Thursday, January 29, 2009

BIAR BENAR JADINYA

Kebanyakan orang berhimpun dikedai kopi sekitar jam 7.30 pagi.Kemudian berpusu-pusu pergi berkerja ditempat kerja masing-masing.Yang bercuti,yang tak berkerja lagi, yang pencen askar,yang pencen kerajaan dan yang memang tak berkerja dan tak dak kerja terus sahaja duduk borak-borak dikedai kopi. Berbanding diwaktu malam lebih ramai lagi kerana orang yang bertugas disiang hari tadi sudah pon kembali.

Diwaktu pagi jika dibandingkan dengan diwaktu malam agak berbeza sedikit. Suasana pagi lebih tenang dan perbualan sekitarberbincang tentang akbar-akbar sahaja.Kemudian seoarang demi seorang berundur diri dengan alasan membeli sarapan pagi untuk isi rumah, atau hendak kepasar membeli ikan. Ada juga hendak kebandar atau pekan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berurusan dengan kerajaan tempatan.

Dimalam hari agak berbeza. Setiap anggota kelihatan bersedia berbincang didalam kumpulan-kumpulan yang kecil yang dibentuk pada kebiasaan semasa berada dikedai kopi tersebut.Mereka akan pergi dari satu tajuk kesatu tajuk, mengupas dengan panjang lebar bagai sebuah gagasan yang diamanahkan mencari satu penyelesaian terhadap perkara-perkara dibincangkan. Mereka juga menjiwai perbincangan bagai merekalah pak menteri-pak menteri mengikut jabatan masing-masing. Isi perbincangan menarik, berwawasan tinggi dan mereka juga tidak lupa menghirup kopi O ,sementara tuan kedai tersengeh ingin mencampuri perbincangan itu.

Walaupon penulis-penulis selalu nya cuba menanam semangat tidak suka kedai kopi sebab banyak merugikan masa(lagha) tetapi saya melihat manusia berfikir secara bebas dan memahami apakah keperluan sebenar masyarakat setempat berhubung dengan cetusan semasa diperingkat negara. Ada kala nya perbincangan mereka cukup hebat dan hujah-hujah mereka cukup bertenaga sekali malah lebih hebat dari persidangan parlimen.

tetapi betapa bagusnya isi perbincangan itu, tidaklah ditulis sebagai peringatan perbincangan kehadapan. Segala cadangan tidak disimpan malah dilupakan selepas itu sebab terlalu banyak perkara semasa yang diperbincangkan. Bagi saya jika dicatit akan terdapat banyak maklumat terkumpul yang akan memberi mafaat kepada orang ramai.

Demikianlah parlimen kedai kopi tidak pernah terhalang perbincangan segenap perkara walaupon spiker melarang .

No comments: