Friday, January 30, 2009

CAKAP DAN BUAT

Bercakap tentang parlimen kedai kopi memang menarik. Tidak ada sebarang tajuk yang tidak boleh dibincangkan sebab takada pengerusi. Ada peluang celah saja.Persidangan pon boleh dimulakan bila-bila masa sahaja.Saya perasan parlimen begini terdapat merata tempat dan YB nya pon ramai entah sapa-sapa saja. Ada yang ada elaun dan ada yang ada pencen, menarik yang tak ada apa-apa pendapatan pon boleh turut berbahas.

Perbahasan selalunya berkaitan hal semasa,macam sekarang Palastein menjadi tajuk utama. Hari-hari ada perkara baru tentang boikot, samaada jenama barangan atau siapa Yahudi yang memiliki syarikat atau pasaraya besar. Saya rasa sekiranya perkara ini difahami dengan jelas senanglah nanti ummat islam berpadu,meneruskan rancangan awal dulu mengadakan pusat barangan halal.Kita tidak perlu berteruk-teruk menerang apa itu barangan halal,tidak susah menjelaskan lagi mengapa kita kena menyokong barangan halal. Di Parlimen kedai kopi YB-YB mula memberi pelbagai pandangan,pendapat dan cadangan.Sekiranya benar perkara ini dipandang sungguh-sungguh dan diamalkan,dimulakan saya rasa akan membawa faedah kepada semua orang. Bertindak segera pada masa ini akan menjadikan ummah kembali aktif dan sedar mereka berada dikedudukkan mana. Mereka mungkin tidak berada dibarisan hadapan tetapi akan menjadi penyumbang besar kearah kemenangan Islam.

Jadikan lah satu tidak tolak masakini sebelum nasi sejuk semula kerana peranan parlimen hanya mengeluarkan pendapat berlambak-lambak tetapi tidak pernah dipraktikkan.

Thursday, January 29, 2009

BIAR BENAR JADINYA

Kebanyakan orang berhimpun dikedai kopi sekitar jam 7.30 pagi.Kemudian berpusu-pusu pergi berkerja ditempat kerja masing-masing.Yang bercuti,yang tak berkerja lagi, yang pencen askar,yang pencen kerajaan dan yang memang tak berkerja dan tak dak kerja terus sahaja duduk borak-borak dikedai kopi. Berbanding diwaktu malam lebih ramai lagi kerana orang yang bertugas disiang hari tadi sudah pon kembali.

Diwaktu pagi jika dibandingkan dengan diwaktu malam agak berbeza sedikit. Suasana pagi lebih tenang dan perbualan sekitarberbincang tentang akbar-akbar sahaja.Kemudian seoarang demi seorang berundur diri dengan alasan membeli sarapan pagi untuk isi rumah, atau hendak kepasar membeli ikan. Ada juga hendak kebandar atau pekan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berurusan dengan kerajaan tempatan.

Dimalam hari agak berbeza. Setiap anggota kelihatan bersedia berbincang didalam kumpulan-kumpulan yang kecil yang dibentuk pada kebiasaan semasa berada dikedai kopi tersebut.Mereka akan pergi dari satu tajuk kesatu tajuk, mengupas dengan panjang lebar bagai sebuah gagasan yang diamanahkan mencari satu penyelesaian terhadap perkara-perkara dibincangkan. Mereka juga menjiwai perbincangan bagai merekalah pak menteri-pak menteri mengikut jabatan masing-masing. Isi perbincangan menarik, berwawasan tinggi dan mereka juga tidak lupa menghirup kopi O ,sementara tuan kedai tersengeh ingin mencampuri perbincangan itu.

Walaupon penulis-penulis selalu nya cuba menanam semangat tidak suka kedai kopi sebab banyak merugikan masa(lagha) tetapi saya melihat manusia berfikir secara bebas dan memahami apakah keperluan sebenar masyarakat setempat berhubung dengan cetusan semasa diperingkat negara. Ada kala nya perbincangan mereka cukup hebat dan hujah-hujah mereka cukup bertenaga sekali malah lebih hebat dari persidangan parlimen.

tetapi betapa bagusnya isi perbincangan itu, tidaklah ditulis sebagai peringatan perbincangan kehadapan. Segala cadangan tidak disimpan malah dilupakan selepas itu sebab terlalu banyak perkara semasa yang diperbincangkan. Bagi saya jika dicatit akan terdapat banyak maklumat terkumpul yang akan memberi mafaat kepada orang ramai.

Demikianlah parlimen kedai kopi tidak pernah terhalang perbincangan segenap perkara walaupon spiker melarang .

MEMBINA KEMATANGAN

Pagi-pagi keluar rumah macam biasa, bertandang dari sebuah kedai kesebuah kedai lain. Awal-awal pagi begini tak banyak kedai yang buka. Masing-masing masih sibuk dipasar sedang membeli belah.Dua tiga tahun dahulu pekedai pergi PASAR awal untuk mendapat ikan dan sayur yang murah. Mereka cepat-cepat membeli dan cepat pulang.Berbeza sekarang kerana harga barang melambung tinggi menyebabkan pembeli berhati-hati membeli barang. BAYANGKAN ikan kembong rm10.00 sekarang, ikan tenggiri rm 20.00 dan purata ikan sekitar rm 8.00 hingga rm 30.00 sementara udang yang rm 35.00 melambung rm 45.00 keatas.

Perniagaan kedai makan dilihat merosot. Ada pengusha yang menjual sekadar rm 20-30 sahaja dan ada juga rm 300-400. Berbanding kedai nasi kandar tetap melepasi rm 1000.00 walaupon jualan nya juga berkurangan. Kalau berterusan begini nanti terdapat kedai-kedai yang terpaksa berhenti niaga. Yang tumbuh banyak gerai-gerai tepi jalan, kalau tak bungkus majlis perbandaran bungkus. Begitu lah kitaran hidup manusia lebih banyak mencuba dengan harapan mendapat rezeki tetapi kebanyakannya menanggung rugi yang tidak berganti.

Kita telah melihat sendiri pembangunan yang dibena hanya memberi manfaat yang sementara sahaja. Bila nampak seakan-akan berjaya diperbesarkan bidang perkilangan. Pak Menteri menepuk dada dengan kecermerlangan yang dicapai. Tapi sekarang pak menteri terpaksa menepis dan menangkis serangan rakyat yang ternyata mula sedar sendiri dan tidak malu-malu lagi untuk menuding jari,mengugut dan menyatakannya semasa pilihanraya diadakan. Sesungguhnya kesusahan dapat mengajar manusia menjadi matang.

Panas pagi mula dirasai. Saya tidak perlu lama berada dibandar, baik pulang berteduh sahaja dirumah yang belum habis hutangnya lagi.

Wednesday, January 28, 2009

KOPI BUKAN SEBARANG KOPI

Temu kembali ,marilah kita bersyukur dengan Ilahi kerana dapat bersua lagi dan menyambung kembali bagaimana kita membuat persedian kedai kopi, ha ha ha. Pertama sekali perlu dilihat dalam beberapa sudut dan pecahannya, nanti bolehlah diperincikan mengikut keperluan utama, kemampuan, pelan bersesuaian dengan tempat dipenuhi dengan peralatan-peralatan. Acara minuman dan makanan direngkaskan sahaja kepada ; KOPI,ROTI CANAI, NASI LEMAK DAN MEE.

KOPI
Minuman utama ini diperkenalkan sebagai kopi kampong atau kopi tumbuk. Nama ini sesuai massyur bila-bila masa pon. Ia perlukan bukti terang untuk pelanggan dengan mempamirkan LESUNG TUMBUK atau LESUNG KAKI. Hari ini agak susah menjumpai lesong dan lesong kaki. Jadi penjenamaan ini akan memikat pelanggan-pelanggan yang kelak kopi yang sedia massyur ini akan terkenal jauh.

ROTI CANAI
Roti canai telah pon terkenal. Cara pembuatannya pon sudah ditahap penggunaan alat mesin dan lebih kemas,bersih tergolong jenis sejuk beku. Ini bermakna ia tidak memberi masalah untuk mendapat penggemarnya. Sekarang gelombang mikro digunakan disetiap rumah dan kedai makan bagi memanaskan makanan sejuk beku. Sesetengah perkara diterang tidak sampai jelas sebab sir. Nanti semua perkara jelas orang ambil begitu sahaja pemikiran kita.

NASI,MEE DAN LAIN-LAIN
Perkara ini pokoknya sama sahaja dengan apa-apa yang telah kita bincangkan. Jadi saya simpan saja semuga bila tiba waktu nya sekiranya perlu hubungilah saya. Saya juga perlu pandangan saudara supaya apa pandangan saya juga adalah pandangan ramai yang mempunyai citarasa yang berbagai.

manjadda wajada

Tuesday, January 27, 2009

TUGAS YANG DILUPAKAN

Demi untuk Rab dan ummah yang perlu dipertinggikan tahapnya yang suatu hari dulu pernah menguasai dunia, yang terkenal bidang ilmu nya, yang mempunyai khalifah kini telah tiada darjatnya lagi dikalangan ummah sendiri yang tidak sedar diri yang keturunan kita dulu pernah digeruni ,malah sehingga kini masih lagi ditakuti kalau-kalau kita bangkit kembali. Saya menyeru diri saya supaya kembali ketempat asal nenek moyang kita berdiri dahulu, kenalilah tugas-tugas kita mentadbir sebagai janji kita dengan Allah s.w.t.

Ayuh diriku,isteri dan anak-anak ku, infak diri kita bagi mendapatkan MARDHATILLAH. Betapa susahnya Penghulu kita mendapatkannya hingga hak yang benar-benar haak dan relakah kita melihat kehilangannya didepan mata kita sendiri. Saudara yang dikasihi rentikanlah kejahilan selama ini dan kembali segera kepada tauhid bagi mengenali diri kita samada RUBUBIAH, ULUHIYAH atau sebenarnya malu menyatakan yang saya langsung tidak mengerti apa maksud ungkapan itu. Selama ini dan selama lama nya ,tanyalah orang lama kami apa yang kami faham ialah perkara-perkara yang boleh difikir sendiri sahaja. Hendak belajar apa lagi sedang kami lahir awal-awal lagi ISLAM? Apa yang ingin kami belajar mungkin kepakaran-kepakaran Barat yang kami kagumi, sedang kita mungkin tidak pernah sedar perkataan israa MIKRAJ yang setiap tahun diingati sebagai mengingati hari-hari perayaan lain seumpamanya telah diguna pakai untuk kapal terbang pejuang Perancis. Kita punya warisan harta yang bertimbum,tapi masih ada lagi yang mengejar harta kaharun. Tidak malukah kita pada Allah, mungkin alasan kita tidak nampak khaliq.

Begitulah kedaikopi kita masih gerai dahulunya sedangkan depa sedang bergayut digedung-gedung ,pasaraya besar dan tempat- tempat utama seperti KLCC , KLIA , PUTRA tu, putera ni.
Apakah kita tidak mempunyai orang-orang yang berkemampuan. Atau kita mempunyai orang hartawan tengkok besar tidak dapat tunduk melihat rumput hijau dibumi. Usahlah beralasan untuk menghapus miskin tegar dengan perkataan baru yang mantap dan sukar difahami,ingin memartabatkan bangsa dan memelihara perlembagaan dan ugama. Sebenarnya itu bukan yang kita harapkan, apa yang perlu dibuat hanya cipta kerja dan berilah peluang pada ummah mendapat pekerjaan. Buat lah barang ganti mudah seperti minuman dalam kotak dan dalam tin. Bukalah kilang sardin,kilang roti bertaraf tinggi, apakah perkara begitu pon susah?Dengar baik-baik, bangun pagi pandanglah apa yang terpandang mata kita dan fikirlah kita menukar pemiliknya dan dengan sendiri kita tak perlu kempen boikot, slogan kita dapatkan lah barangan kita ,sudah tentu halal dan berkat.

