Thursday, December 31, 2009

RESTORAN " TUK DIN "



Restoran "TUK DIN" , 41 Craven Road, London W2 3BX Tel; 0207 723 6955 .
Restoran ini sempena nama pemiliknya Tuan Zainuddin Yahaya, berasal dari Alor Star , Kedah. Belia menguruskan perniagaannya dengan dibantu kaum kerabatnya sendiri. Saya dapat melihat kehebatannya , telah 29 tahun berada di London , tentulah permulaannya sangat mencabar. Harga menyewa premis perniagaannya 50,000 pound setahun.


Gambar dari kiri Pak Din (tokeh restoran), Saudara Abdullah Faroff ( sahabat Pak Din yang datang dari Kuala Lumpur) dan saya sendiri. Saya bergebang sungguh dengan mereka, ada saja cerita terutama perjalanan Saudara Abdullah yang kerap berulang-alek KL-UK. Beliau akan pulang besok setelah tiga minggu menjelajah Eropah dan berakhir di UK.





Gambar stesen bas dan stesen bawah tanah di Paddington London tempat yang selalu saya melilau sebab dekat dengan penginapan saya. Besok saya akan kedistinasi terakhir sebelom pulang keMalaysia pada satu januari 2010 melalui Lapangan Terbang Standsted London.

Wednesday, December 30, 2009

LONDON BRIDGE



MESJID TERBESAR DIPARIS



LONDON BRIDGE

Hari ini hujan sepanjang hari, langit penuh dengan awan tebal lagi gelap. Angin kuat dengan udara sejuk agak terganggu pergerakan saya. Saya mengambil bas dua tingkat duduk diatas tetapi tidak dapat melihat dengan jelas sebab cerminnya berwap. Dikakilima jalan manusia tetap ramai berpusu-pusu, ini musim membeli belah tentunya.

Mengelilingi London secara sendirian nampaknya mudah, beli tiket " Oyster Ticket" (macam Touch n Go) 10 pound naik saja bus, ia akan membawa kita sehingga setesen terakhirnya, kita bertukar bas lain sehingga puas mengikutnya sebab kita dimaklomkan nama tempat setiap kali bus berhenti . Setiap kali kita gunakan kad tersebut bayaran dikenakan sebanyak 1 pound sahaja. Kita boleh menaiki tiub dan dikenakan 1.6 pound. Saya kira lebih untung naik bus sebab murah dan dapat melihat sepanjang perjalanan kita.

Di kawasan "London Bridge" memang ramai pelancong disana, walau hujan tak henti-henti tetapi orang ramai tetap bergambar kenangan.

Tuesday, December 29, 2009

BANK HOLIDAY


Orang ramai melimpah-limpah membanjiri kawasan-kawasan taman, tempat perniagaan dan rata-rata terdapat ramai pengunjung dari luar negeri berbilang bangsa dan berbilang kaum. Semasa keluar dari tiub di Stesen St. James Park kemudian berjalan kaki ke Parliament Square yang menyeberangi sungai, agaknya Sungai Thames, saya dapat melihat Eye of London, 130 meter tinggi bergerak perlahan pusingannya selama 30 minit untuk satu pusingan dengan mengenakan harga 16 pound untuk dewasa. Hari ini ialah Hari Bank cuti (Bank Holiday) menjadikan orang ramai keluar membeli belah dengan tawaran harga yang murah, saya rasa memang murah macam hari " Boxing Day"yang jatuh pada 26 hb Disember setiap tahun. Semasa diaatas bus dua tingkat saya ternampak harga tawaran potongan 80 persen, murahlah tu.



Saya sempat berpusing melawat London dan singgah di Malaysian Hall, masyaAllah , berjumpa Dr Akhbar, USM (dah buka klinik sendiri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang). Beliau terkejut dan menyapa saya, tetapi kami tidak lama berbual kerana beliau mempunyai jadualnya sendiri. Sebenarnya saya mencari En. Awi pengusha restoran di Malaysian Hall , beliau begitu sibuk dengan kerja-kerja walaupon mempunyai 16 orang pembantu setakat ini. Saya sempat berbual pendek dan memohon diri cepat-cepat supaya tidak mengganggu kerjanya. Beliau sudah 13 tahun diLondon dan menurut cerita kawan saya yang menjadi rakan di UK dengannya, beliau telah memperolehi PR. Syabas, rebutlah balek hak kita yang suatu masa dulu dirampas mereka. Dulu saya memandang serong pada orang-orang yang berhijrah keluar negara sebagai tidak patriotik, tetapi bila saya mula sampai diPerth, Australia dalam tahun 80 an ,saya mula sedar perlunya ada orang-orang Islam disana kerana kesulitan kita berada ditempat orang. Begitu juga semasa saya di Kemboja 19 Sept 2007 walaupon terdapat Umat Islam, tetapi tidak terdapat kedai makanan untuk orang-orang Islam. Alasan mereka sangat mudah, siapa nak beli? Ini disebabkan rata-rata rakyat nya miskin, teringat Kemboja, kita memandu satu hari saja semasa pulang dari Poi Pet disempadan Thai melalui kawasan Pattaya, Bankok dan terus keselatan Bukit Kayu Hitam bersama sahabat saya Haji Sattar. Kenangan manis selama 14 hari di Bulan Ramadhan mandi di sungai , minum air hujan dan memasak sendiri serupalah semasa saya di Long Laput, dekat Long Lama di kawasan pendalaman Baram Sarawak.

Monday, December 28, 2009

BUKAN KITA SAHAJA






Saya berada di Paddington, London jam 11.33pm waktu tempatan di Shaftesbury Premier Hotel. Harga penginapan 100 pound sehari setelah discount dengan dua buah katil double lengkap dengan tempat memasak air, microwave dan peti sejuk. Suhu 7 darjah tidak begitu sejuk , dikawasan bandar, senang mendapat makanan halal macam di Malaysia. Sekiranya anda ke London, daripada lapangan terbang Heathrow, menaiki Heathrow Connet dengan harga 7.9 pound kePaddington mengambil masa 25minit. Sekiranya anda menaiki penerbangan Air Asia anda akan sampai dilapangan terbang Standsted dan elok lah menginap di Hilton, Standsted yang harganya lebih kurang serupa diPaddington.

Semasa di Paris saya sempat ziarah ke Le Grande Mosquee, di La Monge, sebuah masjid terbesar di Perancis, berusia 100 tahun lebih yang dihadiahkan oleh kerajaan Perancis kepada orang-orang Islam yang membantu kerajaan Perancis didalam satu peperangan. Masjid berkenaan bersebelahan dengan Musium Nasional Perancis terdapat taman didalam perkarangannya. Apa yang menarik Masjid yang kedua terbesar diEropah ini mempunyai program musim sejuk memberi makanan percuma setiap petang dikelolakan oleh Restoran Masjid dengan jayanya sejak empat tahun lalu bermula setiap Disember dan berakhir pada penghujung bulan bulan Januari. Saya sempat beratur bersama orang ramai dan makan berhidang Ba Mia, Kambing dan Kus-Kus. Setiap orang juga diberi sebiji Apple dan semasa pulang boleh berbekal Roti Baget ( roti panjang, dulu saya suka kata roti Perancis, tapi hampir semua negara Eropah dan negara-negara Arab mempunyai roti tersebut). Roti Baget ini dibelah dan dimasukkan Tuna dan Sayuran , inilah yang saya makan di Paris, walaupon keras kena baham juga sebab payah nak jumpa kedai makanan halal di kawasan sekitar Best Western Hotel, Passy.

Saya juga menyebut haritu Paris kota serba kemewahan yang menjadi kebanggaan Eropah . Memang Paris mempunyai perkara sama seperti Nenas disebut Ananas, Pisang Kaki disebut Kaki dan mungkin ada banyak lagi perkara seumpama. Dari segi makanan mereka memiliki Ketam , Udang yang bersaiz besar dengan harga berpatutan, misalnya Lobster yang dibelah dua dengan ramuannya sekali dijual dengan harga 8.30 euro. Tiram hidup dijual mengikut saiz sekilo 8 hingga 14 euro. Sungguh perbezaan matawang euro besar hingga 4/5 ringgit duit kita tetapi pemakaian wang sesuai dengan pendapatan setempat di negara masing-masing. Sebab itu adalah penting nilai wang tinggi. Kejatuhan matawang membantu dalam eksport Negara, tetapi kejatuhan yang terlalu lama akan mendatangkan kesan buruk kepada Rakyat. Kemiskinan juga akan melahirkan kerosakan moral ,kecurian dan pecahamanah sepertimana sedang berlaku ketika ini di Negara kita.

Ada satu perkara ingin saya sebutkan tentang kotaraya besar Paris ke, London ke atau sebelum ini Prague mempunyai satu kesamaan , masih ujud peminta yang ... inilah perkara yang patut diambil iktibar, Nabi Muhammad menyebut dalam hadithnya, "Telah datang satu hari nanti orang-orang tidak mahu menerima sedekah," dimana pada masa itu nabi menyatakan orang-orang miskin memiliki gudang-gudang yang besar. Saya ingin berpesan, pada diri dan keluarga saya , tolong lah sesiapa yang susah sebelom ianya sendiri mula meminta-minta, tambah-tambah lagi yang sedang meminta -minta tanpa prasangka bantulah mereka bukan sekadarnya sahaja, tapi kalau boleh selesaikan masalah satu hari mereka, satu minggu dan lebih baik jadikan amalan yang tidak putus-putus. Inilah kebaikan disebalik prasangka aib, sebab apa yang kita perolehi atas usaha kita atau kepandaian kita sebenarnya adalah pemberian Allah supaya kita bersyukur, bukan menyombong dan bakhil. Pelajarilah bagaimana mengenali kesusahan dan kepayahan orang lain supaya kita tidak terpedaya dengan pandangan kita sendiri. Sebagai hamba Allah apa ertinya implasi sifar itu dengan kehidupan kita.

Friday, December 25, 2009

DISNEYLAND






Pagi-pagi lagi saya sekeluarga sudah berada diPassy , setesen Metro untuk ke Disneyland Perancis. Untuk sampai ketempat tersebut kami kena bertukar tren dua tingkat mengambil masa 40 minit. Saya kurang jelas tentang nama dan sebutan yang betul, mungkin sehari dua lagi boleh kot. Hari ini merupakan hari ketiga diParis, teringat isteri dan tarikh 24 hb Disember ni.... beginilah jauh dimata dihati dekat. Gambar yang dipaparkan diatas diambil pada hari pertama dan kedua sekitar Passy, Paris. Sementara gambar sepanjang satu hari di Dineyland akan dipaparkan kemudian hari ditempat yang lebih baik internatenya atau semasa di UK nanti.


Thursday, December 24, 2009



saya sudah dua hari dParis, susah mendapat internate yang kerap putus-putus, bagaimanapon insyaallh sekiranya mudah kelak

PARIS

saya sudah dua hari dParis, susah mendapat internate yang kerap putus-putus, bagaimanapon insyaallh sekiranya mudah kelak saya cuba pamirkan gambar-gambar diParis, kotaraya orang kaya dengan kemewahan yang tidak pernah dibayangkan.

Tuesday, December 22, 2009

hari-hari terakhir di PRAGUE





SEKARANG 2.10 PAGI MASA cZECH pukul 3.04 pagi terpaksa bertolak segera keairport, sebelom keParis inilah beberapa gambar yang dapat di...

Sunday, December 20, 2009


Petang tadi saya keluar kekedai Algeria, membeli Kabab (gyros) dan sebagai sampingan diberinya nasi dan satu lagi makanan tradisi mereka iaitu Kus-Kus juga dimakan dengan gyros Ayam. Melihat didalam kedai tersebut banyak barang-barang yang didatangkan daripada Negara Arab. Selepas selesai saya pergi ketempat menjual Ikan Kap (Kap Rumput) dimana kebiasaan orang Czech menyambut Hari Krismas membeli Kap Hidup untuk dimasak setahun sekali sahaja. Dilain-lain masa mereka sangat kurang memakan ikan. Kebanyakan mereka suka memakan khinzir, daging dan ayam berbeza dengan orang -orang Finland, Norway dan Sweeden yang suka memakan ikan dan juga menjadi hasil negara mereka. Saya singgah sebentar di Tesco membeli sedikit keperluan dan terus pulang.

suka-suka sikit

SEPETANG DI OLD TOWN, PRAGUE







Sepetang di Old Town Prague, orang ramai sibuk membeli pelbagai makanan dan barang-barang persiapan hari Krismas yang tinggal beberapa hari lagi walau cuaca sejuk hari ini -12. Kalau bermasa saya akan pergi lagi untuk upgrade video secara lebih dekat tentang proses membuat,membakar dan menjual makanan yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh kita diMalaysia. Untuk pengetahuan kebanyakkan perniagaan makanan ternama dinegara kita adalah di impot dari luar, kita tidak berpeluang melihat dari dekat lantaran itu kejayaan itu dimiliki segolongan peniaga sahaja. Bagaimana pandangan toke roti kita, perlukah kita upgrade teknik pengeluaran pemakanan kita dengan resepi yang memang kita buat selama ini supaya menarik perhatian orang ramai( supaya orang terliok nak beli) ?

Saturday, December 19, 2009

JUMAAT DAN JEMAAH




Sekarang 9.03pm waktu Czech, pukul empat tadi lagi sudah gelita, sejuk, gelap dan sepi memikirkannya. Suhu harini turun lagi -12/14 darjah celcius sementara angin bertiup pada suhu -18 lebih sejuk daripada cuaca yang ada. Menurut sumber keadaan cuaca akn turun lagi keesokan hari menjadi lebih rendah yang kebiasaannya berlaku pada januari setiap tahun melebihi -18.

Salji yang turun sejak semalaman kelihatan tebal melekat diranting pokok dan dibumbung bangunan. Salji yang diatas jalan raya habis digelek tayar kereta dan bahagian tepi jalan tempat orang ramai berjalan kaki bekas latam pijakan kaki kelihatan hitam, kotor dan berdanok. Jalanraya kelihatan basah bagai disirami air hujan.

Jam 11.30 pagi tadi saya bergegas menaiki Metro keRajska Zahrada, stesen ke 12 kiraan saya daipada Karlovo Namesti. Saya membuat kiraan sendiri takut terlepas tempat-tempat yang hendak dituju, maklomlah dah macam 10 tahun tinggal disini, macam dok silap jalan tiapkali pergi KL, biasalah tu. Kalau sesat di KL boleh hello saja, ramai rakan dan ramai keluarga. Bezanya disini nak hello pon payah, badan bungkus tebal, pakai sarung tangan lagi dan tangan sentiasa dalam kocek jaket tebal, kalau keluarkan tangan nak tekan nombor tentu kena buka sarung tangan, youno lah sejuk gila kata budak-budak kita. Memang musim indah rupa ini, indah ceritanya banyak masalah untuk bergerak kesana kemari, lainlah orang Czech, itupon belum tentu lagi. Saya sampai di Rajska Zahrada jam 12.00 tengahari kemudian berjalan perlahan-lahan mengikut panduan yang telah diberi.

