Wednesday, April 22, 2009

GAMBIR SARAWAK



Bila sebut Gambir kebanyakan orang akan teringat Sarawak. Bila sebut Sarawak orang akan ingat Gambir. Nama tersebut bagai tidak boleh berpisah, seringkali digandingkan dan menjadi kemestian pelancong beli, bawa pulang untuk kawan-kawan sebagai akuan yang dirinya memang telah sampai ke Sarawak. Apakah hebatnya Gambir Sarawak ini?

Menurut Andy yang berasal dari Kampong Pandan, KL,gambir ini memang didapati dihutan Sarawak, mempunyai pelbagai kegunaan seperti sakit gigi, disengat binatang bisa seperti kala, labah-labah,tebuan atau sebagainya bolehlah dilarutkan dengan sedikit air kemudian disapu pada tempat sengatan. Sekiranya sakit gigi berlobang dipedap dengan kapas dan dimasukkan kedalam lobang gigi. Selain daripada tersebut ia juga digunakan sebagai perangsang bagi lelaki. Itulah termasyurnya Gambir Sarawak yang dipasarkan dalam keadaan cecair dan satu lagi dikeringkan menjadi kepingan nipis. Harganya menarik sekali diantara RM 5.00-10.00 untuk dua hingga enam keping bersaiz 5mm x 5mm. Sekitar Bandaraya Kuching atau Miri Gambir Sarawak senang didapati dikedai-kedai atau ditepi jalan terutama diwaktu malam.

Andy yang membantu sahabatnya juga menceritakan tentang Raja Kayu, Kayu Tas dan Batu Karang Hitam, Merah dan Puteh.

Saya tertarik hati tentang cara mengecam samaada ori atau tidak, misalnya Raja Kayu jika disuluh dengan lampu picit , cahayanya dapat menembusi bahagian dalam kayu tersebut. Saya pernah melihat kayu tersebut dirumah sahabat saya di Kota Kuala Muda,kelihatan berminyak, dikikis halus menjadi serbuk, boleh digosok dibahagian kulit dan menyerap kedalam badan. Ia berguna untuk menguatkan tulang, kerapnya dibuat batu cincin dan dipakai kemana-mana mengelak dari binatang berbisa. Begitu juga Kayu Tas dibuat cincin dipakai kemana-mana kerana baunya samaada tidak disukai atau ditakuti binatang berbisa dan binatang buas. Kayu Tas boleh dikenali secara menggosoknya pada batu akan mengeluarkan bau seperti samaada Minyak Jarak atau Minyak Kayu Puteh. Saya kurang arief sangat tentang bau. Jika dibakar sedikit baunya dibawa angin menyebabkan binatang bisa tidak hampir. Batu cincin daripada Batu Karang Hitam dan Merah juga ada kegunaannya. Saya tidak sempat bertanya kegunaannya, tetapi dimaklomkan susah bagi mencari karang tersebut. Karang Merah hanya boleh didapati diperairan sedalam 70meter sahaja. Ikan-ikan yang sakit dan cedera selalunya akan mengelilingi karang tersebut sebagai mengubat kecederaannya. Diingatkan karang ini berbahaya dan sangat berbisa kalau melukai kulit kita.



No comments: