagaimana pon Alex kawan Cg Shukri membawa saya ke Satok, pergi market menunjukkan penjual-penjual Ikan Terubok Masin yang kebiasaannya pada hujung minggu berniaga diperkarangan kedai-kedai bahagian depan berdekatan jalan utama. Produk ini sangat terkenal sebagai satu produk pelancungan Sarawak.

Saya sempat berkenalan dengan seorang peniaga, Kamri bin Razali, 013 5617927 atau e-mail: kabira_amk@yahoo.com.my yang menawar khidmat penghantaran kemana-mana distinasi secara pos atau sebagainya. Mereka sangat bersemangat semasa menerangkan tentang produk tersebut. Saya terasa imbas kembali BENTENG,Bankok Bank, KL sekitar pertengahan tahun 70an. Bila masuk kawasan tersebut bagai tidak boleh bergerak disekat budak-budak pelayan yang menawarkan menu-menu makanan digerai mereka, itulah yang saya maksudkan bersemangat.

Diharap mereka akan terusmaju dengan usha-usha tersebut.

Sunday, April 19, 2009

SAHABAT LAMA



Pagi lagi sudah sampai Kuching,termanggu-manggu beberapa ketika memikirkan kemana hendak kutuju kerana ini kali pertama menjejak kaki di sini. Menaiki teksi kemudian mendapatkan sebuah bilek di Bandar Kuching, barulah tenang untuk memikirkan perancangan harian .

Semasa di SP lagi saya berniat untuk bertemu kawan lama lebih 20tahun tidak berjumpa. Beliau berasal dari KL dan bertugas diSarawak sudah hampir 30tahun. Saya pertama kali diKuching memikirkan bagaimana nak bertemu beliau sedangkan kami tidak pernah berhubung dan tidak tahu dimana beliau bertugas. Alhamdulillah dengan penuh keyakinan akhirnya saya dapat nombor telefon beliau dan terus berhubung. Beliau menjawab panggilan saya dengan tenang tetapi tidak dapat menyembunyikan kenyataan tak dapat untuk mengecam suara dan perasan siapa saya yang tidak memperkenalkan diri terlebih dulu. Beliau terus melayan perbualan sambil mencari jalan untuk mengingati siapa saya menerusi perkataan, pertuturan yang sangat biasa baginya suatu masa dulu. Saya faham beliau ingin membuktikan yang beliau tidak lupa Justify Fullkawan-kawan lama. Sebelum berhenti percakapan kami beliau menyatakan akan datang kebilek saya sejam lagi dengan penuh keyakinan. Beberapa minit kemudian saya menghantar pesanan rengkas menyebut "kita sama saja" diikuti saya menulis alamat rumahnya semasa diKL. Beliau betul-betul hilang punca untuk dikaitkan ingatan mengingati saya sehinggalah saya menyebut satu persatu nama saudaranya baik yang lelaki atau perempuan sejumlah 10 beradik kesemuanya barulah dengan yakin beliau terus menyebut nama saya dengan tepat dan lega.

Selepas sejam kami bertemu dan sembang panjang,kemudian malamnya beliau bersama isterinya menjemput saya dan Eya keluar makan. Makan sambil sembang sambil makan bergurau, bercerita kisah masing-masing dan akhirnya pulang selepas 2jam. Saya menung sejenak memikirkan keseluruhan peristiwa tadi dan mengenang masa-masa lampau kami zaman remaja dahulu. Itulah persahabatan tetap seperti dulu-dulu walaupon sangat lama terpisah membawa kehidupan masing-masing.

Saturday, April 18, 2009

MIRI Bandaraya Minyak




Carigali minyak pada 1910 dan pusat penapisan minyak, Lutong 1914 didirikan oleh Shell menjadikan Miri dikenali dirantau ini.Daerah seluas 4707.1 km persegi ini mempunyai penduduk sejumlah 300,000 orang terdiri daripada bangsa Cina,Dayak,Melayu,Melanau,India,Kayan,Kenyah,Kelabit,Iban,Bidayuh,Penan dan Eurasian. Saya rasa untuk mengenali puak-puak ini sukar dibezakan dan bahasa pertuturan kaum-kaum tersebut juga tidak mudah dikuasai.Penggunaan Bahasa Melayu digunakan secara meluas sebab tidak semua kaum-kaum ini dapat menguasai bahasa kaum lain malah memang sukar kita membezakan kaum tersebut kalau tidak diperkenalkan.Saya pernah menaiki 4wd dari Long Lama ke Miri tidak sedar empat orang yang bersama saya itu terdiri daripada Dayak,Kenyah, Kayan dan Iban.Itulah kaum-kaum yang kita lihat bezanya hanya diMajlis Kebudayaan semasa persembahan mereka mewakili kaum mereka.

Miri juga terkenal dengan perusahaan pembalakkan,pengeluaran Minyak Sawit dan Industri Pelancongan.Terdapat tempat pelancongan yang terkemuka didunia dan dirantau Asia seperti Pergunungan Mulu dengan Gua yang terbesar didunia diikuti Gua Niah yng terbesar diAsia dan banyak lagi taman-taman hutan yang cantik terdapat didaerah Miri. Sungai Baram kedua terbesar diSarawak juga mempunyai tarikan tersendiri hingga dipendalamannya dihuni oleh kelompok-kelompok kaum yang disebut tadi.

Besok naik belon ke Kuching pula.

Thursday, April 16, 2009


Saya masih diSarawak lagi. Kawan-kawan dok tanya bila nak balek, awat syok ka dok disini? Sebenarnya nak balek pon, tapi masa disini kenalah bagi cukop,kalau dah balek payahlah nak mai pulak, sikit punya jauh ka?

Pendalaman sini menarik, dari segi alam semulajadi,sejarah dan manusia. Rasanya jika dibandingkan dengan semenanjung memang berbeza. Kalau tak percaya, siap duit mai lah tengok sendiri. Saya tak mau cerita lebih,mai sendiri baru tau. Kalau nak dengar cerita tunggu saya balek, insyaallah banyak cerita menarik.

Sunday, April 12, 2009

Teriama kasih kepada isteri dan anak-anak yang mengingatiku.

Long Lama singgah di Marudi
Bertukar bot ke Kuala Baram
Walau jauh tetap dingati
Didalam hati rindu terpendam

malam ni Eya tidur awal sebab sekolah besuk, aku malas nak buka lampu, menaip pakai cahaya computer screen saja, kurang jelas dan rabun pula..nanti diKuching minggu depan aku boleh sambung lagi.

10.01 mlm 12.04.2009

Tuesday, April 7, 2009

JANJI

Seperti biasa keluar jalan-jalan di Long Lama waktu tengahari sudah menjadi kebiasaanku. Jumpa orang tegur senyum dan bertanya khabar,walaupon berlain ugama mereka nampak lebih mesra. Mereka kenal orang luar sebab kepadatan penduduk disitu lebeh kurang dua tiga ribu orang sahaja.Lagi pon penduduk disitu berkumpul sekitar pekan kecil yang mengambil masa 15minit untuk berkeliling pekan setua 103 tahun ditepi Sg. Baram. Jadi jika melintas tetap diperhati orang-orang yang sedia bersantai dikedai-kedai kopi Cina sebanyak 6 buah kedai disitu. Saya juga selalu melihat orang luar yang datang ke Long Lama, dapat mengecam mereka dari segi rupa dan tingkahlaku mereka. Pekan ini kerap dikunjugi lantaran pejabat kontrektor Petronas Paip gas berpusat disini. Projek sepanjang 600km keBintulu dibuat oleh syarikat dari INDIA, saya tidak ingat nama syarikat tersebut walaupon setiap hari melintasi pejabat mereka,mungkin saya lebih berminat melihat orang luar yang datang dari semenanjung.

Semasa membeli barang dikedai PENGGAWA(ketua kampong) kami sempat bertegur sapa dengan beliau. Anaknya seorang kaunselor, agaknya ahli majlis tempatan kawasan Baram. Beliau mempunyai kedai sendiri dan seorang kontrektor bangunan. Menurutnya Sarawak lebih kaya daripada Brunai jika dibandingkan hasil dalam negeri seperti kayu balak, perladangan dan Miri adalah Bandaraya minyak diSarawak. Beliau melahirkan rasa kecewa kerana sudah dua MPnya Baram telah meninggal dunia hingga MP sekarang janji untuk menurap jalan raya yang dijanjikan berpuluh tahun dahulu hingga kini belum ditunaikan. Entah sampai bila berlanjutan, rasa nya perlu tukar kerajaan pulak. MP pon cakap bohong, katanya.

Saya tidak lama bersamanya kerana ada pembeli yang datang silih berganti dikedainya. Sepanjang jalan pulang saya berfikir manusia tidak lupa sebenarnya mudah memaafkan diatas kesilapan yang MP buat, mungkin Tun Mahathir lupa-lupa ingat.

Monday, April 6, 2009

MADU LEBAH SARAWAK




Semalam tersumbat usus besar bahagian rectum begitu punya sakitseluruh anggota tak semena-mena, jangan ingat sakit yang paling sakit sahaja, sakit ketol tersumbat pon sangat sakit. Nak bayangkan macam mana bila tersumbat bahagian rectum ni, seluruh urat seluruh badan jadi lemah, sengal dan ngilu yang amat sangat, duduk pon salah berdiri pon salah serba tak kena. Yang paling halnya bila tersumbat pada masa yang sama tidak boleh buang yang kecil juga. Fikir tengok kalau kantong penuh tersekat laluan oleh hal yang tersumbat tadi. Pecah peluh taksangka iktiar macam-macam sampai malu nak cerita ambil masa sejam lebih baru terlepas. Sikit punya lega, tadinya terfikir begitulah kita bergelut dengan kesakitan Allah juga yang tahu,alhamdulillah. Lepas tu beringatlah saya lain kali kalau makan buah tampoi banyak banyak janganlah dok telan biji. Jangan kira puas macam buah Setoi,dia licin, tapi buah tampoi kelat manis dan melekat kejab bila diproses. Maklomlah tak pernah jumpa murah macam diMarudi,satu beg plastik lebihkurang sekilo baru seringgit, macam mana tak kandark lima beg. Serik buang lepas ni,kalau tuanpuan tau cerita ni ambillah sebagai tauladan. Eee malunya.....tapi pasal jadi pengetahuan kena juga cerita.Justify Full

Harini badan lemah sedikit, nak keluar ambil angin pon dok tintong-tintong takut buat pasai kot jalan. Keluar juga,sebab ada orang jual madu lebah diLong Lama, banyak botol dibawa mereka. Menurut en. Agus, menjual madu lebah secara sambilan, mereka adalah pekerja di Kem Balak diLubuk Antu, sempadan Sarawak dan Indonesia. Harganya berpatutan lingkungan Rm 30/50 untuk Madu Hitam dan Propolis, selebihnya madu biasa hanya Rm 13 sahaja berwarna kuning keemasan sejumlah lebih kurang 55o/650ml sebotol setiap satu. Berbaloi kalau beli sebotol dua, sebab inilah ubat segala ubat yang tercatit dalam al Quran.


Petua kawan saya kalau dicampor Habatussaudaa yang dikisar halus bagus untuk pengidap darah tinggi. Menurut seoarang pembeli Propolis dicampor air perahan halia, diminum 3x seminggu menormalkan darah tingginya tempoh hari,lagi kalau bibir luka disapunya dengan madu sahaja boleh baik. Sebelum ini saya baca dalam blog sahabat saya http://ibnuhasyim.blogspot.com/ menceritakan bagimana madu lebah digunakan bagi menyembuh pesakit kencing manis , kisah berlaku diAmerika beberapa bulan lalu, sejak itu saya tertunggu nak cari madulebah terbaik, kata cikgu Saad,madu warna hitam dari pergunungan Kalimantan, itu saja ceritanya yang saya gagah keluar juga kepekan Long Lama hari ini,ada pasai la. Cg Saad ni banyak bagi tips kepada saya tentang Kayu Tas yang terdapat di Sarawak, akar pokok Lada Hitam liar dihutan minum air rebusannya dan banyak lagi, tak ingat semua, tapi berguna untuk kita nak hambat binatang bisa, nak cuci perut atau nak hambat angin.

Ambil lah petua tadi mana tau nak jadi habuan kita kot-kot jadi.