Keluar Metro ikut kiri, jalan terus sehingga berjumpa lorong bawah jalan Metro, terus sehingga menaiki anak tangga. Meneruskan lagi sehingga berjumpa Automobil Bazar, bersebelahannya terdapat Masjid yang lebih kecil dari Masjid Pakistan Pulau Pinang . Saya anggarkan 200 jemaah boleh sembahyang dengan selesa diMasjid ini.Kehaziran jemaah lebih seratus orang dan hampir 90 peratus terdiri daripada orang Arab . Khatib berkutbah dalam bahasa arab dengan bersemangat sekali dan semasa diantara dua kutbah bangun seorang lain menterjemahnya ke bahasa Czech. Azan Jumaat tepat pukol satu, kutbah dan sembahyang selesai lebihkurang 1.45ptg. Selesai sembahyang orang ramai masih menunggu dan mereka sembahyang asar pukol 2.00, baru saya perasan waktunya pendek dimusim sejuk.

Saya pulang dengan Metro sambil mengira-ngira 12 stesen yang dilalui sedang kesejukan tetap menyerap hingga terasa sangat kesejukannya.

Thursday, December 17, 2009

SEKITAR ZOO PRAGUE






Saya mengambil masa 30minit untuk sampai ke National Zoo, Prague dengan menaiki Tram, Metro dan bas. Bayaran masuk sejumlah 150karuna dikenakan pada setiap orang dewasa, kalau duit kita Rm 30.00. Semasa didalam Zoo keadaan salji sangat tebal dan suhu berada -7 darjah celcius. Pengunjung tidak begitu ramai dan boleh dikatakan semua kedai yang terdapat didalam Zoo masih belom memulakan perniagaan mereka lagi.

SESSI LAWATAN

Sejak semalam lagi salji mulai menutupi permukaan bumi dibandar penuh sejarah Prague ini. Bumbung-bumbung bangunan yang terdedah dapat dilihat kemutihan mengadap langit. Begitu juga permukaan jalan kadang-kadang kelihatan berjalur dilindasi tayar kenderaan. Jalan raya di Prague bersimpang sior dan kelihatan padat. Bagaimana pon tidak berlaku kesesakan jalan memandangkan kerajaan nya menyediakan Kenderaan Awam yang mencukupi dan memberi kepercayaan penuh kepada rakyatnya membayar tambang masing-masing secara jujur. Rakyat negara ini terlatih membayar tiket perjalanan mereka tanpa diperiksaan setiap kali menaiki kenderaan awam. Tiket penggunaan kenderaan awam dibuat seperti kupon atau tiket LRT kita , kertas lembut berharga Czech Crown 26.00 bagi penggunaan selama 90 minit, CC 100 bagi penggunaan 24 jam dan CC 500 bagi kegunaan sebulan.

Pengguna Kenderaan Awam boleh menggunakan tiga jenis kenderaan yang disediakan sepanjang masa tempoh tiket tersebut laku dengan tidak mengambil kira arah, masa atau jarak sekitar bandarraya Prague . Kita boleh memileh Tram(dulu 1960an terdapat diPulau Pinang), Bus atau Metro (tren rengkas bawah tanah) hanya dengan tiket yang sama selagi tidak tamat tempoh. Tiket tersebut hanya sekali dicetak semasa menaiki kenderaan dan seterusnya hanya disimpan kalau perlu diperiksa pihak berkuasa. Pengguna boleh menyemak nombor route yang dicetak disetiap perhentian dan menepati masanya. Sekiranya terlepas hanya lima minit saja menunggu. Saya berpeluang menjadi pengguna dan ingin melihat apa kelebihannya dinegara empat musim ini. Waktu diPrague 9.59 pagi, selepas ini saya akan keZoo National nya menaiki Metro.

Wednesday, December 16, 2009

PRAGUE CITY






KEDAI BARANG KEMAS

CHARLES IV, RAJA CZECH KURUN 13

NATIONAL MUZEUM CZECH REPUBLIC


BANGUNAN LAMA PRAGUE

RUMAH KEDIAMAN, KARLOVO NAMESTI,PRAHA 2

ROOM, PRAGUE

pintu masuk

dapur sebelah pintu masuk setentang bilek air

living

living

living