Pagi-pagi keluar rumah macam biasa, bertandang dari sebuah kedai kesebuah kedai lain. Awal-awal pagi begini tak banyak kedai yang buka. Masing-masing masih sibuk dipasar sedang membeli belah.Dua tiga tahun dahulu pekedai pergi PASAR awal untuk mendapat ikan dan sayur yang murah. Mereka cepat-cepat membeli dan cepat pulang.Berbeza sekarang kerana harga barang melambung tinggi menyebabkan pembeli berhati-hati membeli barang. BAYANGKAN ikan kembong rm10.00 sekarang, ikan tenggiri rm 20.00 dan purata ikan sekitar rm 8.00 hingga rm 30.00 sementara udang yang rm 35.00 melambung rm 45.00 keatas.
Perniagaan kedai makan dilihat merosot. Ada pengusha yang menjual sekadar rm 20-30 sahaja dan ada juga rm 300-400. Berbanding kedai nasi kandar tetap melepasi rm 1000.00 walaupon jualan nya juga berkurangan. Kalau berterusan begini nanti terdapat kedai-kedai yang terpaksa berhenti niaga. Yang tumbuh banyak gerai-gerai tepi jalan, kalau tak bungkus majlis perbandaran bungkus. Begitu lah kitaran hidup manusia lebih banyak mencuba dengan harapan mendapat rezeki tetapi kebanyakannya menanggung rugi yang tidak berganti.
Kita telah melihat sendiri pembangunan yang dibena hanya memberi manfaat yang sementara sahaja. Bila nampak seakan-akan berjaya diperbesarkan bidang perkilangan. Pak Menteri menepuk dada dengan kecermerlangan yang dicapai. Tapi sekarang pak menteri terpaksa menepis dan menangkis serangan rakyat yang ternyata mula sedar sendiri dan tidak malu-malu lagi untuk menuding jari,mengugut dan menyatakannya semasa pilihanraya diadakan. Sesungguhnya kesusahan dapat mengajar manusia menjadi matang.
Panas pagi mula dirasai. Saya tidak perlu lama berada dibandar, baik pulang berteduh sahaja dirumah yang belum habis hutangnya lagi.
No comments:
Post a Comment