Monday, January 26, 2009

mula nya KEDAI KOPI

Kedai Kopi , Kopi Tiam dan Rumah Kopi membawa makna yang sama. Asas minuman dan makanan yang sama dengan pelbagai makanan rengan, kueh mueh dan roti yang beranika. Sungguh pon begitu mutaakhir ini berlaku sedikit cetusan budaya kedaikopi yang membezakan banyak perkara dari segi pembaharuannya, kaedah pengussawannya, mutu perkhidmatan dan makanan yang lebih berbudaya barat, tambah-tambah lagi harga yang berubah sangat ketara sekali. Pelanggan tidak lagi orang lama, ternyata orang muda telah mengambil alih malah menjadikan tempat pertemuan berbincang perniagaan dan tempat rehat yang selesa bertaraf banyak bintang. Sesungguhnya itulah kedaikopi walaupon diwarnai pelbagai rupa, tetap kedaikopi yang pernah dikenali suatu masa dahulu.

Demikianlah saya berhasrat saudara melihat dengan jelas apa yang ingin saya maksudkan . Perniagaan ini dilihat kecil tetapi ada beberapa rangkaian perniagaan terbabit dapat membantu ISRAIL secara berterusan . Saudara kena jelas betul-betul. Jangan memandang rengan kedaikopi dan pengusha kedai kopi pula jangan terasa rendah diri dengan perniagaan tersebut. Anda tetap hebat dan akan maju kedepan dengan lebih bergaya. Dengan sedikit tenaga tambahan insyaallah kejayaan sedang menanti anda.

SECARA RAMBANG marilah kita melihat apa yang terdapat dikedaikopi dan apa yang perlu kita baiki lagi supaya pelanggan lebih tajam melihat rangkaian kedaikopi kita....Bersambung.

Sunday, January 25, 2009

BUATLAH WALAUPON KECIL

Pagi-pagi sampai balik SP sebelum subuh. Mata layu sangat dah tak tahan letih. Mengantuk biasa lah tapi ketegar tak mau berenti, nak balik juga,sampai rumah lepas sembahyang terus ban. Tengahari terjaga pasal lapar perut(kata orang Baling). Pi beli kedai member walaupon jauh sikit,mahal sikit tapi banyak pilihan dengan sedap pulak. Beginilah kita mau, bantulah member walaupon kejayaannya bukanlah kerana sumbangan kita.

Tengahari member lama mai cari. Saya tak ingat langsung kerana tak jumpa hampir 40tahun. Puas dok kerunas kot tu kot ni tak kena. Bila dah bersua tak cam rupa pula,maklumlah dulu muda, la ni orang lama. Macam main karom, jentik tak kena punca. Tapi lama-lama jumpa juga asal usul nya. Begitulah kehidupan dengan pemergian waktu bukan sekadar terpisah tetapi sampai lupa diingatan. Beringat-ingatlah bila melalui kehidupan takut rakan-rakan menganggap kita sombong dan penting diri hingga tidak mengingati mereka lagi.

Bersambung pasal restoran, kedai kopi dan gerai sebenarnya bukan lah pasal perniagaan untuk mencari rezeki halal semata-mata. Sesiapun layak menngendalinya,malah lebih baik lagi daripada apa yang akan saya cadangkan. Apa yang ingin saya sampaikan ialah penting nya pengurusan sebegini dikekalkan kalau sudah dibina, atau disegerakan kalau belum ada tetapi bercadang untuk memileh perniagaan tersebut.

Sebagai ummah kita perlu kekuatan menjalan pernigaan apa-apa selagi diterima syarak. Semuga anda lebih jelas pasal halal haram bukan sekadar berdasar sijil halal. Kita tidak boleh bercakap saja,wajib mengenali,memahami dan dalam kontek amali haruslah bertanggung jawab terhadap kerja buat kita. Jangan lah berbudi dihadapan ramai tetapi mengungkit-ungkitnya didalam hati. Keiklasan bukan kerana kata-kata yang mesra dan romantik yang dilahirkan, keiklasan adalah kenyataan kata-kata yang dizahirkan dari hati kemudiannya disempurnakan dengan perbuatan. Mungkin anda mempunyai ungkapan lain yang lebih jelas .

Pada kebanyakkan masa kini manusia giat melahirkan usaha perniagaan secara umumnya berdasarkan permintaan yang menguntungkan, Banyak hasil usahawan diperjelaskan tidak ketinggalan pelabur kewangan memperdagangkan perkara-perkara bagi membantu orangramai ,yang jelasnya dipenghujung nanti adalah berbicara kaya dan tidakkurang juga yang menderita. Contoh mudah dilihat ialah MLM dengan bangganya mengahasilkan jutawan..sepatutnya menghasilkan usahawan. Berfikir sejenak , Kesusahan kita adalah kejayaan orang yang diatas, kemudian kejayaan kita menyusul adalah kesusahan orang yang dibawah. Lamamanakah perkara ini akan berlanjutan?

Memandangkan pelbagai perniagaan yang rata-rata berkepentingan diri terlibat adu kuat masing-masing bagai tidak ada jalan lain untuk mencari rezeki. Manusia mengadakan gelanggang atau medan kemudiannya bertarung bagi menentu kemenangan. Oleh yang demikian saya juga menganjurkan satu gelanggang kecil supaya penyatuan dibuat kembali kepada matlamat asal kehidupan yang berpaksi kepada mencari rezeki halal, yang dapat menyuburkan ukhuwah, yang dapat membantu saudara mu bukan pada masa mereka memerlukannya sahaja tetapi kita merasai sendiri yang mereka perlu dibantu walaupon mereka tidak pernah meminta. Perkara terbesar menentukan hala tuju ummah bagi membina kembali tamaddun yang kini terhakis zaman.

Bermula dari sini, kedai kopi, bercakap yang kecil-kecil dulu.BERSABAR lah kita sementara kita akan bertembung dengan perkara yang lebih besar lagi.

Tajuk; KEDAI KOPI
Keperluan; Tapak untuk Kedai Kopi, Kedai atau bangunan kedai,api dan air
; Lesen perniagaan, Barang berupa perabut,dapur, peralatan dapur
; Pekerja dan pelanggan
Sekiranya perkara diatas tidak menjadi beban dan dapat diadakan barulah kita boleh memulakannya pada cadangan berikut, walaupon kadang-kadang nampak mengarut tetapi fikirlah dahulu apa ertinya disebalik cadangan itu.

Saturday, January 24, 2009

PEKERJAAN

Hari ini nak pergi KLIA nak ambil anak pulang bercuti dari Sarawak. Kita berbekal RFC (ayam goreng Radix).Sekali sekala beli ayamgoreng kawan kita sejak kita tak makan ayam depa lagi. Sama saja, maklumlah ayam tu ayamlah....ayam kawan kita ayam (organik) HEBAT LAGI.

Sebelom bertolak sempat kot saya mencoret sedikit tentang mencari rezeki halal. Gunanya rezeki halal tentu fahamlah kerana kerana rezeki juga akan turun ketemurun diwarisi dalam darah daging kita anak cucu.

Mencari rezeki banyak caranya samaada berniaga,berternak,berladang atau makan gaji. Saya tahulah sikit tentang berniaga ni, itupon meniaga makanan sahaja. Meniaga buah langsung tak faham terutama memikirkan bila buah masak dan busuk, masuk tong majlis. Pening dok fikir untung mai kot mana.

Meniaga makanan ni banyak macam dan banyak kaedahnya. Mengikut kajian, sapa taktau, menyebut makanan teratas sekali NASI & AYAM . Yang lain ada lagi saya tak ingat. Berkenaan nasi ni jenoh dok pecah, tak campor pasal lauk pauk lagi. Kita ambil yang senang dulu, fikirkan pasal RESTORAN,KEDAI KOPI atau GERAI. Insyaallah balik dari KL nanti kita sembang pasai gerai dulu.

Friday, January 23, 2009

MENCARI REZEKI,TUHAN YANG TENTUKAN

Puas saya memikirkan mengapa dari ratusan pekerja kilang hanya dua tiga orang sahaja singgah membeli,sehingga suatu hari saya mendapat sebuah kantin waktu malam dengan seorang pekerja memasak barulah saya sedar.Rupa-rupanya nasi lemak saya dulu tidak menarik, tidak sedap dan resepinya tidak betol. Masa kan cili dan garam disertakan dengan ikan goreng dapat memperlihatkan tarikan dan rasa sedap? Demikianlah perlunya ilmu itu disertai dengan amali demi memahami kaedahnya.

Sepatutnya kalau saya bertanya orang lain tentu saya tidak menyimpan rahsia sebegitu lama. Malu demikian merugikan. Selepas itu tukang masaklah yang memasak semua makanan dikantin.Seronok rupanya meniaga ni...

hari ni sebelom menamatkan penulisan ini saya lampirkan satu resepi masakan untuk saudara cuba sendiri semuga anda kurang membeli tapi banyak kali ulang memakan;

SUP AYAM MUDAH

Rebus ayam kampong potong 4 hingga masak, masuk garam secukup rasa . Ketuk bawang puteh 3 atau 4 ulas, tomes dengan sedikit minyak hingga wangi dan masukan kedalam rebusan ayam tadi. Siap dimakan secara tidak menyusahkan.
2. Sekiranya anda rajin dan suka masakan yang berbagai rasa, tambahlah dalam sup ini bawang besar, karot,kobes,ubi kentang ,sedikit gula batu sengkuang dan tanghun(sokhoon). nak masuk lagi lada sulah,daun bawang atau nak tambah cili api ketuk pon boleh. Asal rasanya sup tidak berubah pandai-pandailah.

CARA MENCARI REZEKI HALAL

Assalamualaikom, saya mula menyedari ada sahabat-sahabat mula menziarahi laman ini dan salam mesra kepada kawan-kawan lain. Dulu selepas sekolah sekitar tahun 1971(lama sangat dah) saya mula bekerja dengan kerajaanlah katakan(11.11.1972) didalam bidang makmal sains.Lega juga walaupon tidak dapat menamatkan pengajian saya disebuah kolej (sekarang universiti) tetapi dapat bekerja diuniversiti macam pensyarah juga tapi pensyarah makmal lah. Harihari tengok tabong uji, tengok tikus mondok, tengok mesin yang canggih (pada saya masa itu,sekarang lagi canggih harga berjuta) hinggalah suatu hari pada satu mei 1985 saya berhenti perkhidmatan. Pada masa itu saya tidak layak berpencen kerana belom cukup tempoh perkhidmatan. lagi pon umur saya baru 32. Sejak tarikh itu saya mula mencari-cari perniagaan apa yang saya boleh niagakan.

NASI LEMAK
Untuk tidak membuang masa saya terus meniaga Nasi Lemak. Kerja ni senang, lagi pon rumah saya berhampiran dengan kilang.Ramai pekerja kilang melalui jalan berhampiran dengan menaiki motosikal,basikal dan ada yang berjalan kaki. saya memulakan perniagaan diwaktu pagi jam7.00.Saya membayangkan sekiranya 100 oarang singgah membeli aduh sibuklah saya,tentu lepas sebulan banyak duit. Tetapi apa yang berlaku sebalik nya, saya mampu jual Rm3 hingga Rm4 sahaja. Hairan beratus orang berjalan kaki mengapa seorang dua sahaja singgah. Saya cuba mengkaji tidak dapat jawapannya hinggalah saya berhenti niaga.

Tuesday, January 20, 2009

BUKANNYA RAHSIA, BIASA LAH

Berhubung dengan boikot barangan israil dan amerika . Apa yang perlu kita lakukan lebih berkesan lagi dengan bertukar terus secara amali semudah A B C. Terusterang ,bukannya rahsia sangat, biasalah, memandangkan saya bukan penulis berkalibar,hanya rasa terpanggil dan mengajak saudara-saudara saya berkongsi melakukan sesuatu yang bagi diri saya terasa benar faedahnya dari segi menjana pendapatan atau setidaknya menyekat pengaliran wang kepada orang lain yang memusuhi kita secara terang atau sembunyi.

Berbalek kepada saranan saya A B C (anda boleh cuba) diharap anda dapat melakukannya,perhatikan lah....

Saya cadangkan kita jangan mengguna atau meminjam perkataan barat apabila menulis dalam bahasa kita. kita cuba dengan sedaya upaya walaupon terpaksa menjelaskan panjang lebar.Berhubung dengan makanan, mulakan menanam sayuran-sayuran sendiri seperti Cili,Terong,Sawi dan sebagainya. Ini akan menjana pendapatan dan mengelak pengaliran wang keluar. Sekiranya kita berminat memelihara ikan keli,ikan puyu atau sepat cukuplah dengan kolam kecil panjang 8kaki, lebar 3kaki sedalam 1kaki 6inci, selepas dua tiga bulan dah boleh mendatangkan hasil bagi membantu kita. Sekiranya jimat cermat, kita mula boleh menabung pendapatan yang tidak digunakan bagi membeli sayur-sayuran dan ikan. Bayangkan sekiranya kita telah buat sepuloh tahun dulu bagaimana kalau sejuta ummah yang bertindak sebegini, berapa banyak kah wang yang boleh dikumpul bagi membantu diri kita dan saudara-saudara kita yang memerlukannya terutama pada keadaan sekarang?

DINIHARI

hari ini saya ingin menulis kembali setelah sekian lama menyiseh diri. Kemarin baru balek KL, k emarin dulu diKL dan hari-hari tu pon tidak sempat menulis juga, ini satu alasan sahaja.Sedarlah saya ni diwaktu asar dah, kalau berpaut dengan banyak alasan maka banyaklah yang tidak selesai lagi. Tidak apa dah lepas semua tu, kita bermula lagi supaya tetap tidak ditinggalkan masa yang menangga kejayaan.

tahun1948 masih belum lahir lagi kebanyakannya tambah-tambah generasi y2k tentu tidak ada lagi. MASA ITULAH lahirnya sebuah kerajaan haram yang hari ini megah dipersada dunia membunuh dan menakluk berlesen. Negara itu makan royalti duit kita,kemudian membeli senjata dan membunuh kita. Saya tidak merasa pelik perkara ini berlaku kerana selama ini kita asyik memikirkan diri kita, kedudukan kita dan sibuk sangat pasal kita.Palastin itu terlalu jauh untuk difikirkan. Lagipun palastin tu kot macam bosnia juga. Kita terus menipu diri kita untuk tidak mengiyakannya. Bagaimana tidak,sedang cocacola didalam peti sejuk rumah kita,jenama levis idaman kita dan dimana-mana tidak dapat disangkal lagi barangan dilarang berada sekitar kita. Sekira nya kita tidak membelinya seakan-akan sehari ini macam berpuasa sahaja.

Hari ini kita kenalah bermula mengira-ngira kalau tidak makan McD matikah kita dan kalau makan, tentulah banyak lagi saudara kita menemui ajal. Kalau begitu bagaimana kita mulakan satu kerjabuat,amalan yang dapat membantu saudara kita, tidak pon membantu diri sendiri yang saya rasa wajib dimulakan walau semudah alif,baa dan ta.

Wednesday, January 14, 2009

BUKAN SENANG NAK SENANG



Gambar diatas saja pinjam dari laman orang lain.Ia merupakan latehan menggunakan gambar didalam blog saya. Maklumlah penulisan nampak kosong sebab tidak dihias dengan gambar.Berbalek dengan gambar lagi tuan-tuan tentu dapat membayangkan bagaimana wang itu mempunyai kuasa kepada manusia yang menguasainya.Entah ramai mana manusia yang gilakan kuasa wang bagi menjana kehendak diri untuk mendapatkan sesuatu.

Sebenarnya keperluan wang tidak lah penting sangat bagi saya sebab saya pernah juga mengejar wang yang nampak sipi-sipi tetapi berasap semuanya.Apa yang diharap tidak menjadi apa yang ada bertambah rugi.Demikianlah pengajian ilmu itu terlalu mahal harganya.Namun setengah orang yang mempunyai keyakinan terus berusha bagi mendapatkannya secara senang dan tidak serik-serik walau sering kali kecundang semuanya.Kata ayah sahabat saya, BUKAN SENANG NAK SENANG, begitulah ungkapan yang boleh dijadikan sandaran.

Berbalek kita kepada DUNIA dan ketentuan rezeki yang Allah berikan kepada manusia tidak kira fahaman dan ugama , bercambah dan bermacam-macam bentuknya. Rebutlah peluang yang ada dengan kemampuan kita samada bersaing atau tidak tetapi anugerah Allah tetap ada.Kelemahan kita sebab suka terpesona,Nampak isteri orang cantik...isteri kita pon cantik. Demikian peringatan aruah ustaz saya yang tidak pernah bimbang dengan kehidupan walau pon tidak berpencen guru agama atau mempunyai pekerjaan menyara kehidupan. Sebab itulah keperluan wang tidak penting sangat bagi saya.Bukan kaya dah atau ada harta dan perolehan tetap sepanjang kehidupan,tetapi rahsianya ialah kesabaran berpanjangan dan berterusan.

Saudara berfikir sendirilah,sabda rasul,'KEBANYAKKAN PENYAKIT BERPUNCA DARIPADA PERUT" saya tidaklah seorang ustaz, jadi tidaklah dapat saya tafsirkan maksudnya.Apa yang ingin saya usulkan ialah berhati-hati didalam semua pekerjaan dan waspada dalam percakapan dan letakkan kesabaran dihadapan kita dan keikhlasan menjadi benteng diri kita. Dengan itu kita menjadi manusia kecil yang senantiasa memelihara diri kita dari menjadi pemburu atau diburu kehidupan.

Wang adalah satu alat yang mudah dicari dan mudah hilang dengan kepelbagaian penggunaannya. Kehilangan wang yang mendapat faedahnya dan yang mendapat kemurkaan Allah hendaklah disedari dan difahami. Maka jadilah kita orang yang menggunakan secara cermat dan terpuji disisi Allah. Kehidupan kita terlalu sengkat walaupon kenangan kita sangat banyak. Kemampuan kita sendiri saja yang tahu,begitulah sehari dalam hidup yang selamanya tidak begitu.

Tuesday, January 13, 2009

HARI DEMI HARI

hari tiap-tiap hari tepat harinya dan berlalu. kelebihan kita mengiranya dan kadang-kadang lupa tarikhnya. begitulah masa terus berlalu sedang kita hanyut diabawa arus dunia entah kemana halatujunya. sebentar kita dialam fantasi, sebentar dialam realiti dan kadang-kadang dialam imiginasi. kehidupan ini nampak benar dan kita melaluinya penuh tenaga tetapi bila dipersimpangan mulalah kita membuat pilihan, dan pilihan yang benar, benar dengan naluri kita bukan benar dengan kemampuan kita. berdasarkan akal kita mengira-ngira kemampuan kita agak sama dengan orang lain malah mungkin lebih baik lagi kerana kita tidak melakukan sebahagian yang orang lain lakukan. kira-kira kita tetap benar walaupon tercabar. begitulah akal yang disokong nafsu mempunyai kekuatan yang susah diatasi.

kita tetap hidup dengan ketetapan Ilahi, semudah kehidupan burung berterbangan diudara mengikut masa dan ketetapan. tidaklah sengaja burung-burung berterbangan diwaktu malam kecuali berlaku sesuatu, yang memaksa burung bergerak menyelamatkan dirinya. berbeza manusia tidak mengenal waktu yang sepatutnya mempunyai peruntukan. anda mungkin lebih memelihara waktu.

saya masih termanggu-manggu melihat hari-hari yang datng dan pergi. tidak mungkin menahannya berhenti seketika melayan kita,supaya kita puas dengan hari-hari tersebut. entah apa-apa. sebenarnya kita kurang kemampuan merebut segala peluang dan mungkin ada orang yang hampir merebut peluang tersebut berbanding dengan kesungguhannya. sekiranya masa kita utamakan, insyaallah tidaklah kita ketinggalan. banyak berfikir dan banyak mengamalnya kita tentu akan berjumpa dengan kenyataan. realiti sebenarnya jangan lah banyak berharap kepada imiginasi dan fantasi sedang kita tidak melakukan apa-apa untuk merealisasikannya.dilain masa kita bertemu lagi dengan beberapa perkara yang realitinya mencerminkan kehidupan sebenar yang boleh memberi manfaat kepada semua orang.