Tadi baru bersembang dengan beberapa rakan pasal premis perniagaan. Diantara yang mempunyai niat untuk mencari rezeki dengan berniaga dibidang makanan mencetuskan beberapa pendapat dan pandangan tentang premis yang disebut-sebut sebagai tapak berpotensi setakat ini.Saya rasa terharu melihat ramai kawan-kawan yang menunjukkan minat sambil melontarkan cadangan yang bermacam-macam. Diantaranya mencadangkan tempat itu dibaik pulih kembali dengan menukar segala peralatan dan kelengkapan lama yang sedia ada. Ramai yang setuju, kemudian perbincangan kearah kaedah pemakanan yang akan disajikan, pon macam-macam cadangan hinggalah menyentuh bab kebersihan kedai, tandas dan lain-lain.
Saya menganjurkan supaya jual dulu baru masak, jangan masak dulu baru jual. Saya memberi contoh samaada gerai ke, kedai ke atau restoran yang menjual masakan panas ala Thai dapat bertahan lama walaupon pelanggan tidak ramai. Inilah konsep jual dulu baru masak, bermakna barangan kita dapat disimpan baik, segar pada setiap masa. Kalau tidak habis masih boleh digunakan esoknya. Kalau dah masak tak habis masuk peti sejuk atau masuk tong sampah.
Perbincangan nampak meleret hingga akhirnya saya bertanya siapa yang nak beli premis tu, harga berapa? Eh, masing-masing mula bercakap pasal harga, mana yang patut dan perbagai lagi. Ada yang ingin tahu mahal ke kalau 3k, ada yang menyatakan tuan premis nak tahu harga dari pembeli dulu...lama-lama saya tanya lagi siapa yang nak operate perniagaan ini. Jawab salah seorang dari kawan-kawan " bang aji la "
Masyaallah begitu perginya.... yang mulakan tajuk orang lain, yang berniat tidak tahu siapa, yang berminat cukup ramai , tapi bila minta penjelasan begitu pula jadinya. Bagaimanapon saya rasa perbincangan sebegitu baik diharapkan menjadi ilmu walaupon tidak diamalkan lagi. Demikianlah perbezaan niat dan minat kalau silap masuk majlis macam sungguh-sungguh dibuatnya.
No comments:
Post a Comment