Pagi lagi sudah sampai Kuching,termanggu-manggu beberapa ketika memikirkan kemana hendak kutuju kerana ini kali pertama menjejak kaki di sini. Menaiki teksi kemudian mendapatkan sebuah bilek di Bandar Kuching, barulah tenang untuk memikirkan perancangan harian .
Semasa di SP lagi saya berniat untuk bertemu kawan lama lebih 20tahun tidak berjumpa. Beliau berasal dari KL dan bertugas diSarawak sudah hampir 30tahun. Saya pertama kali diKuching memikirkan bagaimana nak bertemu beliau sedangkan kami tidak pernah berhubung dan tidak tahu dimana beliau bertugas. Alhamdulillah dengan penuh keyakinan akhirnya saya dapat nombor telefon beliau dan terus berhubung. Beliau menjawab panggilan saya dengan tenang tetapi tidak dapat menyembunyikan kenyataan tak dapat untuk mengecam suara dan perasan siapa saya yang tidak memperkenalkan diri terlebih dulu. Beliau terus melayan perbualan sambil mencari jalan untuk mengingati siapa saya menerusi perkataan, pertuturan yang sangat biasa baginya suatu masa dulu. Saya faham beliau ingin membuktikan yang beliau tidak lupa kawan-kawan lama. Sebelum berhenti percakapan kami beliau menyatakan akan datang kebilek saya sejam lagi dengan penuh keyakinan. Beberapa minit kemudian saya menghantar pesanan rengkas menyebut "kita sama saja" diikuti saya menulis alamat rumahnya semasa diKL. Beliau betul-betul hilang punca untuk dikaitkan ingatan mengingati saya sehinggalah saya menyebut satu persatu nama saudaranya baik yang lelaki atau perempuan sejumlah 10 beradik kesemuanya barulah dengan yakin beliau terus menyebut nama saya dengan tepat dan lega.
Selepas sejam kami bertemu dan sembang panjang,kemudian malamnya beliau bersama isterinya menjemput saya dan Eya keluar makan. Makan sambil sembang sambil makan bergurau, bercerita kisah masing-masing dan akhirnya pulang selepas 2jam. Saya menung sejenak memikirkan keseluruhan peristiwa tadi dan mengenang masa-masa lampau kami zaman remaja dahulu. Itulah persahabatan tetap seperti dulu-dulu walaupon sangat lama terpisah membawa kehidupan masing-masing.

No comments:
Post a Comment