Thursday, April 23, 2009

KUCHING YANG BERSEJARAH



Selepas sarapan pagi merayau lagi sepanjang Jalan Gambir selari dengan Sungai Sarawak. Setiap sudut terdapat bangunan lama seperti bangunan Mahkamah Cina, seluas 46x46 kp diresmikan oleh Raja Charles Brooke pada 1 hb. Julai 1912 kemudian dibubarkan pada1921/1930 menjadi Dewan Umum Perniagaan Cina Sarawak. Menurut catatan dimuzium, Presiden pertama, Ong Tiang Swee, seorang ketua Kapitan Cina merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Cina pada masa itu begitu berpengaruh sekali telah dipileh bagi menangani masalah orang-orang Cina yang menghadapi masalah sivil,probet?, nikah, kawin dan perceraian. Orang-orang Cina telah pon bertapak di Sarawak seawal abad ke 10 masihi. Mereka telah mengharungi kesulitan dan kepayahan yang amat sangat dan datang sehelai sepinggang berbekal sabiji periok untuk memasak,membasuh dan menyimpan air. Selepas enam bulan barulah mereka menikmati sayur-sayuran yang ditanam. Mereka tidak mempunyai peralatan pertanian dan kebanyakkan yang datang tidak dapat kembali lagi kenegeri Cina. Peribahasa Fukien menyebut,"dari setiap 10 orang yang pergi keluar negeri, 3 menemui kematian, 6 terus tinggal disana dan seorang balek." Begitulah gambaran perantauan orang-orang Cina yang penuh cabaran demi kejayaan yang mereka capai hari ini. Pada tahun 1863 Raja Brooke mengimpot ramai orang Cina dari Nanyang untuk bekerja dalam industri perlombongan, pertanian dan pembangunan Sarawak yang telah dirancang. Lantaran itu terdapat banyak bangunan lama dibina sepanjang jalan Gambir dan kini kelihatan uzur dan sedang dibaiki sebagai bangunan peninggallan sejarah.

Sebelah kiri jalan Gambir terdapat sejajar bangunan kedai-kedai lama menjual barang-barang runcit, rempah ratus dan kedai-kedai cenderahati. Terdapat juga beberapa kedai menjual barang antik dan ukiran-ukiran kebudayaan. Kebanyakan kedai runcit dipunyai peniaga-peniaga India Muslim sehingga terdapat sebuah jalan bahagian belakang kedai-kedai tersebut dinamakan Jalan India sejak 1835 lagi.

Dicelah-celah kesibukan manusia terdapat satu lorong kecil, sekiranya tidak meletak perhatian kita mungkin teraleh pandang tidak sedar kita telah melintasi sebuah Masjid betol-betol dikelilingi kedai-kedai yang sibuk dengan pelanggan. Saya sempat berpatah balek dan masuk kecelah lorong kecil sampai dipintu masjid. Diperbuat dari kayu Berlian, binaan tahun 1834 tersebut kelihatan masih gagah dan kuat. Disudut kiri masjid menghala kiblat masih terdapat gendang (gendang raya) sepanjang 10kaki dalam keadaan terpelihara. Menurut seorang jemaah, masjid ini masjid yang terkaya di Kuching. Masakan tidak, kesemua kedai sekitarnya membayar sewa kepada masjid. Saya rasa mahu 50kedai lebih yang mengelilingi masjid tersebut tidak termasuk diJalan India sendiri.

Bila saya memikirkan kembali keperitan dan kesusahan orang-orang yang terdahulu yang sanggop menghadapi cabaran dan memberi peninggalan yang berguna kepada kita hari ini,apakah sumbangan kita pula kepada generasi akan datang?

Ini ada data yang saya dapat, tidak ingat dari mana tentang jumlah penduduk Sarawak;
------------------------------------------------------------------------------------------
1947 1990
------------------------------------------------------------------------------------------
peratus peratus
DAYAK LAUT 34.8 MELAYU 20.9
MELAYU 17.9 MELANAU 5.8
MELANAU 6.6 IBAN 29.5
DAYAK DARAT 7.7 BIDAYUH 8.4
LAIN-LAIN 5.5 LAIN-LAIN 5.4
CINA 26.6 CINA 28.9
INDIA/JAWA 0.9 EURO/SION 1.1
EUROPEAN/SIAN 0.1
------------------------------------------------------------------------------------------
1947; 546,385 Penduduk Sarawak.



No comments: