Monday, November 30, 2009

SILAP BERULANG JIKA TANPA BERFIKIR

Semalam timbul kebimbangan dalam diri. Ia mengambil masa panjang menguasai pemikiran antara perasaan takut dan bimbang. Bit laju tidak henti untuk ketika yang panjang. Pemikiran terhenti, buntu, tidak dapat bertenang walaupon diam. Gambaran psikologi bermacam-macam tidak menunjukkan positif, sekiranya diturutkan rosaklah diri.

Pagi ini perkara ini perlu diluahkan, tidak ia menjadi keracunan dan dalam masa yang sama pemikiran menghalang dengan tidak ikhlas, macam orang sakit berubat sendiri lebih kepada memujuk diri daripada mengobatinya. Saya teringat Qaf dan Rojjak mengimbangi dirikita antara takut dengan sebenar-benar takut dan sifat berharap terletak kepada Allah semata-mata. Macam mana sekalipon kesilapan adalah saya sendiri dalam tindakan memperbetolkan sesuatu. Saya telah lakukan dan ini menyebabkan hubungan menjadi terputus dan nampaknya susah akan diperbetolkan.Itulah yang saya berpesan tempohhari tentang akal dan berfikir ada perbezaannya.

Semuga Allah memberi pengampunan kepadaku dan kelebihan terhadap mereka yang terinanya.

Sunday, November 29, 2009

HATIHATI

Melalui detik penghujung masa, saya ingin bermacam-macam keinginan, keinginan yang tidak boleh dinyatakan, yang boleh menghilangkan pahala atau menimbulkan ujub dalam dalam diri sendiri. Memang perkara sebegini susah untuk dipelihara bagi memastikan sepanjang masa berterusan sebagai niat terbaik menjadi amalan. Suatu masa dulu sekitar 1990 dua perkara diajar oleh naqib usrah iaitu menjadi ABIDEEN dan AMILIN. Kebanyakan muslim tidak begitu jelas dan terus menjadi abideen untuk merasakan kemanisan iman sebenar. Pilihan itu tidak salah tetapi dalam dunia ketika ini wajiblah manusia dikuatkan dengan amilin, saya sedar mengadakan makanan halal wajib, memerlukan peralatan bagi memproses permakanan tersebut terpaksa dengan kos dimana rata-rata pengusha tidak mempunyai kemampuan yang cukup, apatah lagi untuk menggaji proposional bagi melakukan penyelidikkan.

Ungkapan mudah dengan menuding jari kearah orang lain, agensi tertentu dan saya ingin bertanya dimanakah kedudukan kita sebagai Abideen, bagi mempamerkan Ubudiah kita. Apakah kita tidak berperasaan dan tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia amnya, lebih-lebih lagi saudara seugama kita. Kita lihat saja kes royalti minyak, berapa biliion wang yang boleh membantu majoriti islam dipantai timur dinafikan oleh kerajaan yang menyatakan mereka juga seugama, ugama apa? Saya juga belajar pasal ulama usu.. dan benarlah perkara itu ujud kerana dunia diletak dipenghidupan kita. Al Quran menyebut antara lain " jika kamu sayangkan isteri dan anak-anak kamu, jika kamu sayang perniagaan yang takut kerugian dan (amaran allah: dengan perkataan tunggulah)

ASebagai muslim tidak ada perkataan keciwa, gagal atau berhenti, kita melanjutkan saja sampai pada satu ketika, mungkin tidak kita tetapi disambung oleh orang lain, iaitu sebenarnya saudara kita dari kalangan muslim. Sebab itulah agak nya ungkapan almarhom pak saman kati dulu "....tidak bermakna walaupon serban sebesar bakul?" Saya pada masa itu tidak bersetuju dengan perkataan menemplak sedemikian seperti kita tahu isi hati setiap orang. Tapi kini ternyata apa yang tak seharusnya berlaku. Diantara Ulama mula kenal manisnya gula dan ingin mengecapinya. Saya mempunyai perkataan mudah, 'kalau tuan mengajar kami dengan kepayahan kami memahaminya, hinggalah kami faham dan kini tuan telah nampak selera dunia pula yang kami diajar membencinya sebelom ini, maka pergilah dari memimpin kami, sebenarnya tuan lebih hina daripada kami yang jahil ini'

Itulah jalan sudah dipenghujung masih mau kona-kona lagi, semuga Allah melindungi kita pada setiap kebencianNya dan memberi Rahmat keseluruh alam untuk setiap hambanya.

Wednesday, November 18, 2009

SUP EKOR ROTI BENGGALI

Saya tidak mempunyai apa=apa nak ditulis,sekadar membaca blog sahabat saya Ibnu Hasyim, menarik dan selalu beliau menulis secara tetap, cuma kalau beliau berada ditempat yang tidak mempunyai kemudahan internate. Bagaimana pon kesempatan ini saya penuhkan dengan resepi sup ekor yang sedang saya masak sekarang,maaflah saya tak dapat masukkan gambarnya....

Anda boleh merebus ekor lembu terlebih dulu supaya lembut dan empok. Masuk serai titik, halia ketok sahaja dan dua tiga labu bawang besar yang tidak dipotong bersama ekor lembu yang telah dipotong. Sekiranya tuan memperolehi ekor lembu yang belom diat kulitnya, mungkin Hariraya korban nanti banyak ekor lembu akan diperolehi, bakar dulu diatas bara api selama satu jam ,maksud saya salai supaya tidak terbakar,nanti rentung makan sup arang. Selepas itu kikis kulitnya hingga tiada bulu yang tertinggal lagi, warna kemerahan, bersih dan bolehlah dikatam mengikut sendinya.

Sekarang kita akan masak terus, jadi tuan kenalah tulis sendiri bahan-bahan yang diperlukan.

Tumis dengan sedikit minyak, (boleh juga dengan minyak sapi) Bawang besar dimayang, bawang puteh:halia (sama banyak 1:1) ,serai titik, daun pandan, perkakas sup(kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
2. Masuk jintan manis satu sudu, jintan puteh dua sudu, serbuk las--kas dua sudu. Kalau malas tibai rempah kurma saja pon boleh selesai masalah.
3. Masuk ekor dan gaul dengan rempah-rempah tadi hingga wangi barulah masuk air.
4. Blend bawang besar 1 atau 2 biji bersama cabai hijau atau cili api 6,7biji untuk masakan sekilo ekor dan sebiji tomato hijau, hasilnya direbus sekali dengan ekor tadi.
5.Guna barli China, dikisar halus untuk cepat kembang bagi memekatkan sup sehingga masak.
6.Tabur daun bawang,bawang goreng dan serbuk lada semasa hidang didalam mangkok, dan jangan lupa garam dan sedikit gula batu hendaklah dimasukkan kedalam sup semasa kita memadam api. Tok sah lah pakai perasa, pakai rasa cukuplah.

Untuk selera lagi sup ni kena tibai dengan roti benggali, baru ummph, try tengok buat, kot-kot makan nasi tak lajak bolehlah pelaju dengan sup ekor ni.

Saturday, November 14, 2009

CERIA

Petang tadi ke Hospital Alor star yang baru ziarah C Nor. Nampak ceria dan senyum bergaya, alhamdulillah isterinyaselamat dan telah berjaya operation yang dibuat doktor pakar. Menurutnya sekiranya pembedahan tidak disegerakan kemungkinan beliau tidak dapat bergerak seperti biasa lagi.
Sebelom pembedahan dilakukan beliau dimasukkan kedalam satu alat MRI, daripada situlah dapat mengesan penyakitnya,saya bersyukur pada keadaannya sekarang dan bacaan darah nya juga menunjukkan kandungan gula juga turut menurun daripada 30 kepada 7 sahaja.
Saya turut berterima kasih kepada sahabat2 yang berdoa dan bersembahyang hajat memohon daripada Allah supaya isteri C Nor selamat selepas menjalani pembedahan. Semasa pulang saya bersama Ismail dan Taliban dapat bergurau senda dengan C Nor kerana ia benar2 lain daripada semalam,sedih, muram dan sedusedan semasa bercakap melalui tetlefon.

Friday, November 13, 2009

ICU

Banyak perkara didalam kepala untuk saya tulis harini, nampaknya tidaklah menjadi. Saya cuba beberapa kali untuk tumpukan perhatian terhadap perkara tersebut tapi tidak juga berhasil. Sebenarnya saya tidak percaya dengan mood, kata orang kalau mood tak bagus apa pon tak boleh buat.Kalau begitu mood itu perkara tidak baik, menjadi pendorong, tak apalah kalau perkara baik, tapi kalau perkara tidak baik bagaimana ? Tentu tidak adil jika mood yang menguasai kita.

Beberapa minit tadi saya menalipon sahabat saya selepas membaca SMS adik beliau , Salleh mengatakan Kak Saadiah dalam ICU,operate tulang belakang diHospital Alor Star, malam tadi. Saya berbual sebentar dengannya kemudian menalipon Salleh pula bertanyakan duduk perkara sebenar sebab perbualan saya dengan C Nor tidak jelas lantaran beliau teresak-esak semasa menceritakan nya. Menurut Salleh, Kak Iparnya masuk Wad diHospital Kepala Batas, kemudian dipindahkan ke Hospital Sbrang Jaya selama dua hari. Memandangkan masalah tulang belakang nya serious terpaksalah pihak Hospital mendapatkan pakarnya , dipindahkan kak Saadiah keAlor Star bagi menjalankan operation segera semalam dan kini berada di ICU.

Beliau mengidap penyakit Kencing Manis serious, sudah lama dan berubat dimerata tempat, sekejab sembuh, sekejab berulang lagi. Begitulah penderitaan beliau hingga tidak mahu berubat dengan hospital lagi.Ini disebabkan kali terakhir dahulu pihak hospital memutuskan untuk menotong bahagian jari kakinya. Baru-baru ini sakitnya bertambah serious hingga melibatkan tulang belakangnya disyaki menanah, itu lah sebab mungkinnya operasi dibuat di Alor Star.

Perkara ini sangat menyedihkan , saya memohon sahabat-sahabat yang terbaca laman ini marilah sama-sama berdoa supaya beliau cepat sembuh dan boleh berjalan seperti sediakala , insyaallah dapatlah beribadat dengan mudah dan hidup sejahtera.Semuga Allah memberi segala kebaikkan terhadapnya.

Tuesday, November 10, 2009

MUHASABAH DIRI

Saya tidor nyenyak semalaman, agaknya puas otak diasak dengan dengan pemikiran yang saya nampak tetapi terlalu sukar untuk diterjemahkan. Saya cuba mengambil contoh jadual hidup terdahulu yang saya tuliskan dilaman ini, ternyata perkara itu diawangawangan, lansung tidak dipraktikkan. Lagi saya diasak semalam dengan perkara-perkara serupa, alahai bagaimana nak memulakannya?

Seorang pakar motivasi barat menyatakan, orang barat keGereja sekali seminggu, pergi ke Bank lima hari seminggu, sedangkan orang Jepun pergi ke Bank sekali seminggu dan sebaliknya (saya lupa ungkapan sebenarnya). Lantaran itu kemajuan Jepun lebih pesat dan meningkat daripada Barat. Diantara perkataan yang digunakan bagi maksud Gereja dalam terjemahan bahasa indonesia ialah "bermuhasabah". Disini saya tidak menyamakan maksud perkataan walau dari sudut makna sekalipon, apa yang ingin saya utarakan ialah manusia yang berkerja berharap mendapat kejayaan dengan semata-mata kerja bersungguh-sungguh sebenarnya menggunakan akal dan tenaga sahaja tanpa berfikir. Apa yang dilakukan tidak dapat dipertingkatkan. Sepatutnya usha kerja yang telah difikirkan berfaedah selepas satu hari hendaklah difikirkan semula beberapahari. Ini bukan tolak berfikir (-neg thinking=betoi ka) tetapi adalah lebih baik meneliti dulu sebelom meneruskannya walaupon kita berupaya.

Rasullullah menyuruh kita bertafakur dulu selepas sembahyang, apa yang kita buat wirid dan selepas selesai terus bangun dan melupakan sembahyang yang kita lakukan tadi. Disitu kaedah amalan Islam yang kita abaikan maka apa makna kejayaan yang kita harapkan. Semua manusia berdoa supaya berjaya, tetapi jalan yang rasullullah tunjuk bukan sekadar kita abaikan, mungkin saya juga tidak pernah tahu sebelom ini. Itulah MUHASABAH kita sebenarnya sebagai Muslim dan beriman. Macamlah kita bercakap tentang taat tetapi kita tidak pernah jelas dengan perkataan Amanah, mana yang didahulukan atau wajib keduanya,sekiranya salah satu tertinggal tidak wajib lagi kita patuh pada peraturan keketuan itu, misal nya tidak taat pada ketua yang membuat maksiat, ketua yang tidak amanah, ketua yang membuat perbincangan sulit tanpa syaraei. Ini sedang berlaku dimayapada ini dan ingatlah taqwa yang disebut oleh Sy Omar Alkhattab , berjalan dicelah duri duri, maka saya mestilah berhati-hati melaluinya.

Kembali pada perbincangan tadi peluang untuk berjaya bagi orang Islam cukup luas kerana sehari kita akan Bertafakkur lima kali(muhasabah, berfikir tentang kerja akan kita lalui dengan tidak bergopoh gapah selepas itu, berfikir tentang do & dont dan kita juga berkesempatan menyongak kewangan kita pada apa yang patut dan tidak dibelanjakan). Kalau orang Jepun mengalahkan orang Barat yang sekali seminggu kegereja, apatah lagi kita yang 35kali seminggu diberi kesempatan bemuhasabah. Kalau saya kata terlupa maka terpaksalah mencari sebabnya, kalau" dan tak dan," maka kejayaan yang saya nampak pon" tak dan". Begitulah apa yang saya dengar menjadi amanah disertai taat bagi menunjuk jalan yang sering tersalah masuk dipermulaan. Sekiranya anda rajin membaca buku, bacalah Al Quran dan mulakan berfikir selepas itu.....

Monday, November 9, 2009

KUCING MANGKARK

Dah dua tiga hari ibu kucing tak balik rumah, anak-anak kucing keriau sepanjang waktu hingga lelah. Entah kemana ibu kucing tu menghilang ikut jantan lain. Dulu orang puji binatang tak tinggal anak, tapi akhir-akhir ni dah berbeza, perangai binatang dah nak macam manusia dah. Selain daripada tu makan apa saja yang kita makan, peliknya Taro(nama kucing dirumah saya) bila bagi daging pulon makan, tapi bila saya bagi lemak daging tidak makan, alahai kucing pon takut kolestrol atau pon mengada.

Begitulah resam binatang punya kehidupan tak berjadual lantaran mengikut tuannya, mungkin. Saya melihat satu perkara lagi ,binatang ni taat kepada manusia, bila manusia layan kucing baik-baik, memanjakannya dengan sedikit makanan kegemaran mereka, maka tak pi kelain lagi, dok keliting kot tu saja. Kadang-kadang kerumah jiran, jiran layan baik, dua tiga hari sanggup tak balik rumah. Kucing-kucing ni perasan, hidung tinggi, hantar pi hotel lima bintang(market) baru ketahuan. Demikianlah kesamaan tersebut boleh menjadikan Kucing seperti manusia dan manusia pula sebaliknya.

Hari ni saya nak bagi petua nak buat daging merah yang berwarna merah. Kalau meniaga boleh gantung daging supaya pelanggan nampak menangkap sikit.

1.Rebus daging yang dipotong ikut uratnya bersama Bawang Besar yang tidak dipotong, halia diketuk dan Serai yang dititik selama satu jam local, dua jam daging impot.
2.Sediakan yang mudahnya pewarna sirap(pati sirap) dicampor air SEJUK dalam bekas yang dapat memuatkan daging yang kita gunakan.
3.Setelah daging cukup lembut masukkan kedalam bekas pewarna tadi dan saksikan proses tersebut,

Friday, November 6, 2009

PETUA PASAI DAH TUA

Alhamdulillah kerana ada orang yang faham masalah pemakanan. Saya mengambil peluang ini untuk memberi sedikit petua untuk orang sakit lengoh lutut, kaedah mudah dan herba organik. Buat satu campuran Madu Lebah 7 + Air Gamat 2 + Cuka Nipah 1, kemudian minum satu sudu pagi sebelom sarapan dan satu sudu malam sebelom tidor, sudu makan (tablespoon). Saya tidaklah pandai bidang ni, dengar kata sebab sakit lutut ni banyak Uric Acid. Kalau begitu kurangkan asam, tomato dan terutama jeruk.....he,he, acah saja.

Pada masa ini ada seorang pengusha gigih bidang makanan, Zinon , kilang beliau di Hutan Kampong, jalan Kepala Batas, Alor Star. Produk keluaran beliau termasuklah Me Kering, macam me segera juga ,cuma kena celor lama sikit. Kalau teringin nak makan mee masak sendiri bolehlah saya petua sikit,

MEE JAWA PENANG

1.mee kuning beberapa kilo kalau nak meniaga,
2.sayur sawi, tauge sejemput kalau sorang, terong tomato,kubis(tak makan tak pa pasai dia jadi penyakit, terutama perempuan), daun sup daun bawang ,bawang goreng sendiri , taukua goreng satu satu, telor rebus.
3.Udang cuci kopek kulit. Isi Udang goreng kunyit dengan sedikit minyak. Kulit udang rebus dan ambil airnya, kulit buang la lepas tu.
4.Rebus daging sampai lembut dan ambil airnya juga. Daging hiris nipis-nipis
5.Siap penumis bawang kecil dan bawang besar.

OK ,
tumis bawang, masuk cili giling satu sudu, hingga masak masuk satu sudu cili sos dan dua sudu sos tomato cap pileh sendiri. Segera satu cawan air daging dan satu setengah cawan air rebusan udang. Tunggu apa lagi masuklah mee, sayur dan apabila mendidih masuk satu sudu kecil gula dan garam secukup rasa. MSG tak masuk takpa, tak sedap takpa.

bila nak hidang letak telor rebus belah empat, taukua hiris, daging hiris dan isi udang belah dua. Cuba try, kalau tak sedap sengap cukup.

Entah apa teringat bagi resepi pulak ni.


Thursday, November 5, 2009

HALALLAN TOIYIBAN

Kerja saya telah selesai malam ni, perencah bagi menggoreng me, koay teow, bihun dan nasi goreng. Besuk lusa saya kena hantar sampel untuk analisa nutrisi, bila siap baru boleh tempah label. Tengoklah kalau MARA boleh bantu sikit.

Siang tadi berjumpa pegawai MARDI, Sy Nurin berbincang tentang kaedah memasak, nampaknya mengaji ni tak habis-habis, ada saja yang saya tidak tahu kaedahnya, misalnya masak terlalu tinggi suhunya merosakkan protin dalam bahan-bahan yang digunakan. Takat suhu 45darjah misalnya perlu memasukkan semua bahan dan suhu tertinggi ialah 95 darjah. Manalah nak terfikir perkara tu kerana ingat nak basmi kuman saja, tentu pada suhu tertinggi.

Saya berpuashati dengan beberapa perbincangan diiringi Ena bersama hampir dua jam. Saya berharap dapat bertukar pendapat lagi dilain masa kerana pada tahun 2010 saya berazam dapat mengeluarkan lebih daripada 10 produk. Pada masa ini saya berhasrat dapat membuat mollest dan karamel sendiri yang banyak diguna pakai dalam penghasilan produk seperti sos tiram dan kicap pekat. Malam semalam saya buat sekilo kacang soya , rebus dan gaul tepong, saya guna aspigilus orezei dari bekas lebihan kicap dan telah melihat tindakannya didalam balang kecil yang saya gunakan sebagai eksperimen rambang. Benarkah begitu nantinya akan menghasilkan kicap soya dalam tempoh tiga bulan dan dapatkah bersabar menanti hasilnya. Saya baru menyebut Halallan Toiyiban kepada seorang sahabat saya mengatakan bukan mudahnya perkara ini. Ungkapan mudah tersebut adalah fardhu ain, wajib kita lakukan dengan apa ada kepakaran yang sudah tentu berkurangan dan tidak berkebolehan. Sekarang banyak orang mudah kerja membeli bahan separuh siap dari kilang, kemudian memasak dan dibotolkan, pon dianggap produk muslim kerana pengushanya muslim. Begitu juga produk halal walaupon pengushanya bukan muslim. Biar bagaimana kita berpendapat , harus lah diingat lebih-lebih lagi saya sendiri adalah lebeh baik memakan makanan dari tangannya sendiri. Marilah kita bermula disini untuk jawapan di Mahsyar nanti, semuga mendapat perlindungan dari Allah.

