Bercakap tentang parlimen kedai kopi memang menarik. Tidak ada sebarang tajuk yang tidak boleh dibincangkan sebab takada pengerusi. Ada peluang celah saja.Persidangan pon boleh dimulakan bila-bila masa sahaja.Saya perasan parlimen begini terdapat merata tempat dan YB nya pon ramai entah sapa-sapa saja. Ada yang ada elaun dan ada yang ada pencen, menarik yang tak ada apa-apa pendapatan pon boleh turut berbahas.
Perbahasan selalunya berkaitan hal semasa,macam sekarang Palastein menjadi tajuk utama. Hari-hari ada perkara baru tentang boikot, samaada jenama barangan atau siapa Yahudi yang memiliki syarikat atau pasaraya besar. Saya rasa sekiranya perkara ini difahami dengan jelas senanglah nanti ummat islam berpadu,meneruskan rancangan awal dulu mengadakan pusat barangan halal.Kita tidak perlu berteruk-teruk menerang apa itu barangan halal,tidak susah menjelaskan lagi mengapa kita kena menyokong barangan halal. Di Parlimen kedai kopi YB-YB mula memberi pelbagai pandangan,pendapat dan cadangan.Sekiranya benar perkara ini dipandang sungguh-sungguh dan diamalkan,dimulakan saya rasa akan membawa faedah kepada semua orang. Bertindak segera pada masa ini akan menjadikan ummah kembali aktif dan sedar mereka berada dikedudukkan mana. Mereka mungkin tidak berada dibarisan hadapan tetapi akan menjadi penyumbang besar kearah kemenangan Islam.
Jadikan lah satu tidak tolak masakini sebelum nasi sejuk semula kerana peranan parlimen hanya mengeluarkan pendapat berlambak-lambak tetapi tidak pernah dipraktikkan.
1 comment:
semenjak kecil saya tidak pernah pandai menjadi yb dalam parlimen ini. hingga hari ini, saya belum pandai bagaimana hendak menjadi yb sedangkan saya melihat boleh jadi penting saya berada di dalamnya.
apa yang saya tidak dapat lihat yang kita sama-sama tahu mengenai parliman ini, tidak ada ketua dan setiausahanya, semuanya hanya lekat di hati masing-masing dengan catatan-catatan yang tidak serupa sebagai modal sidang hari esok.
tetapi saya pernah memanggil orang kampong untuk mengkotakan kata. walaupun hanya beberapa ketika sahaja saya mengadakannya, tuhan berikan juga kemudahan. saya dapat sambutan yang baik dan kata pun dikota. saya belum pernah mencuba di kedai kopi kerana hingga hari ini saya tiada keyakinan, adakah mereka sokong atau bawa diri.
boleh jadi, di sidang parlimen itu yang tiada tuan tiada pemilik, begitulah ia terus terjadi sebagai parlimen mengukuh diri sendiri sahaja dan mengenali ahli-ahli parlimen sahaja. Boleh jadi kita sudah bernasib baik sekadar dapat menyampaikan dengan keyakinan hanya tuhan yang berkuasa merubah hati manusia.
Post a Comment