Saturday, December 19, 2009

JUMAAT DAN JEMAAH




Sekarang 9.03pm waktu Czech, pukul empat tadi lagi sudah gelita, sejuk, gelap dan sepi memikirkannya. Suhu harini turun lagi -12/14 darjah celcius sementara angin bertiup pada suhu -18 lebih sejuk daripada cuaca yang ada. Menurut sumber keadaan cuaca akn turun lagi keesokan hari menjadi lebih rendah yang kebiasaannya berlaku pada januari setiap tahun melebihi -18.

Salji yang turun sejak semalaman kelihatan tebal melekat diranting pokok dan dibumbung bangunan. Salji yang diatas jalan raya habis digelek tayar kereta dan bahagian tepi jalan tempat orang ramai berjalan kaki bekas latam pijakan kaki kelihatan hitam, kotor dan berdanok. Jalanraya kelihatan basah bagai disirami air hujan.

Jam 11.30 pagi tadi saya bergegas menaiki Metro keRajska Zahrada, stesen ke 12 kiraan saya daipada Karlovo Namesti. Saya membuat kiraan sendiri takut terlepas tempat-tempat yang hendak dituju, maklomlah dah macam 10 tahun tinggal disini, macam dok silap jalan tiapkali pergi KL, biasalah tu. Kalau sesat di KL boleh hello saja, ramai rakan dan ramai keluarga. Bezanya disini nak hello pon payah, badan bungkus tebal, pakai sarung tangan lagi dan tangan sentiasa dalam kocek jaket tebal, kalau keluarkan tangan nak tekan nombor tentu kena buka sarung tangan, youno lah sejuk gila kata budak-budak kita. Memang musim indah rupa ini, indah ceritanya banyak masalah untuk bergerak kesana kemari, lainlah orang Czech, itupon belum tentu lagi. Saya sampai di Rajska Zahrada jam 12.00 tengahari kemudian berjalan perlahan-lahan mengikut panduan yang telah diberi.

Keluar Metro ikut kiri, jalan terus sehingga berjumpa lorong bawah jalan Metro, terus sehingga menaiki anak tangga. Meneruskan lagi sehingga berjumpa Automobil Bazar, bersebelahannya terdapat Masjid yang lebih kecil dari Masjid Pakistan Pulau Pinang . Saya anggarkan 200 jemaah boleh sembahyang dengan selesa diMasjid ini.Kehaziran jemaah lebih seratus orang dan hampir 90 peratus terdiri daripada orang Arab . Khatib berkutbah dalam bahasa arab dengan bersemangat sekali dan semasa diantara dua kutbah bangun seorang lain menterjemahnya ke bahasa Czech. Azan Jumaat tepat pukol satu, kutbah dan sembahyang selesai lebihkurang 1.45ptg. Selesai sembahyang orang ramai masih menunggu dan mereka sembahyang asar pukol 2.00, baru saya perasan waktunya pendek dimusim sejuk.

Saya pulang dengan Metro sambil mengira-ngira 12 stesen yang dilalui sedang kesejukan tetap menyerap hingga terasa sangat kesejukannya.

1 comment:

Anonymous said...

Apa nama binatang yg kelihatan bergerak2 dlm gambaq video tu!