Sudah dua pagi salji tidak turun, saya bukan merinduinya tetapi itulah yang diharapkan dinegeri sejuk ini. Saya mungkin tidak perlu mengenang-ngenang ketika kembali ketanah air, saya akan membawa balik sedikit khazanah yang memberi faedah dan manfaat kepada semua. Dulu, dulu lah semasa makhlok barat meneroka dan menjajah kita mereka membawa balik banyak kekayaan dan memperbodohkan keturunan kita. Kini sepatutnya kita boleh bersaing tetapi tetap masih terkebelakang. Ini disebabkan kemajuan yang ditunjuk tanpa sempadan itu mengenepikan hasrat sebenar apa yang patut kita tuntut dan apa yang patut kita kejar.
Kita terjerumus dengan dunia , dunia yang dibuat-buat yang menghanyutkan masa kita sehingga kita sendiri tidak dapat membezakan apa yang kita patut dapat dan apa yang patut kita lepaskan, sayangnya kita bersikap dapat satu tinggal satu, kadang-kadang tinggal semua. Jadi saya berpendapat kita terus dilamun dengan kebiasaan yang kita rasakan hebat dan berfaedah. Sedang agenda dunia sentiasa berubah dari masa kesemasa selalunya meninggalkan kita jauh kebelakang.
Labiq Said menyebut perkataan Arab seperti Arsenal, Cotton, Mikraaj (bahasa al Quran) di guna pakai barat dan yang mendewa-dewakan mereka yang memakainya ialah kita samada sedar atau tidak. Disinilah kita terus tidak mempedulikan apa yang telah berlaku dan redha akan segala yang berlaku dan berlalu. Lantaran itu saya memahat dikepala menyeru penuh kewajipan supaya setiap individu mengambil balik kazanah yang ada di barat yang asalnya kepunyaan nenek moyang kita. Kalau tangan kita kecil capailah apa yang berharga walaupon kecil, kalau upaya kita besar banyaklah yang patut kita ambil.Anak-anak kita diperantauan, hendaklah memahami ilmu yang dipelajari itu adalah satu perkara besar yang wajib mendapatkannya.
Apa hebatnya mereka baik dari segi negara mereka sendiri tak lain daripada mencipta penipuan yang terang terang terhadap kita. Semuga Allah bersama orang-orang yang berfikir. Nanti kalau kelapangan saya akan terangkan banyak maksud perkataan yang saya rengkaskan sahaja tanpa memberi pengertiannya..
1 comment:
Hari ni xdak gambaq pun!
Boh la gambaq2 di sekitar tu spt tempat AZ menginap samaada di luar rumah, persekitaran dan dalam rumah dia....
Post a Comment