dua gambar ni diStandsat, London,10disember
sebelom berlepas ke Prague, Republik Czech.
sekarang 4.50pagi waktu Czech. Suhu -2 darjah C dan salji turun tidak putus-putus, kecil sahaja, dan baru dua hari turun. Menurut AZ salji turun agak awal tahun ini berbanding tahun-tahun lalu. Ena kata ini mungkin hadiah untuknya kerana datang awal bulan disember. Bagaimanapon salji itu akhirnya cair diatas bumi mungkin tidak cukup tebal lagi. Saya mengambil kesempatan ini untuk melihat dan merakam peritiwa yang pertama kali saya saksikan , orang lain tengok sampai nak basi dah, ha ha dok perak lagi, bukan perak tapi prague.
Satu perkara lagi bila bertukar tempat, bertukar cuaca dan bertukar jam waktu tidor lari entah apa-apa. Sat-sat tidor sat-sat mangkit tidor, macam la ni baru mangkit,masak,makan dan beradap blog. Satgi tidor pulak sementara nak tunggu subuh 6.15 pagi, lepas subuh tah-tah tidor lagi sampai 9.00pagi, nak buat macam mana , malam banyak daripada siang. Pukol 9/10pagi dok kelam lagi dan 2/3petang setat kelam balik. Ini rupanya musim sejuk di Eropah siangnya pendek dan malamnya panjang. Pasal tu kot orang barat kurang peramah,hal sendiri-sendiri sahaja, rupanya tak cukup masa.
Semalam,petang jam 11hingga 1.00 sempat ronda-ronda bandar Prague, jalan kaki sikit, naik Tram banyak, sekitar bandarnya banyak patung yang dibina disudut bangunan atau jembatan. Saya pergi kejembatan dan melawat bangunan berusia ... nanti saya pastikan sejarahnya secara tepat kerana pada masa ini saya belom membuat catatannya lagi, maklomlah nak dok lama lagi.La nie jemu nak tunggu siang pat lima jam lagi.
No comments:
Post a Comment