Tuesday, November 3, 2009

REDHA

Alhamdulillah mendengar kejayaan Nasir baru-baru ini.Saya lebih suka beliau berhenti dari meneruskan kerja-kerja direct selling, baik buat kerja single level daripada banyak berharap. Tapi orang ini saya tau sangat gigih dan berkeyakinan tinggi pada setiap kerjabuatnya, tahniah. Rasanya disinilah titik tolak kehidupannya patut bermula, bermula dengan sebaik-baiknya , saya berdoa semuga beliau terus dapat menguruskan kehidupannya dengan baik.

Marina acciedent langgar belakang kereta orang dilebuhraya, bayar rm50 untuk lampu pecah. Masa mula telefon saya, katanya Jangan Marah, saya kata Ok , kemudian baru ceritanya terlelap. Inilah kebimbangan kita selalu berleter, sudah jadi tentu tidak berguna nak marah. Kita bersyukur kerana selamat, ingatlah lain kali memandu, mulut tutup, mata focus, telinga dengar dan hati mau baik. Kalau ada orang laju anggaplah orang ada kerja nak uruskan, bukan samseng jalan raya. Janganlah kita hon atau beri lampu tinggi isyarat kita nak memotong. Lebih baik kita menunggu keadaan yang selesa dan selamat barulah memotong disamping menyimpan kata-kata mengumpat pemandu yang menghalang kita. Ingatlah jika kita marah orang lain, lain orang juga akan marah kita dilain masa kerana manusia banyak kekurangan dalam mengejar masa, mengejar kehidupan dan kadang-kadang dikejar.

Teringat sahabat saya C Nor diTelok Air Tawar, isterinya sakit kencingmanis kuat. Kakinya luka tidak boleh berjalan.Saya berdoa semuga cepat sembuh atau sekurang-kurangnya hilang rasa bisa dan sakit yang setiasa dialaminya. Saya tau beliau berharap saya selalu berkunjung, saya tanpa alasan untuk diberikan, nanti saya cuba menziarahinya, dapatlah lah bertukarpendapat.

Hari ini saya ada urusan dengan KEDA lagi di Napoh.

Monday, November 2, 2009

makankenduri

Semalam makan kenduri Daniel anak Yam, cucu aruah Mami Rahmah yang pertama kahwin. Majlis grand, ramai jemputan keluar masuk tidak putus-putus diHotel SubangGrand Villa tu. Jamuan buffet dikelolakan oleh pengurusan hotel teratur,menarik dan memudahkan jemputan. Disini juga berjumpanya saudara mara utara selatan yang kadang-kadang sudah lama tak bertemu. Begitulah majlis Mariam dan Aziz ni nampak segar,ceria menemukan sahabat handai, keluarga dan rakan taulan yang mungkin saja-saja tidak dapat berjumpa.Majlis juga dihiasi dengan nyanyian, gambar sejarah pengantin,angkelong dan silat. Ni lah orang Melayu asal bila kenduri ada silat, macamlah suka sangat bergaduh?

Majlis 12tnghari berakhir 3.30ptg, saya beransur lebih awal sedikit. Sempat jumpa abang zali, un bobo, pak charrk dan pak pong. Perjumpaan sengkat seumpama sudanh biasa dengan percakapan dan sembang-sembang semasa yang detik-detik itu hilang mengikut masa . Bicara penting menjadi maklumat dan mungkin berjadual kelak. Demikian lah pertemuan diMajlis perkahwinan, mengapa wajib menghazirinya bila mendapat jemputan.